Shopping kaw-kaw di #SGshop1111 Online Shopping Fever

Tuesday, November 01, 2016

Assalamualaikum. Year End Sale belum pun mula, apa yang Online Shopping Fever sangat ni? Haa, anda yang suka shopping online macam Ayue, sekarang ni lah peluang anda untuk shopping barangan dari China secara online dengan harga yang super duper murah! Mesti tak sabar nak cerita tentang #SGshop1111 Online Shopping Fever ni kan?


Menjak-menjak harga minyak dan harga barang makin naik ni, nak keluar shopping macam malas pula. Shopping online lagi berbaloi. 11 November 2016 ni akan ada Double 11 iaitu satu karnival shopping online secara besar-besaran yang dianjurkan setiap tahun oleh Tmall.com, satu online shop bernama B2C dibawah Alibaba Group. Siapa biasa shopping online mesti tau lah tentang Alibaba ni. Website shopping online yang terbesar di China. Betul tak?

Tapi disebabkan 11hb nanti semua orang akan shopping online secara serentak. Ramai yang akan berkunjung ke website tu, kemungkinan website akan hang. Jadi anda tak perlu lah nak tunggu sampai 11hb baru nak beli sebab anda dah boleh pun mula shopping bermula dari hari ni (1 Nov 2016) hingga 10 Nov 2016.

Ayue pernah cerita tentang cara beli di SGshop di entry Ayue sebelum ni. Anda boleh baca di sini :

Sebelum Ayue cerita lagi panjang, anda tu dah join member SGshop ke belum? Kalau belum meh register sini dulu, sebab karnival ni hanya untuk ahli SGshop saja tau. Rugi lah tak join.



Tempoh Pre-Order | 1 - 10 November 2016

Untuk karnival kali ni, lain sikit caranya. Jangan risau, tak susah pun. Anda hanya perlu pre-order saja barang yang anda ingin beli dan seller akan hantar barang anda ke warehouse pada 11 November. Mudah kan? Macam shopping biasa. 

"Kalau macam shopping biasa, buat apa nak pre-order semua tu?"

Haa, ni lah dia istimewanya Double 11. Sebab anda perlu pre-order adalah anda akan dapat segala keistimewaan yang diberikan sempena karnival ni. Antaranya:

  • Dapat 50% off service charge
  • Dijamin barang yang anda beli ada.
  • Seller akan hantar barang anda ke Warehouse pada 11 November 2016

Masa pre-order nanti, anda akan bayar harga biasa tanpa diskaun. Bila tiba 11 November nanti baru harga promosi akan dikenakan pada harga barang anda tu. Segala baki duit dari diskaun yang diberikan akan dimasukkan semula ke dalam sistem. Tak perlu risau.

Tapi bukan ni je. Ada banyak lagi promosi untuk anda sempena Double 11 ni.


1) RM11 Rebate untuk pembelian RM300 ke atas

Setiap pembelian RM300.00 ke atas bermula 1 Nov hingga 11 Nov, anda layak untuk mendapatkan SG Reward sebanyak RM11.00. Syok betul, shopping pun dapat rebate! Dah lah barang murah-murah.



2) Dapat 50% off service charge
Ini dapat ringankan beban anda untuk bayar service charge. Sepanjang tempoh karnival ni, akan ada satu butang  "Pre-order" di CART anda. Klik butang "Pre-order" tu untuk shopping dan diskaun tu nanti akan dikreditkan balik ke dalam akaun anda pada 11 November nanti. Order di bawah "Ship-for-me" tak layak ya.



3) Dapat Ang Pow Free!
Setiap pukul 11.11am dan 11.11pm dalam masa Pre-order, anda boleh kumpul Ang Pow yang keluar dari bag merah tu. Ada 11,000 Ang Pow semuanya dan anda boleh kumpul satu Ang Pow dalam satu masa. Dah dapat sesi pagi, kumpul lagi sesi yang malam okey? Ang Pow ni bernilai SGrewards RM20, RM10, RM5, RM2 dan banyak lagi. Yang bestnya TIADA had pembelian dan tiada tarikh luput untuk gunakannya.



