Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Essence

20 November 2016

Hada Labo, jenama penjagaan kulit yang terkenal dengan rangkaian product penghidratannya adalah amat komited untuk terus melabur dalam penyelidikan dan innovasi supaya dapat membawakan teknologi penjagaan kulit yang terkini kepada para pengguna.

Perkenalkan innovasi terbaharu Hada Labo - Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Essence. Ia dirumuskan dengan Teknologi Moist24™ untuk membekalkan penghidratan selama 24 jam. Dengan gabungan 4 jenis Asid Hialuronik, esen penghidratan ini mempunyai kepekatan 3 kali lebih dari Hada Labo Lotion. Ia memberikan anda penghidratan sepenuhnya daripada permukaan hinggalah jauh ke dalam lapisan kulit.

Manfaat Hada Labo Hydrating Essence termasuk keupayaan ramuannya untuk membentuk satu takungan air semula jadi didalam kulit untuk mengunci, mengekal dan memelihara kelembapan pada kulit sepanjang hari.

Penggunaan Hada Labo Hydrating Essence bersama dengan Hydrating Lotion, mampu meningkatkan kelembapan kulit sehingga 30% dan pada masa yang sama ia berupaya mengekalkan kuasa penghidratannya untuk lebih daripada 7 jam. Di samping itu, Hydrating Essence juga dirumuskan dengan teknologi Hada Labo High Performance Penetrating & Deep Moisturizing (HHP&M) untuk membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk menyerap nutrien daripada produk penjagaan kulit seterusnya.

Ramai wanita tidak mempunyai tabiat menggunakan esen. Tetapi tahukah anda bahawa pengunaan esen dalam rejim penjagaan kulit harian boleh merawat lapisan epidermis yang terdalam secara efektif. Penggunaan esen amat disyorkan bagi mereka yang mempunyai kulit kering & nyahhidrat kerana penggunaannya akan memberikan hasil yang lebih ketara.

Hydrating Essence mempunyai kadar PH yang seimbang dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ia juga bebas daripada alkohol, sumber haiwan, pewangi, pewarna dan minyak mineral.


Cara penggunaan:
Guna dua kali sehari selepas Hada Labo Hydrating Lotion. Tuang pada tapak tangan dan pedap lembut pada wajah sehingga diresap sepenuhnya.

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Essence (30g) berharga RM74.00 dan boleh didapati di farmasi-farmasi utama seluruh negara bermula September 2015.


















Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.