My trip and stay dekat Melaka Hotels

Sunday, August 28, 2016

Assalamualaikum. Siapa yang dah pernah sampai ke negeri kesayangan Ayue, Melaka? Mesti semua dah kan? Kampung Ayue tu kan famous dengan macam-macam sejarah. Hehe.

Ayue cuma nak cerita yang baru-baru ni Ayue dan rakan-rakan pejabat ada buat trip ke Melaka. Disebabkan kami datang atas urusan kerja, kami sepakat nak duduk di hotel in Melaka je. Kami stay di Hotel Sri Malaysia Melaka selama 2 hari 1 malam.


Hari pertama tu kami sampai dalam pukul 5 petang, dah lewat. Penat sangat sampai terlelap kami dibuatnya. Tak sempat pun nak tengok-tengok suasana sekeliling. Lagipun bilik di hotel ni cantik dan luas. Selesa sangat Ayue tidur tau.


Kalau anda nak tau, Hotel Sri Malaysia ni dah jadi salah satu hotel favourite Ayue sebab Ayue suka breakfast yang disediakan. Sedap okey! Suka gila bubur nasi dan telur dadar yang ada dalam menu sarapan pagi tu. Sambil menaip ni pun terliur Ayue dibuatnya. Kopi dia pun boleh tahan sedap. 

Kalau anda dapat kupon free untuk breakfast masa menginap disini, sila turun awal ya sebab kalau lambat semuanya akan habis. Serius! Kawan pejabat Ayue yang bangun lambat, turun lambat ke sarapan, masuk bilik dengan muka sedih sebab makanan dah tinggal sikit. Hehe.

Lain kali kalau Ayue nak rasa holiday ke Melaka lagi mesti Ayue pilih Hotel Sri Malaysia Melaka sebagai salah satu Melaka Hotels yang Ayue akan check in. Kalau bawa family pun best ni. 

Untuk anda yang rasa nak holiday di Melaka, Ayue cadangkan anda tengok website Travelokahttps://www.traveloka.com/en-my/ sebab website Traveloka ni best gila. Sangat user friendly dan mudah untuk difaham. Kadang-kadang ada offer best macam 25% diskaun!! OMG. Best gila kan?Bukan saja untuk cari hotel in Melaka tau, mana-mana hotel pun ada. Cuma anda kena selalu check lah offer tu. Nak benda best kena lah rajin sikit ye tak?


Jika anda nak bercuti di Melaka, Ayue ada beberapa benda nak highlight buat rujukan anda yang holiday di Melaka tu. Sesiapa pun yang datang holiday di Melaka mesti kena cuba asam pedas Melaka. Ayue selalu sangat dah makan, tapi saja nak bawa rakan pejabat Ayue ni makan asam pedas sedap di Melaka ni sebab diorang teringin. Tak jauh dari tempat kami menginap, ada Kedai Asam Pedas Pak Man. Kedai dia nampak simple je, tapi penuh pelanggan! Kami order nasi putih, asam pedas ikan pari dan ikan tenggiri untuk menu makan tenghari kami disana. Sedapnya la hai! Kuah asam pedas dia pekat sangat, pedas pulak tu. Ayue ni dah la memang hantu pedas. Memang tambah nasi lah jawapnya. Kawan Ayue pun terjebak sama tambah nasi. Haha! Harga untuk dua orang makan cuma RM25. Pada Ayue harga ni affordable.
Dah terlanjur anda datang Melaka, Ayue nak cerita juga tentang makanan disini. Kebanyakkan makanan di Melaka ni guna Gula Melaka tau. Sebab tu lah makanan di Melaka ni sedap-sedap. Kami sempat singgah di satu tempat makan di Ayer Keroh. Masa ni belum check in hotel lagi. Ayue order bubur pulut hitam. Memang terasa betul manis gula melaka tu. Kena pula dengan lemak santan yang fresh, fuhhh. Ngam ngam soi lah. Dah lah bubur pulut hitam ni memang favourite Ayue. Bubur hitam ni pula rasanya dia tak terlalu manis, secukup rasa je semuanya.

Bukan bubur pulut hitam je tau. Cendol di Melaka ni pun sedap-sedap sebab kebanyakan kedai guna gula melaka. Kalau anda kurang gemar cendol, boleh juga cuba coconut shake di Klebang Melaka tu. Yang ni memang tak boleh miss kalau datang Melaka. Dah macam trend kalau singgah Melaka, mesti kena cuba coconut shake Klebang tu. Originalnya di Klebang, yang tempat lain tu semua rasa dia tak sama macam di Klebang.
Kemudian sebelum kami bertolak balik ke KL, kawan pejabat Ayue ajak singgah beli buah tangan di Kompleks Pasar Besar Melaka. Dekat sini memang banyak jual produk tempatan. Terpegun Ayue dibuatnya. Maklumlah, orang Melaka sendiri jarang membeli barang di Melaka kan. Bila bawa kawan Ayue ke sini, baru Ayue tau rupanya Melaka ni banyak barang-barang yang menarik. Rambang mata juga lah sekejap. Ayue cuma beli beberapa jajan, belacan kampung dan dua botol cencalok untuk keluarga bakal mertua Ayue. Diorang memang suka sangat dengan belacan dan cencalok Melaka. Tiap kali Ayue balik Melaka mesti diorang kirim beli.

Oh ya, di Kompleks Pasar Besar Melaka juga ada medan selera yang besar untuk anda bersarapan. Kalau anda ke sana awal boleh lah cuba sarapan disini okey.

Ni je lah tempat yang sempat Ayue dan rakan pejabat Ayue singgah masa trip kerja kami hari tu. Lepas ni kami plan nak datang lagi. Nak jelajah lagi banyak tempat menarik dan makan sedap di Melaka. Kadang-kadang orang Melaka pun tak habis pusing negeri sendiri. Betul tak? Hehe.

Till then,

xoxo,

post signature

You Might Also Like

7 comments

  1. wow...coconut shake is my all time favorite!!!The hotel looks so nice and clean!!

    ReplyDelete
  2. Kalau pergi melaka, memang saya singgah milk shake klebang tu. rasa dia memang sedap sangat

    ReplyDelete
  3. Thanks for recommending these Melaka hotels. I always stick around Jonker Street. I guess I need to be more adventurous.

    ReplyDelete
  4. what a nice little trip... I want to do that someday too....

    ReplyDelete
  5. the coconut milkshake looks nice!!

    ReplyDelete
  6. Nice and peaceful environment :)
    GOing to have best feeling if drink coconut milkshake during this hot weather nowadays!

    ReplyDelete
  7. Wow best nyer! I dah lama tak pergi ke Melaka with to go back there again.

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List