#GirangSyawalTiba | Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mydin 2016

08 August 2016

Assalamualaikum. Macam tahun lepas, tahun ni lagi sekali Ayue sama-sama meriahkan #GirangSyawalTiba, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mydin 2016. Setiap tahun pasti ada saja aktiviti menarik yang dilakukan oleh pihak Mydin untuk pelanggan setianya.


Menariknya, bukan saja yang beragama islam yang hadir, pelbagai kaum juga turut memeriahkan majlis ni. Istimewanya majlis kali ini bukan saja menyambut syawal, malah meraikan ulangtahun ke-10 Mydin USJ sebagai pasaraya besar MYDIN yang pertama.


Orang ramai yang hadir dijamu dengan pelbagai juadah raya. Ada kambing golek, kuih muih, nasi hujan panas, lemang,nasi impit, rendang, ketupat, sate dan macam-macam lagi. Seronok bila melihat masing-masing mengenakan baju raya yang cantik.







Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ ni diserikan lagi dengan kehadiran 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong. Seronok bila melihat muka kanak-kanak ni gembira bila diraikan. Alhamdulillah.


Majlis yang dihoskan oleh Nor Azzura dan Riena Hasim (pengacara program Wanita Hari Ini) sememangnya meriah. Apatah lagi dengan kehadiran beberapa selebriti undangan seperti Tia Jimbara, Jimmy Screen, Nadia AF, Wani Mentor dan Lan Kristal.


Acara yang paling ditunggu-tunggu oleh pelanggan setia Mydin adalah cabutan bertuah. Tapi bukan itu saja, kuiz, aktiviti bermain bunga api untuk kanak-kanak, badut dan nyanyian artis juga merupakan aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang majlis.



Pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuklah televisyen Sharp 50' Full HD LED TV, Sharp Fridge 360 liters, Sharp 32" LED TV, Sharp Fridge 170 liters, Sharp Washer 7kg, dan macam-macam lagi. Pelanggan hanya perlu berbelanja sebanyak RM80 dalam satu resit untuk menyertai acara cabutan bertuah. Untungnya pelanggan yang menang hadiah tu. Tahniah! Beli barang, dapat hadiah pula lagi. Siapa tak nak kan?


Moga tahun depan dimurahkan lagi rezeki pihak MYDIN untuk buat majlis hari raya ni. Amenn. Hehe.



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.