3 Tempat Menarik di Vietnam yang Wajib Pergi

19 September 2016

Assalamualaikum. Salah satu negara di Asia yang Ayue teringin sangat nak pergi adalah Vietnam. Lagi-lagi bila Ayue dah mula planning untuk honeymoon ni, Vietnam memang dah ada dalam wishlist tau. Tapi bila sebut pasal Vietnam je, orang lebih tertumpu pada Ho Chi Minh City. Padahal ada lagi tempat-tempat menarik yang ada di Vietnam tu. 

Vietnam memang terkenal sebagai negara yang penuh dengan keindahan alam semula jadi yang sangat memukau pandangan sesiapa pun. Bukan tu je, Vietnam juga terkenal dengan seni warisan nya unik, kaya dengan sejarah dan makanan tempatan yang boleh buat kita kecur liur. Ayue tak pernah lagi sampai ke Vietnam, tapi Ayue dah target ke mana tempat yang Ayue akan pergi bila ke sana nanti.

Antara 3 tempat menarik di Vietnam yang Ayue nak pergi nanti adalah Hanoi, Ha Long Bay dan dah pasti Ho Chi Minh City, tempat di mana ramai orang tuju semata-mata untuk shopping barang murah!



Hanoi

Hanoi merupakan ibu kota Vietnam yang telah di transform dengan cepat sejak beberapa dekad ni. Kalau anda nak tahu, Hanoi dianggap sebagai salah satu tempat yang paling indah diantara bandar-bandar jajahan Indochina yang menggabungkan daya tarikan dunia lama dan perkembangan moden yang ada sekarang.

Hanoi

Walaupun jalan raya di Hanoi penuh dengan motosikal, tetapi Hanoi tetap mempunyai taman-taman yang indah, muzium, restoran jalanan dan juga kopi bertaraf dunia. Siapa sangka kan? Menariknya, kesan daripada penjajahan Perancis masih dapat dilihat di bandar Hanoi dalam seni bina bangunannya. Malah bahasa yang dituturkan oleh golongan tua 'Hanoians' dan roti Perancis masih ada disana.



Ha Long Bay

Tapak Warisan Dunia UNESCO di Ha Long Bay terletak kira-kira 170km di timur Hanoi (utara Vietnam). "Ha Long" bermaksud "bay naga turun" dan ia adalah kepulauan yang terdiri daripada 1,969 pulau-pulau.

Ha Long Bay

Ha Long Bay

Teluk Ha Long ni terkenal dengan keindahan topografi batu kapur lautan dan dianggap sebagai salah satu keajaiban alam semula jadi di dunia. Ada pelbagai cara untuk anda menikmati keindahan di Ha Long Bay, iaitu dari bot pelancong Bai Chay, pelayaran bajet dan pertengahan, ataupun pelayaran mewah. Pilih saja mengikut bajet anda. Manakala untuk anda yang sukakan cabaran, boleh cuba berkayak atau naik pesawat laut untuk lebih pemandangan panorama yang lebih indah. Best kan?



Ho Chi Minh City

Untuk Ho Chi Minh City (HCMC) pula, rasanya ramai dah tau yang Ho Chi Minh City merupakan bandar terbesar di Vietnam. Bandar yang sangat meriah dan hampir mempunyai segalanya. Dari kuil hinggalah ke bangunan pencakar langit, Dari gerai jalanan hingga ke restoran mewah dan dari rumah tumpangan murah hinggalah ke hotel terbaik ada di sana.

Ho Chi Minh City

Manakala bagi anda yang kaki shopping, di sinilah tempatnya untuk anda shopping sepuas hati. Ho Chi Minh City terkenal dengan kain cotton dan telekung yang murah. Rambang mata okey. Antara tempat-tempat menarik yang anda boleh pergi di Ho Chi Minh City adalah Ben Thanh Market, Malaysian Street, Pasar Binh Tay, Saigon Plaza, dan Boneka Air Vietnam. 

Untuk anda yang ingin melancong ke Vietnam, Ayue ada satu berita baik nak share dengan anda. Vietjet, syarikat penerbangan pertama di Vietnam yang menawarkan kos rendah untuk pelanggannya kini memperkenalkan tiga laluan baru iaitu:

  • HCMC-Kaohsiung
  • Hanoi-Taipei
  • Haiphong-Seoul

Yang bestnya, Vietjet akan memberikan 150,000 tiket promosi berharga USD0 sebagai sebahagian daripada kempen “It’s 12pm, Let’s Vietjet”!! Promosi ini akan berlangsung bermula 6, 7 dan 8 September 2016 dan boleh digunakan untuk perjalanan ke laluan antarabangsa VietJet, termasuk tiga laluan baru, dari 1 Oktober 2016 hingga 31 Mac 2017.

Untuk pengetahuan anda, Vietjet terkenal dengan perkhidmatannya yang berkualiti tinggi, tiket tambang murah khas dan kelas tiket yang pelbagai. VietJet juga menawarkan penumpang penerbangan yang menyeronokkan dengan anak kapal yang mesra, kerusi yang selesa, dan makanan panas yang sedap.

Lepas ni lagi best lah nak ke Vietnam. Ada tiket murah! Hehe. Dah boleh mula plan destinasi seterusnya untuk pelancongan anda kot? Harap-harap ada lah rezeki Ayue ke Vietnam tahun ni. 

Tiket promosi ni boleh ditempah dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang (Vietnam Time) di :

Bayaran boleh dibuat dengan mudah melaui debit dan kad kredit Visa, MasterCard, JCB, dan American Express dan kad ATM yang dikeluarkan oleh 24 bank Vietnam yang telah berdaftar dengan perbankan internet.




Info mengenai 3 penerbangan baru Vietjet :

Laluan Hanoi-Taipei - Mulai 30 Oktober 2016
Masa penerbangan 2 jam 45 minit
Depart 14:15 (Hanoi) - Arrive 18:00 (Taipei-Vietnam Time)
Depart 19:00 (Taipei-Vietnam Time) - Arrive 20:45 (Hanoi)


Laluan HCMC-Kaohsiung - Mulai 12 Disember 2016

5 penerbangan pergi balik seminggu (Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad)
Masa penerbangan 3 jam 30 minit
Depart 02:10 (HCMC) - Arrive 06:30 (Kaohsiung-Vietnam Time)
Depart 08:15 (Kaohsiung-Vietnam Time) - Arrive 10:45 ( HCMC)


Laluan Haiphong-Seoul - Mulai 12 Disember 2016
4 penerbangan pergi balik seminggu (Isnin, Rabu, Khamis dan Ahad)
Masa penerbangan 5 jam
Depart 23:45 (Lapangan Terbang Antarabangsa Cat Bi) - Arrive 06:00 (Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon -Vietnam Time)
Depart 07:15 (Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon -Vietnam Time) - Arrive10:40 (Lapangan Terbang Antarabangsa Cat Bi)


Untuk maklumat lanjut mengenai Vietjet, boleh layari :
Website : www.vietjetair.com atau www.m.vietjetair.com (mudah alih)
Facebook : www.facebook.com/vietjetvietnam
Muat turun aplikasi VietJet Air

atau hubungi pusat panggilan 24/7 syarikat penerbangan Vietjet di (+ 603) 2730 9887 atau e-mel vietjet@kul.reliancetravel.com.



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.