The Face Shop | The Therapy First Serum Review

Wednesday, September 14, 2016

Assalamualaikum. Bila umur dah makin meningkat, salah satu benda yang Ayue amat pentingkan adalah penjagaan kulit. Umur Ayue nak masuk 30-an tahun depan tau. Ayue tak nak lah nanti bila tengok cermin dah nampak kedut sana sini. Dengan gaya hidup sekarang ni, makan tak menentu, orang muda pun boleh nampak berumur.

Pada Ayue, satu je cara nak memperlahankan proses penuaan kulit, iaitu disiplin. Kalau kita disiplin dengan cara penjagaan kulit kita, InsyaAllah proses penuaan tu akan lambat dari yang sepatutnya. Bak kata orang, mencegah lebih baik dari merawat kan? Tak kan nak tunggu kulit dan berkedut, dah hilang keajalan, baru nak jaga kulit? Kan dah susah. Sebab tu sekarang ni Ayue guna The Therapy First Serum dan The Therapy Moisture Blending Formula Cream dari The Face Shop sebagai pelengkap set penjagaan kulit Ayue.


Rangkaian The Therapy

Ayue suka konsep The Face Shop yang sentiasa mengfokuskan kepada kebaikan alam semulajadi. Dengan gabungan teknologi sains yang ada dengan kesempurnaan alam semula jadi, The Face Shop mengeluarkan rangkaian The Therapy, penjagaan kulit yang menggunakan formula campuran Orang Eropah yang fokus kepada efek anti-penuaan pada kulit.

Rangkaian The Therapy sebelum ni terdiri daripada tonic treatment, formula emulsion, oil-drop anti-aging serum dan cream yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi dan alga biru yang tinggi anti-oksidannya. Sekarang ni rangkaian The Therapy diperluaskan lagi dengan 2 produk baru iaitu The Therapy First Serum dan The Therapy Moisture Blending Formula Cream.







The Therapy First Serum | RM148.29 (130ml)

Seriously, masa pertama kali Ayue tengok serum ni, Ayue dah suka sangat dengan botol dia yang ala-ala Perancis dan nampak asli ni. Untuk pengetahuan anda, serum ni merupakan pre-serum dimana anda perlu memakainya sebagai langkah pertama sebelum anda mengenakan sebarang produk yang lain untuk mempertingkatkan keberkesanan setiap produk penjagaan kulit lain yang anda pakai kemudiannya.


The Therapy First Serum merupakan produk anti-penuaan yang meggunakan Thalassotherapy sebagai bahan utaman. Thalassotherapy berasal dari Yunani. 'Thalasso' bermaksud laut dan 'Therapia' yang bermaksud rawatan. Air laut yang digunakan dalam mewujudkan air Thalassotherapy adalah dari laut Perancis tau.

Serum ini mengandungi tiga ciri utama iaitu Micro Crystal Particles, Thalassotherapy Essential Water dan 3 jenis minyak pati semula jadi yang diekstrak daripada Palmosa, Avocado dan juga Sandalwood. Untuk minyak Palmosa, ia mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antiseptik yang dapat memberikan kulit anda perlindungan daripada bakteria. minyak Avocado pula sebagai sebagai agen pelembap manakala minyak Sandalwood membantu mengurangkan parut, jerawat, kedutan pada kulit anda. 

Sebenarnya Ayue dah cuba beberapa serum sebelum ni. Tapi kebanyakkannya akan membuatkan kulit Ayue berminyak sebab kulit Ayue jenis kombinasi. Susah sebenarnya orang kulit macam Ayue ni tau. Kadang-kadang rasa terlalu kering, kadang-kadang rasa sangat berminyak pula.


Lepas Ayue cuba The Therapy First Serum, Ayue terkejut sangat sebab serum ni meresap sangat cepat kedalam kulit Ayue lepas beberapa saat Ayue memakainya. Kering dan tidak berminyak seakan-akan Ayue tidak memakai apa-apa serum. Excited terus okey!



Cara pemakaian :
1) Pam 2 kali ke tapak tangan. Gosok sedikit tangan tangan untuk memberi kesan suam kepada serum.
2) Perlahan-lahan tekapkan serum pada keseluruhan muka dan biarkan kering



Selalunya Ayue akan sapu serum selepas toner, tapi untuk The Therapy First Serum, Ayue perlu sapu sebelum Ayue memakai sebarang produk lain termasuklah toner untuk membantu penyerapan produk jauh ke dalam kulit dan meningkatkan kesannya. Pendek kata serum ni bertujuan untuk menyediakan kulit anda sebelum memakai apa-apa produk ke kulit.



