"Parcel Of Joy" dari Lazada Malaysia

06 December 2016

Assalamualaikum. Macam tahun-tahun sebelum ni, mulai 11 November hingga 14 December 2016, Lazada ada buat sale Online Revolution dimana ada lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa akan buat jualan atas talian di Asia Tenggara. Kalau masa mega sale 11 November hari tu Ayue terlepas peluang, mega sale 12 December ni takkan nak lepas lagi kot?


Untuk anda yang sama-sama tunggu mega sale dari Lazada macam Ayue, mega ni akan berlangsung dari 12 - 14 December 2016. Tapi sepanjang sebulan Online Revolution ni, Lazada juga ada buat sale mingguan seperti di bawah.


Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

Untuk pengetahuan anda, ada lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa tau termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif. Bukan tu je, selain dari membeli belah, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang best gila seperti penerbangan percuma dari AirAsia BIG, tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016 ni. Best kan? Dah shopping, dapat hadiah pula.
Tak sabarnya nak tunggu mega sale 12.12 nanti! Ada banyak dah barang yang tersusun dalam wishlist Ayue tu. Hehe.


Oh ya, baru-baru ni Lazada ada kirim kotak "Parcel of Joy" pada Ayue. Kotak nampak je kecil, tapi rupanya banyak betul barang yang Ayue dapat dari Lazada. Sesuai dengan tema mereka tahun ni, "Jenama untuk semua".


Antara barang yang Ayue dapat adalah :


Kebetulan rumah mak Ayue dekat kampung tu memang terok betul line internetnya. Kadang-kadang tak sampai ke tingkat bawah. Lepas ada TP-Link Wi-Fi Range Extender tu nanti lega lah sikit. Takda lah tercari-cari lagi dekat mana ada line. Hehe.


Ayue ni pergi mana-mana memang tak tinggal wet tissue. Tak kira lah baby wipes ke apa, janji wet tissue. Senangkan kalau nak lap apa-apa. Lagi-lagi perempuan. Senang nak buang mekap bila nak solat.


Ayue dah pernah cuba Maggi Royale Kari Penang. Memang sedap gila sampai hirup kuahnya! Yang Tom Yam putih ni Ayue belum pernah cuba lagi. Tak sabar pula nak cuba!


Yang Maggi Oat Mee ni Ayue pernah makan. Seriously sedap gila! Takda rasa pelik langsung. Lagi sedap dari maggi biasa tau. Lembut je.


Sejak-sejak ada Nescafe Gold Barista dekat rumah, stok susu Nestle ni memang sentiasa ada dalam peti ais. Maklum lah, nak buat air nescafe, guna susu Nestle ni lagi sedap tau.


Anda kalau yang jenis suka minum Nescafe tu, boleh lah cuba Nescafe White Coffe Pandan sebab ni sedap sangat. Bau pandan tu wangi betul. Lain daripada yang lain. Takda lah bau pahit sangat macam Nescafe biasa tu. 


Lactokid ni pula boleh bagi anak buah kesayangan Ayue nanti.


Okey, bag Ola bola ni memang cantik gila. Tunang Ayue kalau nampak ni mesti dia suka. Dia tu jenis yang suka kumpul bag. Macam-macam jenis bag dia ada. Boleh lah tambah koleksi lepas ni.


Last, voucher shopping Lazada! Kan dalam wishlist Ayue dah bersusun barang nak beli? Boleh lah guna voucher ni. Yeay! Thank you Lazada :)

Anda jangan lupa okey mega sale di Lazada mulai 12-14 December nanti. Ada banyak diskaun dan voucher best-best!



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.