4) Scratch & Win RM10,000
Setiap pembelian bernilai RM100 keatas, anda berpeluang untuk main "Stractch and Win". Jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM10,000 dan hadiah misteri akan dihadiahkan kepada pemenang. Tapi permainan ni hanya untuk anda yang order dibawah "Smart Shop" dan "Buy-for-me" saja. Order di bawah "Ship-for-me" tak layak ya. Hadiah bernilai SGShop Reward RM10, RM5, RM2 dan hadiah misteri.




Alibaba's 11.11 Global Shopping Festival | 11 November 2016

Sempena Alibaba's 11.11 Global Shopping Festival ni, selain daripada seller bagi diskaun sehingga 90%, SGshop pun ada offer nak share dengan anda pada hari 11.11 ni tau. 


  • Pelanggan yang membuat order pada 11 November 2016 pada hari Single's Day ini akan nikmati FREE SERVIS CAS dan 11% Shipping Diskaun.
  • Hanya pelanggan yang membayar 1st payment sahaja berpeluang mendapat tawaran ini. 
  • Order dibawah "SmartShop" ,"Buy-for-Me" dan "Ship-For-Me" layak menikmati tawaran ini,. 
  • Diskaun shipping termasuk "Ekonomi Air", "Special Air" dan "Sea Shipping". 
  • Shipping "Ekspress Air" terkecuali.


Grand Lucky Draw | 1 - 11 November 2016

OMG. Ini yang paling syok sekali!! Dah lah shopping murah gila. Ada lucky draw pulak? Hadiah dia bukan calang-calang tau. Kalau anda shopping sepanjang tempoh karnival online shopping ni, anda berpeluang memenangi lucky draw yang bernilai RM11,000!! Bawah ni Ayue senaraikan hadiah-hadiahnya:

  • Grand: iPad Pro 12.9-inch (worth RM3,500)
  • 2nd: [Refurbished] Lenovo Ideacentre AIO 700 | 27 All-in-one-PC (worth RM2,500)
  • 3rd: RM 1,111 SGshop Reward
  • 4th: MAXGear Dual Wheel Hoverboard (worth RM1,000)
  • 5th: RM 888 SGshop Reward
  • 6th: Philips Grind & Brew Coffee Machine (worth RM650)
  • 7th: RM 555 SGshop Reward
  • 8th: Fujifilm Instax mini 70 (worth RM450)
  • 9th: RM 333 SGshop Reward
  • 10th: XiaoMi Miband 2 (worth RM300)


Cara memenangi Lucky Draw:

  1. Daftar sebagai ahli SG Shop
  2. Klik button Facebook dan Share link di bawah ni: 
  3. www.sgshop.com.my/taobao/thematic/main
  4. Tag Facebook Page: @SGSHOP Malaysia
  5. Tulis caption yang paling kreatif untuk menggambarkan "SGShop1111 Online Shopping Fever" dengan hashtag #SGSHOP1111
  6. Beritahu kawan-kawan anda kenapa anda layak memenangi Hadiah yang anda suka di Lucky draw ni.
  7. Tag seramai mungkin rakan-rakan anda. 
  8. Set status tadi pada PUBLIC
  9. Share ke dalam Facebook Group
  10. Peluang untuk anda menang akan tinggi jika anda banyak SHARE, LIKE DAN KOMEN di post anda. 

Okey, itu SGshop kan? Ni Ayue pula. Untuk pembaca blog kesayangan Ayue ni. Ayue nak buat giveaway khas di Instagram untuk anda tau. Ayue nak bagi RM100 untuk anda shopping di SGshop!! Nanti 6hb Ayue share cara-cara nak memang tu ya? Tunggu tau. Sementara ni pergi shopping sepuas hati dulu di SGshop dengan diskaun kaw-kaw punya. 



xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. makaih !! kaki shopping macam kakak tak boleh ketinggalan nih.. hee~ thanx untuk infonya !!!!

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive