ABS Powerbank Cepat Charge & Tahan Lama

Tuesday, August 09, 2016

Assalamualaikum. Hidup seorang Ayue sentiasa sibuk. Jarang sangat lah nak duduk diam dalam office, mengadap computer. Selalunya sentiasa on the go. Sama ada keluar meeting dengan client atau event blogger. Kadang-kadamg tu sampai seharian ada di luar.

Battery phone sekarang ni mana nak tahan seharian? Dengan heavy user nya, kejap-kejap cek email, post status facebook, post gambar instagram. Memang tak lah bateri nak tahan sampai ke malam kan? Lagi pula sekarang ni dah pandai nak install pokemon go dalam phone. Lagi lah cepat habis bateri. Sebab tu penting nya Power Bank untuk seseorang yang life dia macam Ayue ni. Malam baru ada rumah, takkan nak biar phone takda bateri? Penting kot!!

Kadang-kadang sempat lah juga charge bateri dalam kereta. Tapi tak elok sebenarnya charge phone dalam kereta tau. Power yang di supply tu turun naik, chances untuk bateri cepat rosak tu tinggi. Sayang lah phone mahal-mahal, bateri cepat rosak kan?


Powerbank ni kira macam life savior lah pada Ayue. Kalau takda powerbank, boleh moody tau. Nak buat itu tak kena, nak ini tak kena. Yela, penggunaan phone kan terhad? Takut bateri habis, mati kutu dibuatnya. Nasib baik sekarang Ayue dah ada ABS Powerbank. Ayue dah guna dekat seminggu juga.




Seriously, sangat berbeza dari power bank yang Ayue pernah guna sebelum ni. Nak tau kenapa? Sebab ABS Powerbank ni mempunyai kelebihan fast charging. Maksudnya anda charge sekejapan je dah penuh!! Jimat masa.  Oihhh, heaven gila macam ni. Tak payah nak pegang phone sambil ada wayar terjuntai lagi masa event ke apa. Susah kot nak guna phone sambil wayar berselirat.

Jom tengok ciri-ciri yang ada pada ABS Powerbank ni :

Model : J18G
Colour : Tiffany Green, Baby Pink, Pearl White, Classic Black
Input : 5V - 2A
Output 1 : 5V - 2.1A
Output 2 : 5V - 2.1A
With LED Capacity Light


Ayue pilih yang Tiffany Green. Nampak lebih unisex. Kalau tunang Ayue nak guna pun tak segan. Kalau Ayue ambil warna pink, kesian pula kat dia kan. Hehe.


Powerbank ABS ni mempunyai 12,000mAh. Boleh charge lebih kurang 4kali phone Ayue ni. Tapi kalau Ayue charge 2 phone sekali gus, atau charge sekali dengan yes4g Ayue tu, lebih kurang 3 kali juga lah. Itu pun dah lebih dari cukup. 

Heavy mana pun Ayue guna, paling tinggi pun Ayue charge sehari 2 kali. Belum pernah lagi seharian sampai 3 kali charge. Bergantung pada penggunaan masing-masing. Tapi pada Ayue 12,000mAh ni dah cukup tinggi dah. 



Ayue suka sangat design ABS Powerbank ni. Nipis je. Warna pun menarik. Bentuk pula macam phone. Jadi kalau nak letak dalam beg, takda masalah kembung lagi dah. Nak letak dalam poket pun bileh sebab design dia yang slim. Ringan pula tu! Satu-satunya powerbank yang ringan pernah Ayue ada. Lega tau!! Kalau berat sakit tangan ni nak pegang beg ke sana ke sini.



Harga ABS Powerbank ni RM179 (retail price). Tapi ada warranty 2 tahun tau. Pada Ayue sangat berbaloi dengan harganya. Dengan kelebihan yang dia ada, fast charge dan ada 2 port untuk charging, harga tu berpatutan. Kalau rosak pun tak risau sebab ada warranty lama. (1 to 1 exchange Guarantee whole Malaysia).


Kalau anda berminat nak beli, sempena bulan merdeka ni, official ABS online store ada buat promosi Merdeka Sale yang menawarkan 20%-30% diskaun bagi setiap pembelian. Huish, murah tu!


Anda holeh beli di 11street.my di link yang Ayue listkan di bawah sehingga 31 Ogos 2016 ok. Pastikan Powerbank ya g a da beli tu original tau!! Hanya C Two Gadget saja Satu-satunya distributor untuk ABS Powerbank di Malaysia ni.





Untuk info lanjut mengenai ABS Powerbank, boleh layari :




xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page