Majlis Doa Selamat dan Khatam Al-Quran Deena Emir

Tuesday, September 13, 2016

Assalamualaikum. Lepas dari pre-wedding photoshoot Saharul Ridzwan dan Deena Emir haritu, Ayue memang tak lepas pandang dah pasangan ni. Suka tengok Deena ni, sopan sangat tau. Sejuk je mata mandang. Untung betul Saharul!


Semalam Majlis Doa Selamat dan Khatam Al-Quran Deena Emir. Alhamdulillah, majlis yang penuh barakah. Bukan saja cantik luaran, tapi cantik dalaman juga. Pandai Saharul pilih calon isteri. Moga-moga kekal lah macam ni sampai bila-bila.





Kalau perasan baju yang Deena pakai tu khimar dari butiknya sendiri, Wrap Boutique House, cantik kan? Ayue berkenan betul design khimar ni. Lagi-lagi yang warna pink soft tu. Alahai, cantik betul.


Untuk majlis doa selamat ni, official photographer nya adalah Hamizahhhh, kalau ada bakal pengantin yang lebih selesa untuk berurusan dengan wedding photographer wanita, boleh hire dia. Ayue tengok hasil gambar dia masa majlis ni pun boleh tahan cantiknya. Pandai dia capture moment.






Dais yang simple dan cantik ni pula dari Bam Bam Event Management. Kadang-kadang yang simple macam ni lah yang cantik. Betul tak? Terlalu sarat dengan bunga pun tak ok juga. Janji dais tu dapat serlahkan bakal pengantin dah cukup cantik pada Ayue.



Tak sabarnya nak tengok diorang kahwin. Cepat lah 16 September! Haha. ORang lain kahwin, orang lain pula yang excited :p



Official Photographer : @hamizahhhh
Dais : @hanimhaniff Bam Bam Event Management
Catering : Art Solution Enterprise



xoxo,




post signature

You Might Also Like

2 comments

Youtube Channel