Lengkapkan rumah dengan barangan dari Courts

Monday, December 12, 2016

Assalamualaikum. Ingat lagi entry Ayue tentang pengalaman Ayue membeli belah di Courts untuk persiapan perkahwinan? Anda yang belum baca boleh baca dekat sini ya. Yang dah baca tu mesti dah tau yang Ayue excited gila masa pergi Courts tu. Teruja sangat tau sebab shopping yang kali ni adalah untuk persiapan rumah yang bakal kami duduk nanti.


Sebenarnya rumah yang bakal kami duduk nanti adalah rumah sewa yang Ayue duduk sekarang. Memang Ayue dah prepare siap-siap rumah ni untuk keselesaan kami berdua nanti. Yelah, nak beli semua lepas kahwin kan susah nanti sebab masa kahwin dah keluar banyak belanja. Ayue pula jenis yang suka prepare awal. Takkan dah kahwin baru nak beli barang semua kan. Nanti duduk rumah kosong? No no no. Ayue dan Qisti dah plan baik punya. Hehe.


Perlahan-lahan Ayue dan Qisti beli barang dan perabot untuk penuhkan rumah ni. Alhamdulillah, tak banyak sikit, rumah ni dah pun boleh duduk macam pasangan suami isteri yang lain lepas kahwin nanti. Seronok kan bila kita dah siap-siapkan persedian untuk duduki alam berumah tangga?

Antara perabot yang kami takda adalah set katil. Ayue dengan Qisti saja nak beli katil betul-betul sebelum kami kahwin supaya masing-masing dapat rasa katil baru. Sebab tu lah kami ke Courts. Ayue dah pilih katil yang sangat affordable dan tilam yang sangat empuk untuk kami berdua tidur. Pada Ayue biarlah beli tilam yang lebih berkualiti sebab tilam lah tempat kita nak rehatkan badan lepas seharian bekerja.

Set katil yang Ayue pilih ni boleh tukar warna ikut pilihan yang ada. Ayue pilih warna putih. Ingatkan lama lagi baru siap. Rupanya tak sampai 2 minggu pun set katil Ayue dah sampai rumah. Excited nya! Ngam-ngam sebelum Ayue kahwin, set katil dah ada. Tercapai juga wishlist kami tahun ni.



Pekerja yang delivery set katil Ayue pun sangat ramah orang nya. Walaupun mereka hanya buat kerja berdua, tapi sangat cekap, sistematik dan cepat. Tadaa~~


Macam mana? Cantik tak set katil Ayue? Rambang mata tau nak pilih sebab dekat Courts ada banyak gila pilihan yang affordable untuk dibeli. Sebagai permulaan, ini pun dah cukup. Almari dan sebagainya nanti kami akan kumpul duit dan beli kemudian. Untuk tilam yang Ayue beli ni, boleh dapat 2 bantal free jenama Vono tau.


Selain set katil, Ayue dan Qisti ada juga beli barang-barang keperluan lain di Courts ni. Maklumlah, dah jalan tengok katil, mesti lah nak tengok benda lain sekali kan? Dalam banyak-banyak wishlist yang Ayue senaraikan dalam entry sebelum ni, ada 2 item yang dapat Ayue beli buat masa ni. Samsung Vacumm dan Tefal iron steamer. Tapi bukan tu je, Ayue ada juga beli Mattress Protector dan Throw Blanket. Banyak juga kan Ayue berbelanja di Courts? Haa, kan Ayue dah kata harga disini berpatutan dan mampu milik. Jadi jangan risau lah.



Anda yang bercadang nak membeli belah di Courts nanti, jangan risau sebab Courts sentiasa pastikan harga yang mereka tawarkan adalah yang terendah dipasaran. Kalau ada yang tak puas hati lepas membeli tu boleh pulangkan atau tukar dengan baru dalam masa 30 hari. Baguskan? Paling Ayue suka adalah kita boleh panjangkan warranty barang yang kita beli sehingga 10 tahun. Ini sangat bagus kalau kita beli barang yang nak pakai lama, contohnya tilam.


Sekarang ni barang keperluan rumah untuk kehidupan selepas berumah tangga dah selesai. Lega sikit hati Ayue ni. Beli dekat Courts memang mudah, semua benda ada dalam tu. Jimat masa betul untuk orang yang sibuk macam Ayue ni. Hehe. Sekarang Ayue nak fokus pada wedding pulak! Tinggal 5 hari je ni. Berdebar dah tau. Wish me luck!



xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. Dekat sini memang macam macam barang rumah boleh beli :)

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page