Resepi Udang Masak Lemak Mudah & Sedap

Thursday, November 24, 2016

Assalamualaikum. Kadang-kadang bila tekak teringin nak makan udang, Ayue suka masak Udang Masak Lemak sebab mudah dan sedap. Ecece, puji diri sendiri. Haha. Tapi betul, sesekali makan memang terangkat tau. Sampai menghirup kuahnya.


Tapi jangan risau kolesterol tinggi ke apa sebab resepi Udang Masak Lemak Ayue ni guna susu cair, bukan guna santan sebagai kuahnya. Jadi nak hirup banyak pun takpa. Kan sedap? Haha. Okey lah, Taknak bebel panjang, jom tengok resepi nya.

Bahan-bahan Udang Masak Lemak :

  • 1kg udang - dibersihkan
  • 2 inci kunyit hidup - blend
  • 1 genggam cili padi - blend
  • 1 biji bawang besar - blend
  • 2 helai daun kunyit - Ayue takda, tapi kalau letak lagi sedap
  • 3 batang serai - ditumbuk sedikit
  • 2 biji kentang - potong dadu dan digoreng
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara-cara masak Udang Masak Lemak :

Blend kesemua bahan-bahan yang Ayue senaraikan untuk diblend di atas. Panaskan minyak dikuali dan mula menumis. Masa ni bau memang harum semerbak, tapi kena tahan hidung sebab cili padi bila digoreng, faham-faham je la macam mana kan. Hehe.


Ayue suka potong dadu dan goreng dahulu kentang ni sebelum masuk ke dalam masakan sebab bila kentang digoreng dulu, ia cepat lembut, jadi tak payah nak tunggu lama-lama untuk kentang empuk. Kalau nak cepat boleh lah guna cara ni. Kalau taknak pun takda masalah.


Kemudian masukkan udang yang dah siap dibersihkan dan serai. Pastikan buang tahi udang dibelakang badannya ya. Jangan masak sekali dengan tahi pula. Tak elok.


Goreng sikit lagi hingga udang separuh masak. Kering sikit pun takpa. Tak perlu tambah minyak.


Kemudian masukkan susu dan air. Agak-agak dan masak dan pekat sedikit, boleh la letak garam secukup rasa. Lepas tu masukkan daun kunyit nak bagi wangi.


Siap dan boleh dimakan dengan nasi panas-panas. Memang mengancam lah. Kenyang perut suka hati. Hehe. Ayue suka makan dengan sambal belacan dan timun. Alahai. Menaip ni pun dah rasa lapar tau. Kalau nak letak resepi sambal belacan, boleh klik link dibawak :



Selamat mencuba :)



xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive