Create Magical Moments bersama Enchanteur

Monday, November 21, 2016

Assalamualaikum. Jarang sebenarnya Ayue bercerita tentang tunang Ayue dalam blog ni. Boleh dikira berapa kali. Tapi hari ni Ayue nak cerita sikit lah sebab tak sampai sebulan pun lagi kami bakal diijabkabulkan. Hehe. Ayue nak cerita magical moment kami yang buatkan kami bertahan sehingga sekarang.


Ayue dengan tunang Ayue, Qisti dah 10 tahun kenal. Kami kenal dari zaman belajar lagi tau. Sekejap je rasanya dah 10 tahun. Tahun ni kami ambil keputusan untuk berkahwin. Orang kalau dengar 10 tahun je, mesti cakap,

" Wah, dah lama kenal, mesti dah kenal perangai masing-masing kan"

Hakikatnya tak, Ayue sendiri masing lagi dalam proses kenal perangai dan hati budi Qisti tu. Orang kata lepas nikah baru dapat tengok perangai sebenar kan? Haha, lepas nikah lah kot baru Ayue dapat kenal betul-betul perangai bakal suami Ayue tu. Cuma buat masa sekarang, Ayue dah cukup rasa selesa bila dengan dia.

Kami susah dan senang dari zaman belajar, sampai dapat kerja, sekarang fokus untuk masa depan pula. Memang banyak sangat pahit getirnya. Kenangan pahit jangan kata lah, dugaan masa bertuang tu kan banyak. Pernah sampai satu tahap, Ayue dah fedup dengan semua benda tau. Sampai minta putus tunang. Haa, masa tu darah tengah muda, panas baran. Sekarang bila dah cukup matang ni rasa kelakar pula bila diingatkan balik buat perangai macam tu.

Buat keputusan dalam keadaan marah adalah keputusan yang paling buruk sekali yang bakal kita ambil dalam hidup kita. Ingat tu. Marah macam mana pun, kena sabar dulu, istifar banyak-banyak. Dah reda baru buat keputusan ok? Supaya tak menyesal kemudian hari.

Ayue dengan Qisti sebenar sangat lah kontra perangai kami ni. Kontra dari segala segi. Ayue suka bergambar, dia tak. Ayue suka bergaul kecoh san kecoh sini, dia tak. Ayue ramah tamah even baru pertama kali jumpa dengan kawan dia, tapi dia tak. Memang jauh beza betul lah perangai kami ni. Tapi disebalik kekurangan tu, sebenarnya dia melengkapi kekurangan Ayue pula. Dia seorang family man juga tau, Apa-apa pun, family sangat penting. Orang yang utamakan family ni, insyaAllah akan jaga family dia baik juga nanti. Amenn.



Contohnya dia sangat alert dan fokus dengan persekitan, Ayue tak. Ayue ni jenis blur memanjang, Qisti pula cepat tangkap. Paling Ayue suka adalah Ayue ni jenis lembik, angkat berat ke, jalan banyak ke, Ayue cepat letih, cepat sakit. Jadi dia lah yang jadi badang Ayue. Kalau beli barang dapur, ada 10 plastik bag, kalau boleh dia akan bawa semua plastik tu, tinggal yang paling ringan untuk Ayue bawa. Dia pula akan anggap semua benda yang berat sampai senget-senget badan. Hehe. Dari dulu sampai lah sekarang. Tak tau lah orang lain, tapi Ayue rasa benda ni sangat sweet. Tiap kali dia tolong Ayue macam ni, dia utamakan keselamatan Ayue, supaya Ayue tak sakit, hati Ayue ni tersentuh sikit. Moment-moment magical macam ni lah, nampak je remeh, tapi sebenarnya dapat menyentuh hati kita.

Qisti orangnya tak romantik, Langsung tak romantik. Dia bukan jenis orang yang nak candle light dinner, nak buat birthday surprise ke apa. Memang bukan dia. Ayue pula suka benda-benda macam tu. Tapi walaupun dia tak buat semua tu, dia selalu utamakan keperluan dan kehendak Ayue dulu, kemudian baru dia. Sweet macam mana lagi yang Ayue nak?

Lain orang lain magical momentnya, dan ini adalah magical moment Ayue. Hehe.


Bercakap tentang magical moment, Ayue ada benda nak share dengan anda ni. Enchanteur ada buat online contest ‘Create Magical Moments’ dimana anda hanya perlu submit gambar anda melalui Instagram dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.


Enchanteur sedang dalam mempromosikan beberapa produk penjagaan peribadi terbaru mereka yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.


Masa Ayue ke event Enchanteur hari tu, Fauziah Gous dan suaminya juga sempat bercerita tentang magical moment mereka. Sweet sangat pasangan ni. Mereka ada sebut tentang bau sangat memainkan peranan penting dalam sesuatu hubungan. Yelah, Ayue tak suka Qisti ada bau yang bukan-bukan. Kita naka dekat pun tak selesa betul tak? Sebab tu pentingnya bauan ni.


Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.


Antara produk Enchanteur yang diperkenalkan dalam promosi ini adalah :

ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème | Harga RM9.20 - RM13.65


ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari.


ENCHANTEUR Perfumed Lotion | Harga RM7.50 – RM21.00


Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.


ENCHANTEUR Perfumed Deodorants | Harga RM4.90 - RM11.90


ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.


ENCHANTEUR Eau de Toilette | Harga RM18.75 - RM33.50


Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis.


Bestkan? Tentang contest ‘Create Magical Moments’ tu pula, anda jangan lupa join okey. Mudah je caranya :

1. Dengan pembelian barangan Enchanteur bernilai RM15 ke atas, anda layak untuk menyertai peraduan ini. Simpan resit pembelian sebagai bukti.
2. Ambil gambar bersama yang tersayang.
3. Upload di Instagram anda dengan hashtag #createmagicalmoments dan mesej ayat-ayat cinta anda yang paling manis.

Itu saja. Kacang goreng lah. Letak sekali ayat pickup line eh? Haha.


Hadiah-hadiahnya pun lumayan tau. Macam mana. Tak nak ke Maldives ke? Salah satu tempat yang paling Ayue nak pergi tu. Haa. rugi tak join tau.



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List