Nescafe Gold Barista Coffee Machine Review II

Thursday, December 29, 2016

Assalamualaikum. Makin ligat sekarang ni Ayue dengan mesin kesayangan Ayue tu. Memang dah senang banyak bila Ayue dah ada Nescafe Gold Barista Coffee Machine. Sekarang ni dah tak payah nak masak air, nak ukur berapa sudu nak buat air, berapa banyak susu nak tuang. Tekan je siap. Haish, tak tau lah nak senang macam mana lagi.

Nescafe Gold Barista Coffee Machine cara guna harga (42).JPG

Bila balik kerja penat-penat, kadang-kadang Ayue memang tak rajin nak buat apa-apa pun. Hanya duduk rehatkan badan lepas seharian penat bekerja. Tambah-tambah dengan musim hujan sekarang ni, lagi liatlah nak buat apa pun kan? Nak keluar pun rasa malas. Kalau boleh nak selubung dalam selimut, tengok TV sambil minum air favorite. Aman betul rasanya.


Sekarang ni Ayue lagi suka duduk di rumah siapkan segala persiapan kahwin dari duduk lepas di luar. Maklum lah, tinggal sebulan je lagi, banyak lagi benda nak kena buat ni. Sampai kawan-kawan Ayue pula yang datang rumah lepak sekali. Hehe. Tapi Ayue tak risau sangat nak kalau diorang datang sebabnya bila duduk rumah Ayue pun dah macam duduk dalam cafe. Boleh buat air kopi sedap punya. Kaw lagi!


Nescafe Gold Barista Coffee Machine cara guna harga (43).JPG

Ayue dah cerita macam mana nak buat air guna Nescafe Gold Barista Coffee Machine hari kan?




Kawan-kawan Ayue punya lah seronok nak cuba sampai puas mereka cuba satu per satu jenis kopi yang ada. Amboi, over betul kan? Tapi Ayue tak kisah sangat pun sebab dari kami lepak diluar, habiskan masa dan duit dengan air yang mahal dekat cafe, baik kami duduk dirumah, lagi selesa. Air pun sama je dengan kat cafe hipster tu semua. Betul tak?


Nescafe Gold Barista Coffee Machine cara guna harga (35).JPG

Lagi pun 1 botol Nescafe Gold tu boleh buat sampai 60 cawan kopi. Dah jimat berganda-ganda. Sebab tu kawan Ayue lebih suka lepak di rumah Ayue sekarang ni. Maklum lah, ekonomi makin tak stabil sekarang ni. Kena lah berjimat cermat. Tak kan lah nak jimat sampai berhenti minum kopi pula kan. Tak patut tak patut. Haha.


Hari tu kawan Ayue ada tanya pendapat Ayue tentang dia nak belikan Nescafe Gold Barista Coffee Machine untuk mak dia di kampung sebagai hadiah Christmas sebab mak dia penggemar tegar Nescafe. Ayue pun apa lagi, sokong 100% lah. Memang takda hadiah lain yang lebih sesuai dari hadiahkan mesin ni masa Christmas nanti.


Nescafe Gold Barista Coffee Machine cara guna harga (30).JPG

Dari hadiahkan benda yang bukan-bukan dan belum tentu mak dia guna, baik beli Nescafe Gold Barista Coffee Machine ni betul tak? Dah tentu mak dia guna hari-hari. Mudahkan kerja mak dia juga kalau orang datang ke rumah nak minum petang ke apa. Eh, memang sesuai sangat lah.


Ayue sendiri pun sedang bercadang-cadang nak belikan untuk mak Ayue kat kampung tu. Kalau dia dapat mesin ni, mesti senyum sampai ke telinga! Haha.


Anda kalau nak beli mesin ni, boleh dapatkan Nescafe Gold Barista di website Lazada dengan harga promosi RM239 dimana anda akan dapat Nescafe Gold Blend 200g jar dan 1 refill pack. Woah! Berbaloi betul tu. Tunggu apa lagi?


Beli Nescafe Gold Barista sekarang!

xoxo,


post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel