Turunkan berat badan dengan TCM

Wednesday, October 05, 2016


Assalamualaikum. Ingat lagi post Ayue tentang rawatan Traditional Chinese Medicine (TCM) di Xi Slim & Beauty TCM Centre hari tu? Tak cukup dengan facial treatment, Ayue sambung pula buat TCM slimming treatment tau.
Untuk anda yang nak baca pengalaman pertama Ayue buat rawatan TCM, boleh baca disini :
Bila sebut tentang rawatan pelansingan, mesti dalam kepala anda dah terbayang rawatan pelansingan yang selalu keluar TV tu kan? Ada macam-macam mesin dan krim yang digunakan pada badan kita. Sejujurnya Ayue sendiri pernah cuba rawatan pelansingan serba moden macam tu. Dan kali ni Ayue nak cuba pula rawatan tradisional yang tak ramai diantara kita berani cuba.
XiSlim TCM Beauty Centre Acupuncture slimming treatment malaysia (7).JPG
Bilik rawatan sepanjang Ayue di Xi Slim & Beauty TCM Centre
Jangan katakan pelansingan, rawatan muka hari tu pun Ayue dapat banyak persoalan macam “tak sakit ke”, “jarum tu tajam tak”, “tak luka ke lepas rawatan”, jawapannya TAK. Kalau sakit, kalau luka, takkan Ayue berani nak sambung rawatan lagi kan? Ayue bukannya apa, Ayue cuma nak kawan-kawan Ayue nampak betapa baiknya rawatan tradisional macam ni berbanding rawatan moden yang jauh lebih mahal tu.
Untuk rawatan pelansingan, selepas pakar perubatan di Xi Slim & Beauty TCM Centre menilai tahap kesihatan Ayue, mereka akan mengesyorkan rawatan apa yang sesuai dengan badan Ayue ketika tu.
Antara rawatan yang Ayue cuba sepanjang sesi pelansingan Ayue adalah “Akupuntur Pelansingan”, “Terapi Bekam”, dan “Terapi Api”. Kesemua rawatan ni dilakukan pada keseluruhan badan Ayue. Takda bahagian pun yang terkecuali. Mula-mula tu Ayue segan juga, tapi pakar perubatan di sana sangat peramah dan mesra membuatkan Ayue tak kekok langsung.
Akupuntur Pelansingan merupakan terapi TCM dengan cara mencucuk jarum khas ke badan kita pada bahagian tertentu. Setiap jarum yang dicucuk pada point tertentu tu akan memberi kesan yang berlainan pada badan kita. 
acupuncture.jpg
Kebaikan akupuntur untuk pelansingan adalah :

  • Meningkatkan peredaran darah dan Qi (tenaga penting)
  • Menenangkan sistem saraf
  • Merangsang metabolisme
  • Menggalakkan penghadaman kesihatan
  • Memaksimumkan penyerapan nutrien dalam badan kita
  • Mengurangkan keinginan dan mengawal selera makan
  • Mengecutkan otot perut
  • Menenangkan dan merehatkan

Nampak tak betapa banyaknya kebaikan akupuntur ni untuk badan kita. Apa yang Ayue suka adalah kita tak perlu sebarang ubatan pun untuk dapat kesan-kesan macam ni. Hanya dengan rawatan akupuntur dan tanpa sebarangan kesan sampingan.
XiSlim TCM Beauty Centre Acupuncture slimming treatment malaysia (6).JPG
Jarum khas yang digunakan untuk terapi akupuntur
Kesan yang paling ketara Ayue nampak selepas Ayue buat rawatan akupuntur pelansingan ni adalah sistem penghadaman Ayue makin lancar dan badan Ayue makin bertenaga. Akupuntur untuk penurunan berat badan ni memerlukan sekurang-kurangnya 7 - 10 rawatan dalam masa beberapa minggu untuk mendapat kesan yang paling bagus.
Tips Ayue untuk anda yang ingin membuat akupuntur ni sama ada facial atau body treatment. Pastikan sebelum jarum tu dicucuk, anda rehatkan segala otot serehat-rehatnya. Sebab lepas jarum dicucuk, anda perlu rehat dan tidur selama 30 minit. Macam power nap. Kalau tak tidur pun takpa, tapi kalau tidur lagi bagus sebab peredaran darah tu lebih lancar.
Rawatan kedua yang Ayue cuba adalah Terapi Bekam. Walaupun bekam ni pada Ayue sakit sedikit berbanding akupuntur, tapi tiap kali lepas buat bekam, badan Ayue akan rasa ringan sangat. Lega macam baru lepas kena urut.
cupping_therapy.jpg
Tujuan utama bekam ni adalah untuk membuang toksin yang ada pada badan kita. Tapi sebenarnya kebaikan bekam ni lebih kurang saja macam akupuntur, tapi kesannya akan lebih ketara jika anda berbekam. Lebih kurang macam boost up la ni.
Antara kebaikan Terapi Bekam adalah :

  • Melancarkan pengaliran darah
  • Membuang toksin dari badan
  • Memastikan kelancaran Qi
  • Melepaskan tekanan dan kebimbangan
  • Menghilangkan pengekalan air
  • Merangsang sistem penghadaman
  • Menggalakkan metabolisme dan pergerakan usus

Semua kebaikan ni adalah penyumbang kepada penurunan berat badan kita nanti. Anda jangan risau sebab bekam ni bukanlah jenis bekam yang sampai keluar darah tu. Di Xi Slim & Beauty TCM Centre, teknik bekam yang digunakan hanyalah “Flash Cupping”, “Fixed Cupping” dan “Sliding Cupping”.
XiSlim TCM Beauty Centre Acupuncture slimming treatment malaysia (12).JPG

Teknik bekam ni hanya akan menimbulkan kesan lebam sedikit bergantung pada kadar toksik pada badan kita. Lebih banyak toksik maka lebih gelaplah kesan bekam tu. Tapi jangan risau, dalam seminggu kesan ni akan hilang.
Bekam ni sebenarnya banyak lagi kebaikan dia. Kalau anda perasan ramai atlet Olimpik hari tu ada kesan bekam dibadan mereka kan? Semua tu untuk melancarkan peredaran darah dan merangsang otot para atlet. Lain orang lain tujuannya, untuk Ayue pula, Ayue gunakan bekam untuk tujuan pelansingan.
Rawatan ketiga dan terakhir yang Ayue cuba di Xi Slim & Beauty TCM Centre adalah Terapi Api dimana badan Ayue diselubung dengan kain dan dicurahkan alkohol keatasnya. Kemudian pakar perubatan akan nyalakan api selama beberapa saat bergantung pada tahap kepanasan yang Ayue mampu tahan.
XiSlim TCM Beauty Centre Acupuncture slimming treatment malaysia (9).JPG

Fire Therapy adalah sejenis kaedah terapeutik baru melalui pembakaran pada permukaan badan untuk mencapai kesan langsing dan menghapuskan pengekalan air.
Selepas api dah nyala, anda akan rasa suam-suam, bila anda dah mula rasa panas sedikit, pakar perubatan akan padam api tersebut. Pada masa ni lah tahap kepanasan tu akan meningkat dua kali ganda. Jadi anda jangan tunggu sehingga dah betul-betul panasa baru nak beritahu pakar perubatan tau. Nanti panas terlampau pula.
XiSlim TCM Beauty Centre Acupuncture slimming treatment malaysia (10).JPG

Dalam banyak-banyak rawatan, rawatan terapi api ni yang paling Ayue suka sebab terasa macam duduk dalam sauna. Habis semua peluh keluar. Rawatan ni adalah untuk menggalakkan peredaran darah, meningkatkan metabolisme, penghapusan dan penguraian lemak.
Selain itu, terapi api juga boleh mengubah dan mengawal pengambilan makanan dan hidup gaya yang tidak betul yang kita amalkan selama ni. Apa yang Ayue suka adalah terapi api ni dapat membakar lemak degil jauh kepada epidermis kulit kita. Lemak-lemak tu kan susah nak hapus?
Selama 7 kali terapi yang Ayue buat di Xi Slim & Beauty TCM Centre, Ayue dah mula nampak perubahan pada badan Ayue. Badan makin bertenaga dan Ayue dapat rasa badan Ayue makin mengecil. Ayue lebih fokus kepada inch loss daripada weight loss. Jadi itulah yang Ayue nampak. Ayue siap loss 3kg lagi tau walaupun Ayue hanya fokus pada inch loss. Best betul. Masa balik kampung hari tu pun mak dan adik Ayue tegur badan dan susut sedikit. Alhamdulillah.
XiSlim TCM Beauty Centre Acupuncture slimming treatment malaysia (8).JPG
Berat badan Ayue sebelum terapi. Alhamudulillah sekarang dah turun 3kg.
Macam yang Ayue tekankan sebelum ni. Janji Ayue takda ambil sebarang ubat-ubatan yang merbahaya dan rawatan TCM ni 100% tiada kesan sampingan. Anda jangan risau okey? Lagi pun pakar perubatan di Xi Slim & Beauty TCM Centre dah siapkan jadual pemakanan yang boleh anda ikut kalau nak berat badan ideal. Semuanya akan dipantau oleh mereka.
Malah mereka juga ada berikan Ayue sejenis pelekat untuk dilekatkan di tepi telinga supaya bila Ayue lapar nak makan benda-benda yang tidak sepatutnya Ayue makan, Ayue boleh picit pelekat tu untuk mengurangkan keinginan untuk makan tu. Haa, bagus kan? Berkesan tau!
XiSlim TCM Beauty Centre Acupuncture slimming treatment malaysia (11).JPG

Kalau anda nak cuba boleh tengok lanjut tentang Xi Slim & Beauty TCM Centre di :
Website : http://xislim.com/


xoxo, 

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. Takutlah nak buat rawatan ni.... guna jarum sakit tak?

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive