Jalinan Raya bersama Zul Ariffin & Fisherman's Friend

Saturday, August 06, 2016

Assalamualaikum. Tiap kali raya, mesti sibuk sana sini ada open house. Tak kurang juga open house artis bersama peminat. Baru-baru ni Ayue dijemput untuk hadir ke sesi Jalinan Raya bersama selebriti terkenal Malaysia iaitu Zul Ariffin yang dibawakan khas oleh Fisherman's Friend.


Memang meriah suasana di Holiday Villa Subang Jaya ni dengan gelagat peminat Zul Ariffin. Ada yang siap bawa kad raya lagi. Sebenarnya ni tahun kedua Zul Ariffin beraya bersama peminat, tapi tahun lepas Ayue tak dapat join. Rugi pula rasanya.




Sejujurnya, Ayue memang pengguna tegar Fisherman's Friend ni. Dalam beg memang sentiasa ada stok. Flavor kegemaran Ayue, Mint. Kalau rasa sakit tekak, kering tekak, mesti Ayue hisap Fisherman's friend ni. Alhamdulillah lega.


Sekarang ni ada dua perisa baru yang diperkenalkan oleh Fisherman's Friend, blackcurrant dan çitrus. Tak sabar rasanya nak cuba perisa yang baru ni. Lagi-lagi blackcurrent. Mesti sedap!



Majlis hari raya ni dimeriahkan lagi dengan pertandingan kad raya diantara peminat. Setiap mereka dikehendaki menerangkan kekuatan kad raya masing-masing dan meyakinkan Zul Ariffin untuk memilih mereka sebagai pemenang. Patut lah masing-masing datang bawa kad raya! Hehe.

Memng geli hati dibuatnya bila ada peminat yang kreatif bagi pick-up line pada Zul Ariffin. Merah padam muka dia dibuatnya. Hehe. Lawak sungguh. Apa pun Zul Ariffin memang sangat sporting melayan kerenah peminat.

Makan di majlis raya ni juga sedap-sedap belaka. Banyak juga Ayue makan tau. 



Akhir sekali, sebelum majlis habis, mesti lah bergambar dengan duta Fisherman's Friend ni. Amacam? Hehe.




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List