Cara elak terlupa barang hilang dengan TAG La!

15 July 2016

Assalamualaikum. Otak kita ni banyak sangat benda nak fikir sampai kadang-kadang kita terlupa benda-benda yang penting. Contohnya macam dekat mana kita letak phone kita tadi? Aiseh, rasa macam baru je letak atas meja, tapi dah takda?

Selain dari phone yang macam chipsmore. Kejap muncul kejap hilang, kunci pun salah satu benda yang pandai sembunyikan diri dari pandangan mata Ayue ni. Bila nak keluar rumah je, berposak cari satu rumah kunci kat mana. Rupanya dalam beg. Adoi lah.

Ayue tau, ramai yang ada masalah macam ni kan? Kalau lelaki pula, wallet diorang selalu lupa letak dekat mana. Lepas tu tanya kita dekat mana dia letak. Macam kita ni tracking devide dia pula kan?

Untuk anda yang selalu ada masalah lupa letak barang anda di mana. Senang cerita anda ni jenis yang pelupa lah. Ayue ada satu device yang selamatkan masalah anda tu.


TAG La Bluetooth Tracker


TAG La Bluetooth Tracker ni merupakan produk keluaran TAG La Trading yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda yang selalu hilang barang ni. Berbentuk empat segi dan bersize kecil memudahkan anda untuk simpan tracker ni di dalam purse ke, wallet ke, nak gantung sekali dengan kunci pun boleh.






Macam mana TAG La Bluetooth Tracker ni berfungsi?

Mudah je. Anda hanya perlu install aplikasi TROIKA Find. Buka Bluetooth pada phone anda dan connect dengan TAG La anda. Jadi bila-bila anda nak cari barang anda yang hilang, lupa letak di mana, tekan saja button alert pada phone anda, bunyi alarm akan berbunyi. Haa, tau lah dekat mana barang hilang tu kan?



Itu kalau barang yang hilang, kalau phone pula yang hilang macam mana? Haa, jangan pening. Jangan buang masa nak cari atau minta kawan anda buat miss call ke apa. Tekan saja button pada TAG La anda, dan alarm phone anda akan berbunyi walaupun phone anda dalam keadaan silent. Mudahkan. tak perlu susahkan orang, tak perlu buang banyak masa cari barang anda yang hilang tu.



Lagi satu menariknya TAG La ni, jika jarak antara TAG La dengan phone anda melebihi 23meter, phone anda akan berbunyi. Jadi takda lagi lah kejadian tertinggal phone dekat rumah ke, dekat kedai ke. Lebih selamat.



Bukan tu je, TAG La juga boleh digunakan sebagai remote untuk camera tau. Senang lah nak wefie beramai-ramai lepas ni. 

Best kan? Harga TAG La ni murah je. RM59.90 setiap satu dan ada 6 warna yang berbeza. Pilih je yang mana satu anda berkenan. Dan kalau anda nak beli, jangan lupa guna code voucher di bawah tau. Boleh dapat 10% diskaun  + FREE shipping nationwide. Valid sampai 15th of Aug 2016 je tau.


Code Voucher : ayueidris





Untuk maklumat lanjut, boleh layari :




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.