Ilm Arts Festival 2016 - Mind Games | Pengisian yang sangat hebat

Tuesday, October 25, 2016

Assalamualaikum. Syukur sangat-sangat tahun ni Ayue berkesempatan untuk hadir lagi ke Ilm Arts Festival 2016 - Mind Games di iM4U Sentral, Puchong sabtu lepas. Walaupun Ayue tak dapat tunggu sampai habis macam tahun lepas, tapi tokoh-tokoh yang Ayue sempat tengok semuanya dalam wishlist Ayue. Seronok sangat ok.



Ayue ada cerita sedikit tentang Ilm Arts Festival di entry Ayue yang lepas. Mana yang terlepas tu boleh baca dekat sini : 



Tapi Ayue nak ulang sedikit juga dekat sini. Hehe. Ilm Arts Festival ni sebenarnya merupakan perhimpunan terbesar bakat-bakat Islam di seluruh dunia di bawah satu bumbung dari pelbagai bidang untuk berkongsi bakat dan pengalaman mereka dengan cara masing – masing.

Selain Malaysia, Ilm Arts Festival juga turut di adakan di luar negara seperti Kuwait dan Australia dengan tujuan yang sama iaitu untuk mempamerkan kepada kita tentang keindahan islam menerusi seni. Seni ni luas, semua orang sukakan seni. Seni bukan saja melalui perkataan, malah seni juga boleh melalui puisi, fotografi, komik, lukisan grafiti, nasyid, komedi dan macam-macam lagi lah. Ayue pasti setiap orang ada minat seninya yang tersendiri. Macam Ayue, Ayue suka nasyid, puisi dan kata-kata.

Sebab tu antara tokoh yang Ayue nak tengok sangat adalah Castillo, Muslim Belal dan Aerosol Ali. Alhamdulillah Ayue sempat tengok Castillo dan Muslim Belal walaupun sangat sedih sebab tak sempat nak tengok Aerosol Ali. Padahal itu yang paling Ayue tunggu-tunggu sekali. Ayue pasti tahun ni persembahan grafitti nya mesti lagi gempak dari tahun lepas. Ayue sampai nangis tau tengok persembahan "The Coffin" dari beliau.





Boleh tengok video Castillo yang Ayue rekod di bawah. Ada 3 lagu semuanya, tapi ini yang paling terngiang-ngiang di telinga Ayue.


Antara tokoh-tokoh lain yang Ayue sempat tengok adalah Edris Khamissa, Belal Khalid, Daood Butt, Mariah Idrissi dan Aman Ali. Tokoh-tokoh ni semua pun tidak kurang hebatnya. Edris Khamissa, menaikkan semangat kita sebagai muslim untuk tidak berputus asa dan sentiasa berusaha. Orangnya kelakar juga tau. Public speaking yang disampaikan langsung tidak bosan.







Mariah Idrissi pula, ya ampun! Ayue betul-betul kagum dengan beliau. Orang nya kurus tinggi dan sangat cantik. Padanlah dapat jadi model berhijab untuk H&M. Itu satu pencapaian yang hebat tau untuk seorang muslim mendapat tempat dalam syarikat yang besar macam tu.


Manakala Aman Ali pula Ayue tak sangka Ayue akan sangat terhibur dengan cerita-cerita yang disampaikan. Mula-mula Ayue tak pasti siapa Aman Ali ni sebenarnya dan kenapa dia asyik buat lawak dari awal persembahan. Rupa-rupanya dia seorang pelawak! Haha. Patut lah. Nampak tak, Islam tu indah dan mudah. Dalam lawak juga islam boleh disampaikan kepada kita.

Selain persembahan tokoh-tokoh ni, Ils Arts Festival juga ada menyediakan bengkel untuk lebih mengenali tokoh-tokoh yang kita minati. Antara bengkel yang menarik perhatian Ayue adalah 

  • Fashion & Design oleh Mariah Idriss & Mizz Nina
  • Confident Muslim oleh Sh Omar Suleiman
  • Islamophobia oleh Sh Yahya Ibrahim

Tapi sayangnya Ayue tak sempat nak hadir ketiga-tiga bengkel ni. Menyesal pula rasanya.

Bukan itu saja, di Ilm Arts Festival, ada juga vendor yang menjual pakaian, barangan kesihatan dan kecantikan. Food Truck pun ada tau. Meriah  betul. Festival bertaraf antarabangsa macam ni memang sesuai untuk seluruh keluarga tak kira umur. Selain berhibur, kita dapat juga ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan harian. 





Pada Ayue festival macam ni patut dibuat setiap tahun sebab ia dapat memberi inspirasi, semangat baru serta mencetuskan idea yang lebih segar kepada kita selain menggalakkan rakyat Malaysia mencintai dan menghargai seni. Betul tak? Harap-harap tahun depan adalah lah lagi Ilm Arts Festival ni. Dan kali ni Ayue akan cuba tunggu sampai habis. Hehe.

Kalau anda nak tahu, Ilm Arts Festival juga ada buat Marriage Conference (MQA) tau. Persidangan Perkahwinan yang membantu anda dalam isu-isu berkaitan perkahwinan seperti pembangunan peribadi, isu dalam perkahwinan, hubungan anda dengan anak-anak, tingkatkan kemahiran komunikasi dan macam-macam lagi. Jadi anda jangan lupa follow Ilm Arts Festival untuk tahu perkembangan mereka untuk pelbagai lagi event okey?

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Ilm Art Festival
Website : http://ilmartsfestival.com
Facebook : https://www.facebook.com/IlmArtsFestival
Twitter : https://twitter.com/IlmArtsFestival
Instagram : https://instagram.com/ilmartsfestival/

Marriage Conference
Website : http://marriageconference.org/
Facebook : https://www.facebook.com/MarriageQA
Instagram : http://instagram.com/marriage_qa



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive