Cara lembutkan kulit popiah yang keras dan kering

Thursday, November 17, 2016

Assalamualaikum. Sebenarnya Ayue dah lama nak up entry ni, tapi asyik takda masa je. Hari ni macam ada masa sikit, jadi Ayue share lah sikit tips dan cara untuk anda lembutkan kulit popiah yang dah keras dan kering lepas masuk dalam peti ais. Kadang-kadang ada juga kulit poiah yang memang dah keras sebelum buka plastik lagi. Macam kes Ayue ni, Ayue tak perasan kulit popiah ni dah sedia keras masa beli tu. 

Kulit popiah yang keras dan kering, walaupun kita dah biarkan dia lembut pada suhu bilik, tetap tak elok nak buat apa pun. Nak gulung ke, nak lipat ke, dia akan pecah dan patah-patah. Siapa ada masalah macam ni? Kulit popiah kalau dah kering, pecah-pecah macam tu, nak buat apa pun tak boleh kan? Buat sakit hati je. Silap hari bulan masuk ke tong sampah. Hehe. 

Nasib baik lah Ayue ni tahap sabar masih lagi tinggi. Jadi Ayue cuba lah cara ni untuk selamat kan kulit popiah Ayue tu. Sayangkan kalau nak buang? Dah lah baru beli. Sebenarnya Ayue nak buat popiah coklat nestum untuk family bakal mertua. Diorang suka sangat makan. Jadi kena buat banyak terus.

Okey lah, ni cara-cara untuk lembutkan kulit popiah yang dah keras dan kering ya. Hanya perlu guna periuk nasi atau steamer yang ada dekat rumah anda tu. Periuk nasi Ayue ni ada layer untuk stim, lubang-lubang macam periuk stim tu. Jadi Ayue yang ni je. Senang. Kalau anda nak guna periuk stim tu pun boleh. Takda masalah. 

Lapis lubang-lubang stim dengan kain bersih dan lembab.

Ini popiah yang kerng dan keras sebelum di stim kan.

Masukkan ke dalam periuk. Layer kan macam ni pun boleh. Biar ada ruang sikit ya.

Cover kulit popiah dengan kain bersih dan lembab juga supaya air tidak menitik dan terkena pada kulit popiah. Pastikan kain tak terkena pada kulit popiah.

Kemudian tutup periuk dan tunggu sehingga panas dan kulit popiah lembut.

Kulit popiah dah lembut dan boleh digunakan semula. Tak membazir.

Ni Ayue buat gulung untuk buat popiah coklat nestum tu.

Dah siap goreng. Elok je kan. Tak kemas Ayue gulung sebab dah malam, mengantuk. Hehe. 

Senang je kan nak selamat kan kulit popiah keras dan kering tu? Tak baik membazir tau. Selagi belum expired, boleh diselamatkan lagi tu. Hehe. Resepi popiah coklat nestum tu nanti lah Ayue update ye? Bila dah free sikit. 

Selamat mencuba :)



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive