Hada Labo Hydrating Premium Lotion

20 September 2016

Jika anda perlukan penghidratan yang mendalam dan berpanjangan untuk menentang kulit yang amat kering, Hada Labo Hydrating Premium Lotion adalah produk yang anda perlukan untuk regimen penjagaan kulit harian anda. Hada Labo yang terkenal dengan ramuan hero mereka iaitu Hyaluronic Acid, kini memperkenalkan Hydrating Premium Lotion baharu yang dipertingkatkan dengan 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) untuk membekalkan kelembapan maksimum bagi kulit yang jelas lembap, licin dan halus.


Dengan gabungan 5 jenis Hyaluronic Acid, iaitu Hyaluronic Acid, Super Hyaluronic Acid, Nano Hyaluronic Acid, Absorbent Hyaluronic Acid and 3D Hyaluronic, Hada Labo Hydrating Premium Lotion dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit dengan lembapan agar dapat membekalkan penghidratan yang paling optimum sepanjang hari. Setiap jenis Hyaluronic Acid (HA) membekalkan manafaat kepada kulit seperti berikut:
  • Hyaluronic Acid - Membentuk lapisan penghalang lembapan pada permukaan kulit untuk menghindari kulit daripada kehilangan lembapan. 
  • Super Hyaluronic Acid - Dengan dua kali ganda kapasiti penahanan kelembapan berbanding Hyaluronic Acid, ia amat berkesan untuk mengunci dan mengekalkan jumlah kelembapan yang besar di dalam kulit untuk penghidratan berganda.
  • Nano Hyaluronic Acid - Dengan saiz molekul yang paling kecil, Nano HA mudah menembusi dan menerapkan kelembapan jauh ke dalam kulit bagi menyediakan kulit untuk penyerapan produk-produk penjagaan kulit yang lain dengan lebih berkesan.
  • Absorbent Hyaluronic Acid - HA yang mempunyai kuasa pegangan yang kuat; ia berupaya mengekalkan kelembapan pada kulit walaupun setelah kulit berpeluh atau dicuci. 
  • 3D Hyaluronic Acid - HA yang melekap kuat untuk membentuk jaringan lembapan 3D yang menyaluti kulit untuk membekalkan penahanan lembapan yang lebih lama dan kuat.

Selain itu, Hydrating Premium Lotion juga diperkayakan dengan ramuan Alga yang berasal dari sacran untuk meningkatkan pemeliharaan dan pembekalan kelembapan pada kulit untuk memastikan kulit terhidrat secara berterusan. Hydrating Premium Lotion ini mempunyai tekstur yang lebih pekat seperti esen untuk memberikan kelembapan yang tinggi kepada kulit agar ia kekal lembap sepanjang masa. Hydrating Premium Lotion ini juga amat sesuai digunakan ketika anda melancung ke luar negara pada musim sejuk di mana udaranya lebih kering,

Hada Labo Hydrating Premium Lotion adalah PH seimbang, bebas alkohol, pewangi, pewarna dan minyak mineral dan oleh itu sesuai untuk semua jenis kulit,


Cara Penggunaan
Gunakan setiap hari selepas mencuci mula. Tuangkan lotion dengan secukupnya atas tapak tangan, sapu pada seluruh wajah dan diikuti dengan tepukan yang lembut sehingga lotion diserap dengan sepenuhnya ke dalam kulit.

Hada Labo Hydrating Premium Lotion serba baru (170ml) dijual pada harga RM63.50 dan boleh didapatkan secara eksklusif di Watsons seluruh negara.



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.