Ayue suka botol serum ni sebab ia menggunakan pam. Takda lah Ayue guna berlebihan atau tertumpah. Kalau anda mahu, serum ni juga boleh diletak didalam botol spray. Lagi mudah nak apply kan? Manakala jika anda mahukan sedikit kesan pengelupasan, boleh gunakan The Therapy First Serum ni dengan The Face Shop Green Tea Cotton Pad okey.





The Therapy Moisture Blending Formula Cream | RM185.48 (50ml)

Selepas serum, toner, benda penting yang kita perlu pakai tak kira kulit berminyak atau tidak adalah pelembap. Jangan skip pelembap kalau anda mahukan kulit yang lembap sepanjang hari ya. Ayue ada cuba juga The Therapy Moisture Blending Formula Cream ni. 



Lapisan atas The Therapy Moisture Blending Formula Cream adalah gel minyak kelembapan, mengandungi air Thalassotherapy dan 3 pati minyak pati dari Sandalwood, Avocado dan Palmosa. Manakala lapisan bawahnya pula adalah Rich Moisture Cream yang mengandungi formula campuran kelembapan anti-penuaan.




Terkejut juga masa mula-mula buka botol pelembap ni sebab Ayue nampak ada dua lapisan. Satu lapisan gel dan satu lagi krim. Rupanya krim pelembap ni perlu digaul terlebih dahulu sebelum anda memakainya. Jangan risau sebab krim ni didatangkan sekali dengan spatula. Ni pertama kali Ayue cuba krim pelembap yang ada dua lapisan macam ni tau. Pun excited nak cuba. Hehe.


Dari apa yang Ayue faham, jenis krim gel macam ni selalunya sesuai untuk orang kulit kombinasi macam Ayue sebab krim nya tidak terlalu melekit, berat dan berminyak. Ayue dah cuba dan apa yang Ayue perasan, lepas Ayue sapu krim pelembap ni ke kulit, muka Ayue ada sedikit kesan glowing. Krimnya cepat kering dan tak terlalu berminyak walaupun bahannya adalah gel minyak. Awesome kan?




Overall, Ayue suka sangat dengan 2 produk terbaru rangkaian The Therapy ni. Sekejap je dah nampak perubahan. Ayue rasa selamat sikit bila guna produk yang berasaskan alam semulajadi. Kulit rasa lebih sihat dari biasa dan paling penting, dapat perlahankan proses penuaan yang Ayue risaukan sangat tu. Haha!



Untuk maklumat lanjut mengenai The Face Shop, boleh layari :

Website : www.thefaceshop.my



xoxo,

post signature

You Might Also Like

22 comments

  1. saw a lot of ppl sharing this recently. the products look pretty to use

    ReplyDelete
  2. Comel je Kak Ayue! Pika pun dah try product ni. Suka serum dia..

    ReplyDelete
  3. The Face Shop new product! Thanks for introducing! would love to check out their new first serum! :D

    ReplyDelete
  4. The Face Shop has some of the nicest products and their packaging is always top notch. The Therapy Moisture Blending Formula Cream works well on you too Ayue- your skin is glowing :)

    ReplyDelete
  5. tq for sharing tapi rosacea patient are not suitable for it.

    ReplyDelete
  6. Nice photo taken! Would love to try the serum.

    ReplyDelete
  7. I like the Face Shop packaging so much. Looking forward to try their serum as i planning to purchase it.

    ReplyDelete
  8. Suka The face shop. Nice review dear!

    ReplyDelete
  9. i'm a guy, but i feel like using this too . love our face, love our skin

    ReplyDelete
  10. I love the anti-aging serum. Looks suitable for my skin too.

    ReplyDelete
  11. Thanks for recommending these new products by The Face Shop. I didn't know about them. Will definitely check them out.

    ReplyDelete
  12. Looks like a good product. Might try one too.

    ReplyDelete
  13. Love the packaging.. it looks nice and I am sure it is good quality, knowing the Face Shop.....

    ReplyDelete
  14. Love all your photos and review =) The packaging looks so classy too! Trying this now!

    ReplyDelete
  15. I saw quite a number of bloggers sharing about this, and after your review, I think I may go give it a try too!

    ReplyDelete
  16. The serum looks nice.. I never try this one before.. New product?

    ReplyDelete
  17. I've been using their products for quite some time already, really like the quality :)

    ReplyDelete
  18. wah ! thanks for sharing ! product dari the face shop ni memang semua nampak menarik !

    ReplyDelete
  19. Kawan-kawan gegirls pun dah gila memborong dari The Face Shop. Now I know why - diorg tengok Ayue. Hehe.

    ReplyDelete
  20. I just tried their cream it was so so awesome, and i am going to try the serum next.

    ReplyDelete
  21. looks pretty promising but i have too much skincare products to use for now

    ReplyDelete
  22. Previously I did used a range of The Face Shop product before, no bad ^^
    Will check this series out, looked nice ^^

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page