Dashing Adventurer 2.0 | Deodoran favorite untuk si dia

Tuesday, October 11, 2016

 Assalamualaikum. Nak tahu tak? Benda paling penting yang sentiasa Ayue titik beratkan pada pasangan Ayue adalah bau badan. Kita nak hidup dengan seseorang, mestilah kita kena selesa dengan dia kan. Jadi Ayue memang sentiasa pastikan yang Qisti mempunyai bau badan yang menyenangkan hidung Ayue. Bau badan lelaki kan boleh menenangkan wanita? Hahaha.

Sebelum ni Qisti memang pakai deodorant jenama Dashing. Kira macam jenama all time favorite dia lah. Tak kira yang mana satu, janji Dashing. Bila Ayue beritahu yang Dashing sekarang dah keluar satu lagi rangkaian produk terbaru, dia pun excited nak cuba. Mana tidaknya, kali ni Dashing keluarkan produk lain daripada yang lain tau.

BOLD 2.0 dan EDGE 2.0, dua variasi produk ni sebenarnya merupakan pelancaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian roll-on.



BOLD 2.0
Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Lapisan hijau segar dengan nota alami yang terbit dari aroma patchouli membangkitkan kesegaran. Nuansa lumut pada wangian ini menjadikannya lebih maskulin, gerah dan mengasyikkan!

EDGE 2.0
Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium dan tumbuhan hijau. Nuansa kayu cedar menambahkan sifat “woody”. Seterusnya, sedikit ambar untuk mencipta sebatian yang berakhir dengan haruman gaharu dan lumut yang menyamankan, dengan segera memberikan anda kesegaran.


Apa yang uniknya Dashing Adventurer yang baru ni adalah ia merupakan deodoran semburan 'NO GAS' yang pertama di Malaysia. Bila Ayue kata NO GAS, maksudnya didalam tin deodoran tu langsung tiada gas tau! Berbeza dengan deodoran spray yang sebelum ni.




Kalau dulu deodoran spray anda hanya bertahan selama 3 minggu, sekarang ni dengan deodorant NO GAS ni, deodoran anda mampu bertahan selama 2 bulan sebab kandungan deodoran didalam setiap botol boleh memberi sehingga 750 semburan! OMG, dah la wangi, best, tahan lama, jimat pula tu.




Qisti kata dia suka deodoran spray Dashing yang baru ni sebab bila spray bunyi tak kuat macam sebelum ni dan tak rasa perit bila pakai. Makna kata dia syok lah. Hehe. Ayue pun syok juga sebab dia wangi je.




Harga Rangkaian DASHING ADVENTURER

EDT 50ML
Terdapat dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan XTREME dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.

EDT 100ML 
Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST.

Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml
Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.

Deodoran Roll-Ons 40ml
Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST.



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page