Pusat Kesihatan Wanita TCM di Petaling Jaya

Tuesday, September 13, 2016

Assalamualaikum. Bila sebut tentang akupuntur je mesti semua orang takut, seram sebab tengok jarum panjang cucuk ke badan kita. Ayue dulu pun takut juga bila tengok gambar-gambar akupuntur ni. Ayue bukanlah jenis yang takut jarum, tapi bila tengok jarum tercucuk-cucuk banyak dibadan, seram juga lah kan?

Tapi sebenarnya Ayue tahu yang akupuntur ni banyak kebaikan dia untuk badan kita. Salah satu kebaikannya adalah melancarkan peredaran darah. Setiap inci badan kita bersangkut paut antara satu sama lain. Bila darah elok je mengalir dalam badan, maka banyak masalah lain dapat dikurangkan sekali. Sebab ni lah Ayue beranikan diri untuk cuba Traditional Chinese Medicine (TCM) Treatment di Xi Slim & Beauty TCM Centre, SS2 Petaling Jaya. Manalah tahu serasi dengan badan Ayue?

Xi Slim & Beauty TCM Centre, SS2 Petaling Jaya
Xi Slim & Beauty TCM Centre, SS2 Petaling Jaya (First floor)

Sedikit info tentang Xi Slim & Beauty TCM Centre:
Xi Slim & Beauty TCM Centre merupakan syarikat dibawah naungan Xi Group. Xi Group ditubuhkan sejak tahun 2013 oleh sekumpulan pakar-pakar perubatan yang terlatih dan berkelayakan dalam Perubatan Tradisional Cina (TCM) dari Universiti Perubatan Cina yang terkenal di China yang memberi tumpuan kepada pelbagai isu kesihatan, termasuk masalah kesuburan, masalah haid, putus haid, anti-penuaan, kesihatan dan semua masalah wanita. Pendekatan mereka kepada rawatan termasuklah penggunaan herba semulajadi, akupuntur, moxibustion, dan terapi lain untuk meningkatkan kesihatan secara semula jadi. Xi Slim & Beauty TCM Centre pula ditubuhkan pada bulan Oktober 2015 untuk mempelbagaikan perkhidmatan profesional mereka kepada terapi TCM pelansingan & kecantikan.


Pakar perubatan di Xi Slim & Beauty TCM Centre
Pakar perubatan sedang menilai tahap kesihatan Ayue dengan menganalisis simptom luaran Ayue untuk menentukan masalah dalaman yang Ayue ada.

Ayue pasti semua orang tahu yang akupuntur merupakan salah satu perubatan tradisional orang cina. Jadi tidak ramai orang melayu dan bangsa lain tahu dan faham tentang kebaikan TCM ni pada badan kita. Termasuklah Ayue sendiri. Bila Ayue dah cuba sendiri, baru lah Ayue tahu yang TCM ni memang banyak betul kebaikannya. Lebih daripada yang Ayue sangka selama ni. Paling best adalah terapi 100% tiada kesan sampingan! Selamat, jangan risau.

Untuk anda yang tidak tahu, TCM ni mempunyai pelbagai jenis terapi. Untuk terapi pada muka, antaranya adalah Akupuntur dan Gua Sha.

Gua Sha merupakan terapi TCM dengan cara mengikis kulit menggunakan alatan khas.

Terapi Gua Sha
Alatan khas Gua Sha

Kebaikan Gua Sha adalah :

  • Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan mata bengkak
  • Menegangkan kulit pada mata dan mengekalkannya
  • Kulit akan lebih cerah, lembut dan berseri
  • Memperbaiki kulit tidak sekata
  • Memperbaiki kulit kusam
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Membersihkan pori-pori tersumbat


Banyak betul kebaikan Gua Sha ni rupanya. Masa pertama kali Ayue ke Xi Slim & Beauty TCM Centre, mereka cadangkan Ayue membuat terapi akupuntur bersama-sama dengan terapi Gua Sha untuk kesan yang maksimum.

Soothing mask selepas terapi Gua Sha. (Optional)

Semasa membuat terapi Gua Sha, Ayue dapat rasa banyak pori-pori tersumbat pada kulit muka Ayue. Dari luar memang nampak licin je kulit, tapi lepas buat terapi ni, barulah semua yang tersumbat tu timbul dan kemerahan. Nampak kulit muka Ayue masa ni? Ni adalah kesan lepas dari Gua Sha. Kesan merah tu lah pori-pori yang tersumbat.

Tapi jangan risau, kesan ni sekejap je ada. Lepas beberapa hari kesan ni akan hilang bersama-sama dengan pori-pori tersumbat tadi. Kulit memang akan terasa licin daripada sebelumnya. Lebih tegang dan lembut. Lingkaran gelap bawah mata pun berkurangan tau. Serius!

Boleh tengok video dibawah ni proses terapi Gua Sha.


Manakala Akupuntur pula adalah merupakan terapi TCM dengan cara mencucuk jarum khas ke badan kita. 

Kebaikan akupuntur adalah :
  • Merangsang perolehan kolagen dan aliran darah untuk menyuburkan kulit
  • Aliran darah yang meningkat dan lancar akan mengekalkan kulit yang sihat dengan memberi khasiat, kelembapan, dan menegangkan kulit serta otot muka.
  • Kaedah terapi tanpa pembedahan ni akan mengurangkan tanda-tanda proses penuaan.
  • Meningkatkan keseimbangan hormon untuk mengurangkan jerawat
  • Meningkatkan peredaran darah, tenaga dan limpa
  • Mengurangkan keradangan pada muka


Terapi akupuntur ni pun tidak kurang hebatnya. Setiap terapi mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Masa Ayue mencuba terapi akupuntur ni, mula-mula tu takut juga. Takut berdarah ke apa nanti. Mesti sakit! Rupanya tak sakit langsung. Terasa macam kena gigit semut je. Ayue pun tak sedar yang jarum panjang tu dah cucuk ke muka Ayue. Mungkin sebab Ayue bukan jenis yang takut jarum, jadi proses akupuntur ni mudah saja bagi Ayue.

Terapi facial akupuntur


Untuk anda yang takut jarum, jangan risau. Akupuntur ni bukan macam anda cucuk jarum di hospital nak ambil darah tu. Takda rasa sakit sampai macam tu pun. Semut api gigit pun lagi sakit dari akupuntur ni tau. Tapi yela, lain orang lain penerimaan dia kan?

Jarum yang digunakan. Terdapat pelbagai size mengikut bahagian badan.
Tips Ayue untuk anda yang ingin membuat akupuntur ni sama ada facial atau body treatment. Pastikan sebelum jarum tu dicucuk, anda rehatkan segala otot serehat-rehatnya. Sebab lepas jarum dicucuk, anda perlu rehat dan tidur selama 30 minit. Macam power nap. Kalau tak tidur pun takpa, tapi kalau tidur lagi bagus sebab peredaran darah tu lebih lancar.

Rehat 30 minit.
Kenapa Ayue suruh rehatkan otot sebelum cucuk jarum? Sebab selepas jarum dicucuk, segala pergerakan anda akan terasa jarum tu. Facial akupuntur tak banyak pergerakan yang kita nak buat. Takkan lah masa jarum dimuka kita nak tersenyum lebar kan? Tapi untuk body treatment, jarum dicucuk keseluruhan badan, anda akan rasa jarum tu kalau anda gerakkan otot. Hehe.

Cuba tengok video yang Ayue buat semasa terapi akupuntur. Relax je muka.



Bawah ni Ayue sertakan sekali gambar bahagian muka yang bersangkut paut dengan organ badan kita. Setiap bahagian pada muka ni kalau ada masalah, mesti disebabkan dari bahagian yang dilampirkan tu.



Macam Ayue, bahagian paling banyak dan selalu keluar jerawat setiap bulan adalah dibahagian bawah pipi, tengah pipi dan kawasan diantara kering di dahi. Itu adalah top kawasan jerawat suka bermaharajalela. Stress bila setiap bulan keluar jerawat ditempat yang sama. Rupanya kawasan yang Ayue bermasalah tu adalah sebab Ayue mempunyai masalah perut dan usus besar.

Siapa yang selalu ikuti perkembangan blog Ayue, mesti tau yang Ayue memang ada masalah usus dan sistem penghadaman. Sebab tu lah jerawat suka timbul di kawasan yang Ayue sebutkan tadi.

Bawah ni adalah gambar sebelum dan selepas Ayue buat terapi akupuntur. Selepas akupuntur, memang ada tanda sedikit kemerah pada muka kesan daripada jarum yang dicucuk tu. Tapi selepas beberapa jam, kesan tu akan hilang, kulit pula makin menegang.



Alhamdulillah, lepas Ayue terima terapi di Xi Slim & Beauty TCM Centre, kulit muka Ayue lembut dan licin. Pori-pori makin mengecil dan paling ketara adalah lingkaran gelap bawah mata dah kurang! Suka sangat. Takda lah orang panggil Ayue Zombi lagi lepas ni. Hehe. Sampai ada diantara kawan blogger Ayue yang tegur kulit Ayue memang nampak perubahan lepas Ayue buat terapi muka di Xi Slim & Beauty TCM Centre. Senyum lebar tau.


Ni lah dia pakar perubatan sepanjang Ayue buat terapi disini, June Ping Lim. Sangat peramah dan mempunyai ilmu yang tinggi tentang TCM. Segala persoalan Ayue tentang TCM dia boleh jawap dengan pantas. Mata tu bengkak sebab baru bangun tidur dari power nap. Kebetulan masa tangkap gambar ni Ayue baru lepas buat terapi akupuntur untuk melepaskan tekanan kerja yang banyak sepanjang minggu.


Haa, Ayue ada berita baik untuk anda yang nak cuba facial akupuntur di Xi Slim & Beauty TCM Centre. Ayue ada 5 FREE voucher untuk pembaca blog Ayue yang nak cuba facial akupuntur untuk kali pertama. Yela, mesti anda nak tahu bagaimana rasanya akupuntur ni kan? Ni lah peluang anda. Komen saja anda “NAK” dan Ayue akan berikan voucher ni pada anda untuk mencuba. First come first serve ya?

Bukan tu je, untuk anda yang berminat nak cuba Gua Sha, tengah ada promotion beli 3 sesi Gua Sha dengan harga RM288. Rugi lah kalau tak cuba. Harga biasa RM684 tau!



Untuk maklumat lanjut tentang Xi Slim & Beauty TCM Centre, boleh layari :



xoxo,

You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. Serius? Boleh2. PM saya kat fb atau ig ya :)
      nak email pun boleh : ayueidris@gmail.com

      Delete

Youtube Channel

Blog List