Kulit mesti cerah berseri bersama nanowhite

Wednesday, November 30, 2016

Nanowhite telah melancarkan produk 3 Lengkap Sempurna untuk kulit kekal lebih cerah, halus dan berseri serta-merta.


3 produk baharu nanowhite – nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream, nanowhite Skin Renewing Aqua Gel dan nanowhite Intensive Brightening Mask adalah produk baharu yang akan melengkapi produk rangkaian asas pakar pencerahan kulit.


Bosan dengan kulit menjadi lebih gelap dan kusam walaupun anda sentiasa melakukan rutin penjagaan kulit anda? Kini nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream boleh membantu kulit anda kekal lebih bersama nanowhite Super Antioxidant™ dengan kapsul unik yang mengandungi intipati Vitamin E dan C.


Mengekalkan tona kulit yang cerah dan sekata adalah mencabar kerana faktor persekitaran yang menjadi punca kerosakkan kulit wajah. Ini membolehkan keberkesanan maksimum, sekali gus menggandakan kesan pencerahan itu. Selain daripada mengekalkan pencerahan kulit, produk ultra-ringan dan mudah diserap ini juga mengurangkan kehadiran bintik-bintik hitam.

Kulit yang cerah lebih baik apabila kelihatan lebih halus dan segar. Ini adalah dimana nanowhite Skin Renewing Aqua Gel memberi keberkesanannya. Gel pengelupasan kulit menanggalkan bintik-bintik hitam dan sel kulit mati secara lembut, menjadikan kulit anda lebih halus dan lembut bak sutera.


Sentuhan terakhir untuk kulit berseri adalah mengekalkan kelembapan. nanowhite Intensive Brightening Mask buatan Korea mengandungi ekstrak semula jadi yang memberi kesan pencerahan dan penghidratan serta-merta, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berseri.


Ketiga-tiga produk ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Dengan menggabungkan produk-produk ini ke dalam rutin penjagaan kulit, Juliana Evans gembira melihat kulitnya lebih berseri berbanding sebelum ini. Duta jenama nanowhite, juga merupakan seorang pelakon, model dan personaliti TV, percaya dengan produk ini, ia membantunya tampil berseri dan cantik di hadapan kamera setiap hari.


Seperti semua produk nanowhite yang lain, tiga formula baru ini padat dengan teknologi luar biasa yang dipanggil "Nano Skin-happy". Dengan teknologi ini, nanowhite adalah satu-satunya rangkaian penjagaan kulit dengan Endorfin ‘happy’ yang membuka liang-liang roma untuk penyerapan yang lebih baik, serta molekul nano yang 1000 kali lebih halus untuk terus diserap masuk jauh ke dalam kulit. Dengan bantuan Omega White-C, ia membolehkan bahan pencerah diserap dengan lebih cepat dan berkesan dari dalam.

Hilangkan kulit kusam dan dapatkan kulit halus dan cerah yang berkekalan. nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream boleh didapati di kedai-kedai terkemuka pada harga RM39.90 untuk setiap satu 40ml. Skin Renewing Aqua Gel dijual pada harga RM44.90 bagi setiap botol 140ml dan harga Intensive Brightening Mask adalah RM8.90 setiap satu.


Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk nanowhite, layari laman Facebook di www.facebook.com/nanowhite.




xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page