Hada Labo 5-in-1 3D Perfect Gel

Friday, December 30, 2016

Semakin kita berusia, kulit kehilangan keanjalan dan seri. Penuaan juga menjadikan kulit lebih mudah terdedah kepada kekeringan serta menjadi lebih nipis dan pucat. Oleh itu, adalah penting untuk menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dalam rutin penjagaan kulit untuk merawat kesan-kesan penuaan.


Hada Labo memperkenalkan 5-in-1 3D Perfect Gel, pelembap yang mempunyai fungsi 5-dalam-1 yang membantu kulit menjadi lebih tegang dan await muda. Ia berfungsi sebagai pelembab, krim muka, esen, emulsi dan pupur malam untuk menyuburkan dan merawat kulit berusia. 3D Perfect Gel membantu memberikan manafaat anti-penuaan dan juga memberikan tahap kelembapan yang tinggi pada kulit.

Hada Labo 3D Perfect Gel hadir dengan tekstur gel pemulihan unik yang bertujuan untuk memberikan kulit penampilan lebih padat dan tegang. Dengan ramuan 4 jenis Asid Hyaluronik (HA) + Sacran, Hada Labo 3D Perfect Gel ini memberikan kelembapan dari permukaan sehingga ke dalam lapisan kulit dalaman untuk penghidratan yang tinggi dan berpanajangan. Di samping itu, ia mengandungi Retinol Vitamin A membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan agar kulit tampil lebih sihat dan anjal.



Selain daripada itu, 3D Perfect Gel baru ini juga mengandungi Hydrolysed Collagen yang membantu menguatkan sel kulit agar untuk memberikan wajah dengan kontur lebih berdimensi. Di gabungkan dengan ramuan Ekstrak Resveratrol yang mempunyai kuasa anti-oksida yang tinggi ia juga membantu memberikan anda tona kulit yang lebih cerah dan sekata.

Produk Hada Labo ini bebas daripada alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, yang menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.

Hada Labo 5-dalam-1 3D Perfect Gel, 100g (RM94.90). Ia boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai Guardian seluruh negara bermula September 2016.




xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page