JURNAL ASYIKIN EXCLUSIVE : TRAVELOG CINTA TANG GUO HUA

Saturday, November 12, 2016

Assalamualaikum. Setiap orang ada kisah cintanya yang tersendiri. Ada yang manis, ada yang pahit. Ayue paling suka kalau kisah cinta tu boleh bawa inspirasi pada orang lain. Macam kisah cinta Puan Asyikin Rahmat dan Haji Ishaq Tang Guo Hua yang sedang bersiaran di Astro Oasis sekarang ni.


Rancangan Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua ni mengisahkan kisah cinta Puan Asyikin dan Haji Ishaq terhadap dunia tekstil sehingga mereka mempunyai empayar perniagaan sendiri. Kalau anda nak tahu, jenama Asyikin Exclusive tu milik mereka lah. Ayue pernah juga masuk ke butik mereka di Dataran Pahlawan Melaka tahun lepas. Memang cantik dan eksklusif koleksi bajunya. Sempat lah sambar sepasang baju untuk mak Ayue tu.

Tapi tak pula Ayue tahu yang pemilik butik tu ada kisah cinta yang sangat menarik. Puan Asyikin berkahwin dengan lelaki berlainan bangsa, Haji Ishaq yang berasal dari negara China. Mengambil peluang yang ada, Puan Asyikin belajar selok belok pemborong di China untuk mengeluarkan koleksi yang baru dan antara yang terawal mencetus trend dari China.


Haa, baru intro dah menarik kan? Banyak sebenarnya kisah suka duka mereka sepanjang bergelar suami isteri terutama sepanjang membangunkan jenama Asyikin Exclusive. Tapi berkat sabar dan tekad mereka, akhirnya Asyikin Exclusive kini dah pun mempunyai beberapa butik yang boleh dibanggakan.

Apa yang paling Ayue suka tentang rancangan Travelog Cinta Tang Guo Hua ni adalah rancangan ni mengisahkan tentang pengalaman jatuh bangun mereka dalam perniagaan tekstil dan pengembaraan mengenal budaya masyarakat Cina di negara Tembok Besar China. Lokasi yang dipilih untuk rancangan ni bukan lokasi yang biasa kita dengar di China tau. Ia lokasi baru dan bukan tumpuan pelancong. Nak tahu di mana, anda kena lah tonton rancangan Travelog Cinta Tang Guo Hua ni okey? Lokasi-lokasi tu semua cantik tau!


Kini bukan saja Asyikin Exclusive, malah Puan Asyikin dan Haji Ishaq juga mempunyai Baba Nyonya Shop yang memfokus menjual kain secara borong dan gulung kepada usahawan, peniaga kain, butik dan orang perseorangan.

Ayue sendiri dah jumpa kedua-dua mereka ni dan Ayue sangat suka dengan cara mereka yang humble dan down to earth walaupun dah berjaya macam sekarang ni. Orang kata macam Resmi Padi, Makin Berisi Makin Tunduk, macam tu lah mereka.

Bawah ni sedutan pendek Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua



Anda jangan lupa tengok Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua di saluran 106, Astro Oasis setiap Ahad jam 7.30pm tau. Ada 9 episod kesemuanya.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Instagram : Asyikin_Exclusive


xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. selalu nampak iklan kt tv.. suka dgr lagu tu hehe tp x tahu apa tajuk sbb x sempat tgk..huhu

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive