Menu baru Boat Noodle | Flame Grilled Ayam Legend

01 December 2016

Assalamualaikum. Tiap kali ke Boat Noodle, Ayue mesti excited gila sebab tak sabar nak makan menu-menu favorite Ayue tu. Selalunya Qisti lah yang jadi mangsa layankan craving Ayue ni. Dia faham sangat dah yang tunang dia ni suka gila makan Boat Noodle. Hari tu Ayue ke Boat Noodle Empire Damansara untuk cuba menu baru mereka, Flame Grilled Ayam Legend!


Ayue pernah cuba order di Boat Noodle Aeon Shah Alam, tapi dah habis. Kempunan sekejap. Hehe. Nasib baik di cawangan Empire Damansara ni ada Flame Grilled Ayam Legend tu. Kalau tak kempunan lagi lah Ayue. 



FLAME GRILLED AYAM LEGEND

Flame Grilled Ayam Legend ni dihidangkan bersama sos special dari Boat Noodle. Memang sedap betul. Serius! Ayue rasa macam tak cukup satu tau. Ayam tu dipanggang elok, cukup rasa dengan kulit yang garing sikit. Cicah pula dengan sos special yang manis pedas ala thai dan beras bakar hancur. Memang kena betul dengan selera Ayue. 


Harga Flame Grilled Ayam Legend ni cuma RM11.90

Anda kalau nak rasa Flame Grilled Ayam Legend ni kena cepat tau sebab Ayue difaham kan yang sehari mereka hanya akan buat 20 set saja setiap outlet. Maklumlah, nak buat menu ni rumit tau. Hanya yang terbaik mereka hidangkan. Tapi jangan risau, Boat Noodle akan tingkatkan kuantiti jika banyak permintaan.


Selain dari Flame Grilled Ayam Legend, Ayue ada cuba juga Hulk Smash Green Curry. Juga menu baru di Boat Noodle.


HULK SMASH GREEN CURRY

Ayue jarang makan nasi jika ke Boat Noodle. Ayue lebih suka menu glass noodle. Tapi rasanya lepas ni menu favorite Ayue akan bertukar sebab Hulk Smash Green Curry ni pun sedap. Beza dengan green curry yang Ayue pernah makan sebelum ni. 


Beras Thailand pula lain macam sikit rasanya. Beza dengan beras di Malaysia. Rasa tekstur nasi tu pejal-pejal sedikit. Sedap! Cuma kalau pedas sikit mungkin lagi sedap dan kena dengan selera Ayue yang kaki pedas ni. Hehe.

Harga untuk Hulk Smash Green Curry ni hanya RM11.90


Selain dari 2 menu baru ni, menu-menu favorite Ayue bila ke Boat Noodle mestilah Phatumtani Beef, Thai Popeye's Tempura, Thai Green Tea dan Sangkaya. Menu wajib order tau.





BOAT NOODLE APPS

Oh ye, sebelum terlupa, anda yang suka makan Boat Noodle tu dah download aplikasi terbaru Boat Noodle? Kalau belum wajib download cepat sebab ada banyak gila voucher FREE Boat Noodle dan diskaun yang disediakan untuk anda. Eh, rugi lah kalau tak grab offer ni. Makan free kot?





Lepas tu jangan lupa cuba menu baru dari Boat Noodle ni okey? Rugi tak cuba tau. 

Anda kalau nak baca entry Ayue tentang Menu dari Boat Noodle yang sebelum ni, boleh baca :


Untuk maklumat lanjut tentang Boat Noodle, boleh layari :
Website : http://www.boatnoodle.com.my
Facebook : http://www.facebook.com/meesampan
Instagram : https://instagram.com/myboatnoodle/



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.