Besito's Survival | Tempat makan best di Shah Alam

Friday, January 06, 2017

 Assalamualaikum. Sejak duduk di Shah Alam ni, Ayue dan suami memang selalu cari tempat makan best di Shah Alam. Di Shah Alam ni ada banyak sangat pilihan restoran dan cafe hispter, tapi nak jumpa kedai makan yang betul-betul sedap, ambil masa juga nak jumpa. Sekarang ni Ayue dah jumpa kedai makan yang sedap di Shah Alam, berdekatan dengan rumah Ayue, Besito's Survival.



Besito's Survival

Besito's Survival terletak di Seksyen 23 Shah Alam. Restoran ni menjamu pelanggannya dengan menu-menu masakan melayu (Mixed Malay, Chinese, Indian) dan Western. Ayue suka konsep restoran yang macam ni sebab selera Ayue selera kampung, tekak melayu. Manakala suami pula tekak Western. Bila jumpa restoran yang menghidangkan dua pilihan ni, memang terus jadi tempat favorite Ayue untuk makan lah.



Restoran yang berkonsepkan Western & Malaysia Fusion Foods (Mixed Malay, Chinese, Indian) ini diperkenalkan oleh Hazlan Dahlan, Firdaus M.Ali dan Megat Mohd Azhar yang pada mulanya hanya mengusahakan makanan frozen, hinggalah mereka berjaya membuka restoran sendiri. Sejujurnya Ayue kagum dengan kesungguhan mereka berniaga hingga berjaya macam sekarang dengan hanya berbekalkan usaha dan minat yang mendalam terhadap F&B. Mereka juga akan membuka cawangan terbaru Januari ini di Seksyen 13 Shah Alam tau.


Untuk pengetahuan anda, Besito' survival di ambil dari perkataan "latin" kerana makanan utama mereka adalah dari masakan ala barat. Besito's bermaksud "senyum kecil' (Little Kiss) yang merujuk kepada kepuasan maksima dan mereka beranggapan para pelanggan mereka akan berpuas hati dan tersenyum selepas menikmati makanan-makanan dari dapurnya. "Survival" pula bermaksud "pelengkapan ikhtiar hidup" dengan makanan yang sihat dan terbaik.



Menu


Ok lah, cukup dah intro, jom Ayue share dengan anda antara menu-menu yang ada di Besito's Survival ni ok.


Supreme Grill/Mix Grill (5-6 orang makan)

Supreme Grill/Mix Grill

Supreme Grill/Mix Grill

Chili Crab with Mantoun Bun (1-2 orang makan)

Chili Crab with Mantoun Bun

Chili Crab with Mantoun Bun

Abalone Mee Kasar (1-2 orang makan)

Abalone Mee Kasar

Abalone Mee Kasar

Garlic Butter Noodles Chicken Chop

Garlic Butter Noodles Chicken Chop

Garlic Butter Noodles Chicken Chop

Nasi Goreng Seafood Tomyam

Nasi Goreng Seafood Tomyam

Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan

Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan

Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan

Mee Raja Tomyam Seafood

Mee Raja Tomyam Seafood

Mee Raja Tomyam Seafood


Lamb Shank

Lamb Shank

Lamb Shank

Arrabiata Beef Pepperoni Meatball

Arrabiata Beef Pepperoni Meatball

Arrabiata Beef Pepperoni Meatball

Cheese Beef Pepperoni Naan

Cheese Beef Pepperoni Naan

Cheese Beef Pepperoni Naan

Minuman pun tidak kurang hebatnya. Ada minuman yang istimewa dan lain dari yang lain tau. Antaranya Pure Banana Juice, I love u, Virgin Mojito, Virgin Colada, Shirley Temple, Hulk Besito's. Ini antara minuman yang Ayue dan rakan blogger lain sempat minum hari tu.

Pure Banana Juice, I love u, Virgin Mojito, Virgin Colada, Shirley Temple, Hulk Besito's

Apa yang uniknya Besito's Survival ni berbanding restoran lain di Shah Alam adalah di restoran ini terdapat hidangan daging lembu, kambing, ayam yg dipanggang empuk bersama sos istimewa mereka disamping mashed potato atau wedges dan sayur brocoli yang segar. Menu macam ni sesuai dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan. Satu hidangan supreme grill set boleh dimakan seramai 5-6 orang tau. Memang kalau makan satu keluarga, puas lah!


Malah, menu favorite anda juga boleh dihidangkan dengan size L untuk dikongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan. Takda lah kena order banyak pinggan kan. Dah macam makan di rumah pula. Seronok juga macam ni. 


Antara menu yang paling Ayue suka di Besito's Survival ni adalah Garlic Butter Noodles Chicken Chop, Chili Crab with Mantoun Bun dan Supreme Grill/Mix Grill. Fuh, menu ni memang anda wajib cuba jika ke sini ok? Orang Shah Alam kalau tak pernah cuba makanan di Besito's Survival ni memang serius rugi!

Jom tengok video yang Ayue buat masa kami menjamu selera di sana nak?




Info

Lepas ni mudah lah Ayue nak cari kedai makan. Dekat saja dengan rumah. Sedap pula tu. Anda kalau nak cuba juga boleh terus ke restoran mereka di alamat di bawah:

Besito's Survival
No 77, Ground Floor, Jalan Pelabur B, 23/B, Seksyen 23 Shah Alam Selangor ( roundabout jalan nak ke uptown Shah Alam)

Masa operasi
Isnin(Cuti)
Selasa-Jumaat(4pm-2am)
Sabtu & Ahad(4pm-3am)


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/BesitosSurvivalSA/
Instagram : https://www.instagram.com/besitossurvival23/


xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. ayu apasal menggiurkan ni!!! sedapnyaa woi

    ReplyDelete
  2. range harga makanan besito's ni okay tak??

    ReplyDelete

Youtube Channel