Beli iPhone7 murah dengan program ReNew+ dari CompAsia

Monday, October 31, 2016

Assalamualaikum. Sejak iPhone7 keluar, hati ni geram je rasa nak beli. Tapi bila fikir harga dia yang boleh tahan mahal tu, Ayue tahan nafsu sebab banyak duit nak pakai untuk kahwin. Tapi kalau anda yang teringin nak beli iPhone7/iPhone7 Plus juga, ni Ayue nak share macam mana anda boleh miliki smartphone idaman anda tu dengan harga yang sangat murah dan berbaloi.


Pernah dengar tentang CompAsia? CompAsia ni merupakan sebuah syarikat pelupusan asset teknologi maklumat yang terbesar di Malaysia yang menawarkan penyenggaraan perkhidmatan membaikpulih kepada organisasi awam dan swasta untuk membaiki, membina semula dan membaikpulih pelbagai peralatan elektronik pengguna seperti desktop, laptop, smartphone, dan tablet. Ayue pernah share info tentang CompAsia bulan Jun lepas.




Ayue pernah guna sendiri phone refurbished dari CompAsia dan Ayue sangat impressed dengan hasilnya. Tiada masalah langsung sampai lah sekarang ni. Bila CompAsia muncul dengan satu program terbaru, Renew+ yang membolehkan anda memiliki iPhone 7 atau iPhone 7 Plus dengan bayaran bulanan yang sangat murah, lagi lah Ayue excited nak tahu.


Sebenarnya program ni sangat sesuai untuk anda yang gemar tukar smartphone setiap tahun atau anda yang ingin memiliki iPhone7, tapi tiada bajet. Program ni menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan, tanpa apa-apa bayaran pendahuluan, tanpa pelan telco dan tiada cas tersembunyi melalui kad kredit Maybank EzyPay.

Bunyi macam best kan? Yela selalunya kalau anda beli smartphone secara ansuran, mesti ada faedah, ada bayaran pendahuluan, dan ada kontrak! Melalui program Renew+ ni, semua ni tiada tau. Menarik betul ni. Ayue pasti ramai yang tertarik dengan program ni terutama yang berada di Malaysia, Singapura dan Filipina.

Kebaikan Program ReNew+

  • Upgrade smartphone baru setiap 12 bulan
  • Perlindungan skrin PERCUMA satu tahun dengan "Telefon Guard"
  • Bayaran bulanan rendah (Dari serendah RM160 / bulan)
  • Terbuka kepada semua pelanggan prabayar dan pasca bayar
  • Tiada sebarang kontrak dengan mana-mana syarikat telco
  • Selamat, penghantaran berdaftar dengan insurans
  • Ambil sendiri di mana-mana Apple store yang mengambil bahagian
  • Dijamin original
  • Dapatkan cashbacks apabila anda kembali smartphone



Ya ampun, mana nak dapat pelan terbaik macam ni kat tempat lain? CompAsia lah satu-satunya syarikat yang mengeluarkan program macam ni. Paling Ayue suka adalah perlindungan skrin setahun sebab skrin Ayue selalu cepat retak, dan dapat cashback bila smartphone dikembali untuk upgrade! Fuh, maksudnya kita akan bayar lagi murah dari harga dipasaran lah. Dah lah bulanan murah, dapat cashback pula lagi bila dikembalikan. Awesome.


Harga bayaran bulanan ReNew+


IPHONE 7
IPHONE 7 PLUS
32GB
RM160/month
RM190/month
128GB
RM185/month
RM215/month
256GB
RM210/month
RM240/month
*Melalui pembayaran ansuran tanpa faedah Maybank EzyPay sehingga 24 bulan. Dapat cashback bila smartphone yang digunakan dipulangkan untuk upgrade selepas 12 bulan.


Cara pembelian di smartphone melalui ReNew+

1) Pilih dan masukkan iPhone terbaru pilihan anda ke dalam cart di website CompAsia (my.compasia.com). Checkout.  atau dari mana-mana Apple stores yang mengambil bahagian.
2) Pilih di mana anda ingin ambil smartphone baru anda. Mereka akan email semua details.
3) Apabila anda mendapat confirmation email, pergi ke store pilihan anda dan bayar melalui kad kredit Maybank dan Maybank Ezypay untuk pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan
4) Enjoy your new smartphone!


Kalau anda bosan menggunakan smartphone anda atau nak tukar kepada smartphone baru yang ada dipasaran. Selepas 12 bulan, upgrade saja di CompAsia tanpa sebarang cas upgrading. Untuk pengguna Android, jangan sedih sebab akan datang akan ada bayak lagi smartphone dalam senarai yang anda boleh pilih.


Macam mana? Syok tak? Mesti tangan dah ketar-ketar nak tukar smartphone baru kan? Hehe. 


Untuk maklumat lanjut tentang CompAsia, layari :

Website: my.compasia.com
Facebook: fb.com/CompAsiaMY
Twitter: @compasiamy
Instagram: @compasiamy



ComputerAsia Sdn Bhd

Suite 2.04 Level 2,
Wisma Academy,
No. 4A, Jalan 19/1,
46300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Business Hours:
Monday – Friday, 8.30am – 6.00pm 
Closed on Saturday, Sunday and Public Holiday


xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. yang ada kad kredit saja yang boleh apply ke?

    ReplyDelete
  2. name tgk mcm baru, x de confidence dgn syarikat baru ni, takut kena tipu je....
    aku rasa jika nk beli iphone, baik direct dgn iphone store, warranty pun sng sikit

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive