Kembara Media Sempena Sambutan 50 Tahun Felcra Berhad

Monday, October 10, 2016

Assalamualaikum. Bulan lepas Ayue dan rakan blogger lain konvoi ke beramai-ramai untuk sertai Kembara Media Sempena 50 Tahun Felcra Berhad ke Lumut, Perak. Ayue memang dari dulu lagi suka konvoi. Pantang dengar ada konvoi, mesti nak join. Mungkin sebab Ayue suka drive walaupun Ayue tahu konvoi ni sangat memenatkan.


Okey, berbalik pada tujuan kami ke Perak, sebenarnya Ayue tak pernah tahu tentang Felcra. Selama ni Ayue hanya tau serba sedikit tentang Felda. Itu pun sebab adik Ayue menetap di sana selepas berkahwin.

Sebelum bertolak, Ayue ada study serba sedikit tentang Felcra. Rupanya Felcra ni merupakan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamat Felcra adalah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.


Pagi sebelum bertolak kami semua berkumpul di R&R Sg Buloh untuk dapatkan segala keperluan konvoi. Ayue berdua saja dengan Numi sepanjang perjalanan. Ni kira macam short getaway kedua kami lah. Hehe. Nasib baik Numi ni jenis yang tak tidur dalam kereta. Kalau tak mengantuk juga Ayue drive seorang sebab perjalanan ke Lumut dengan 50 kenderaan memang ambil masa yang agak lama untuk sampai.

Kami tiba di Felcra Lekir, Kampung Aman Jaya pun agak lambat sebab Ayue dan beberapa kereta lain sesat. Hehe. Tapi nasib baik sempat sampai sebelum pelancaran majlis. Ayue dengan Numi memang dah lapar sangat dah masa ni. Dapat pula menu makanan tengahari dari penduduk kampung yang sangat sedap. Lupa terus diet! Makanan kampung, kena pula dengan buah-buahan fresh dari tanaman mereka memang mengasyikkan betul. Numi selera makan durian dengan nasi!



Kemudian kami dibawa naik menaiki Traktor yang dihias cantik untuk pusing mengelilingi kampung mereka. Ramah tamah sungguh orang Felcra ni. Ayue sebenarnya kagum dengan pembangunan yang ada di kampung ni. Walaupun nun jauh dari bandar, kampung ni nampak sangat aman dengan rumah yang tersusun rapi. Nampak comel pun ada, Hehe.


Untuk konvoi 2 hari 1 malam ni, kami menginap di Swiss Garden Beach Resort. Cantik tempatnya, bilik pun selesa. Paling Ayue suka dia sebelah laut! Memang tak lepas peluang lah nak ber-ootd dan feeling bercuti kan?



Malam tu kami semua dijemput ke Networking Dinner Bersama Felcra Berhad yang dihadiri oleh engerusi Felcra iaitu Datuk Bung Mokhtar Raden. Masing-masing enjoy dengan sesi cabutan bertuah dan karaoke. Malangnya malam ni Ayue dah mula rasa tak sihat badan. Demam urat sampai tak larat nak buat apa pun. Kesian Numi tak pasal-pasal kena jaga Ayue.



Esoknya awal pagi lagi kami dah bergerak ke Seberang Perak untuk ke Pusat Komersial Pembenihan Padi di mana Felcra ada menanam padi pada lebih kurang 80,000 hektar. Besar kan? Kami diperkenalkan dengan ELA Gyrocopters, yang digunakan untuk menyembur racun dan baja pada tanaman padi dengan mudah dan pantas. ELA Gyrocopters ni boleh terbang serendah 2 meter dan boleh terbang sehingga 4 jam. Kiranya kalau nak ke KL tu boleh sangat lah.



Kemudian kami juga berpeluang untuk menaiki transplanter, sebuah mesin yang digunakan untuk menanam padi. transpalnter ni mampu menanam padi sehingga 3000 benih padi sehari. Makin mudah dan maju. Bangga Ayue dengan pencapaian Felcra sekarang ni.




Menurut pihak Felcra Seberang Perak, mereka tidak mahu tanah sawah yang mereka usahakan ni dibuat pembangunan seperti yang berlaku pada Paya Indah Wetland dimana status tanah pertaniannya ditukar menjadi kawasan pembangunan. Yela, sumber utama ekonomi mereka datang dari tanah sawah ni, mesti lah mereka nak kekalkan usaha yang mereka buat selama ni kan.





Aktiviti terakhir kami adalah melawat Rumah Generasi Kedua iaitu Taman Felcra Jaya. Rumah yang besar dengan harga yang dua kali ganda murah dari harga pasaran. Rumah sebiji dengan tanah yang luas. Untungnya penduduk Felcra! Ada 4 jenis rumah yang dibina dan semuanya untuk anak-anak peneroka Felcra. Orang bandar macam Ayue ni jangan harap nak beli ya? 



Sebelum balik, kami dijamu dengan makan tengahari yang sangat menyelerakan juga. Semuanya makanan kampung. Berselera sungguh Ayue makan. Terima kasih pada Felcra kerana menyediakan kami pelbagai goodies yang best. Kami semua dapat beras, ikan bilis, kerepek, kain ela, tshirt dan macam-macam lagi. Moga Felcra lebih maju dengan segala yang mereka usahakan sekarang. Amen. Tahniah untuk ulang tahun yang ke 50!




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive