Pre-Wedding Photoshoot Saharul Ridzwan dan Deena Emir

Thursday, September 08, 2016


Assalamualaikum. Lepas Nazim Othman dan Bella Dally, ni lagi satu pasangan yang Ayue tak sabar sangat nak tengok diorang kahwin. Saharul Ridzwan dan Deena Emir!! Ya ampun, cantik betul bakal isteri Saharul Ridzwan ni. Manis, sopan, comel, patutlah Saharul cair. Hehe.




Saharul Ridzwan dan Deena Emir ada buat Pre-weeding photoshoot. Dari situ lah Ayue tau tentang Deena Emir ni. Deena Emir atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28 tahun, rupanya pemilik kepada WRAP Boutique House. Patut lah jubah yang Deena pakai semuanya cantik-cantik.





Ayue memang suka sangat update gambar orang kahwin-kahwin ni. Terutama perkahwinan artis sebab kenduri diorang mesti cantik-cantik dari segala segi pun. Semua ni boleh dibuat ilham tau. Moga kenduri Ayue tak lama lagi ni cantik dan sempurna di mata Ayue. Amenn. Doa kan eh?

Okey, tentang photoshoot pre-wedding Saharul Ridzwan dan Deena Emir ni, official photographer mereka adalah Amir Naufal Photograpy manakala videographer pula Kaio Studio. Siapa yang follow mereka ni mesti dah tahu yang hasil gambar dan video dari mereka ni sangat cantik dan unik. Lagi-lagi Kaio Studio, famous dengan video time freeze yang viral haritu. Ayue pun sedang berkira-kira nak ambil diorang sebagai photographer kenduri Ayue nanti tau. Minta-minta ada lah lagi slot kosong. Amenn.

Jom tengok video pre-wedding yang Kaio buat ni. Smart gila. Suka sangat tengok!


Moga kenduri Saharul Ridzwan dan Deena Emir di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya berjalan lancar 16 September 2016. Amenn. Selamat Penganti Baru!


Photographer : @amirnaufalphotography
Video : @kaiostudio




xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. Mana nk cr head chain mcm tu kak ayue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat lovisa ada jenis2 macam ni liz. tapi harga boleh tahan jugak lah. kalau liz nk jimat bole buat sendiri :p

      Delete

Youtube Channel