DIY Kad Kahwin dengan Kertas Kraft

Friday, September 30, 2016

Assalamualaikum. Trend Kertas kraft ni dah lama dah sebenarnya. Sejak dari Ayue mula-mula tunang dulu pun Ayue dah guna kertas kraft ni. Cuma disebabkan kertas ni mempunyai elemen seperti ala-ala vintage dan evergreen gitu, jadi penggunaan kertas kraft sebagai kad kahwin atau wedding invitations tak lapuk dek zaman. Malah makin lama makin cantik pula Ayue tengok!


Selalunya bila menggunakan kertas kraft sebagai kad kahwin, bakal pengantin cenderung untuk DIY sendiri kad kahwin mereka sebab hasilnya akan lebih cantik berbanding anda hantar print saja di kedai. Tiada personal touch kononnya. Yela, bila dah guna kertas kraft, mesti nak guna doily paper ye tak? Baru lah naik seri kertas tu. 


Tapi sebenarnya banyak lagi design-design kad kahwin menggunakan kertas kraft ni yang anda boleh pilih selain daripada menggunakan doily paper. Antaranya macam design dibawah ni.






Hasil yang begitu cantik dengan harga yang begitu murah. Percaya tak kalau Ayue kata kertas kraft ni tersangat lah murah berbanding kertas keras yang anda nak print di kedai tu. Paling murah pernah Ayue jumpa adalah 100 keping A4 = RM15. Kalau sekeping tu anda bahagi dengan 3? Dah jadi 300 keping. Kalau anda ada printer di rumah lagi bagus, dah jimat berganda. Tapi Ayue cadangkan print saja di kedai. Lebih mudah. Hehe. Jimat gila kan?


Ayue sendiri menggunakan kertas kraft untuk kad kahwin Ayue nanti. Design macam mana? Nanti lah Ayue tunjuk ok? Tak surprise lah nanti. Hehe. Cuma Ayue nak share dengan anda tempat Ayue beli kertas kraft sekali dengan sampul. Harga tokey ni bagi memang terbaik. Bincang elok-elok dia siap bagi diskaun tau! Memang terbaik lah. Kedai dia di Kedah, jadi Ayue kena tambahlah sikit kos postage. Tapi takpa, masih dalam kategori murah. Hehe.


Kalau anda nak tempah terus kad kahwin dengan dia pun boleh. Takda masalah. Dia ada juga sediakan servis mencetak Banner/Streamer, Sticker, Kad Kawin, Tag/Label produk, baju dan lain-lain lagi. 

Harga kertas kraft yang ditawarkan adalah :

Kraft Paper A4 
80gsm [RM10.20]
90gsm [RM12.00]
120gsm [RM15.00]
140gsm [RM16.20]
175gsm (Card) [RM19.20]
275gsm (Card) [RM40.20]


Tapi jangan risau, harga boleh runding ikut budi bicara anda :)

Untuk produk lain, anda boleh layari :
Instagram : @support.local.my



xoxo,

post signature

You Might Also Like

6 comments

  1. kalau belum nak kahwin temph kad dulu boleh?

    ReplyDelete
  2. Cik Kumbang pun DIY Kad Kahwin guna kertas kraft jg dulu
    Memang dapat jimat banyak
    RM80 dah boleh dapat lebih kurang 1000 kad (^_^)

    Jemput baca sharing DIY Kad Kahwin :)

    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/07/diy-kad-kahwin.html

    ReplyDelete
  3. hai sis, boleh tahu alamat tempat ni. ataupun sis boleh email sy alamat nya. ni email sy fnurafiqahakmal@gmail.com

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak ayue, boleh nak tahu nama kedainya? or alamat ke?

    boleh emailkan ke saya
    akaikudo@yahoo.com
    terima kasih :)

    ReplyDelete

Youtube Channel