Penjagaan kulit lebih mudah dengan Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K

Tuesday, January 31, 2017

Assalamualaikum. Ramai sangat yang email Ayue tanya tentang kepentingan serum dalam penjagaan kulit wajah. Sebenarnya dah banyak kali Ayue tekankan yang regime penjagaan kulit muka ni seakan tak lengkap tanpa serum sebab serum mampu meresap lebih mendalam ke dalam kulit kerana molekulnya yang lebih kecil berbanding pelembap.

Tapi macam mana pula kalau Ayue kata yang anda boleh gabungkan kesemua kebaikan produk penjagaan kulit tu dalam satu produk?



Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K

Haa, ni Ayue nak perkenalkan, Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K, skincare lengkap yang menggantikan krim malam, krim siang, toner, moisturizer, dan juga sunblock.


Awesome gila kan? Kesemua kebaikan skincare dalam satu serum. Tak perlu lagi guna berbagai-bagai set-set penjagaan kulit yang lain. Satu botol Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K ini pun sudah mampu menjaga kulit anda sepenuhnya. Sangat jimat okey.




Fungsi

Fungsi  Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K adalah sebagai serum perawatan kulit untuk mencantikkan dan menyempurnakan kulit wajah kita dengan kelebihan seperti :
  • anti penuaan
  • anti kedutan
  • anti jerawat
  • menghapuskan cela dan parut di wajah serta menjadi kulit wajah tampak segar.
  • menggebu dan menganjalkan serta menjadi kulit wajah berseri-seri.
  • ➕➕➕ GOLD 24K 
  • ➕➕➕ SPF 35 Untuk memberi perlindungan dari sinar UV.
Kesemuanya fungsi-fungsi yang dicari oleh kebanyakan wanita tanpa mengira peringkat umur. Ada ke wanita yang tiada masalah kulit? Wanita yang berkulit cantik juga pasti risau tentang kedutan bila umur makin meningkat kan. Hehe. Macam Ayue, umur dah masuk 30-an, Ayue tak nak lah nanti bila tengok cermin dah nampak kedut sana sini. Dengan gaya hidup sekarang ni, makan tak menentu, orang muda pun boleh nampak berumur. Betul tak?



Bahan-bahan

Aureline Perfection Skin Serum With Gold24k menggunakan kandungan bahan-bahan semulajadi seperti Arbutin, Vitamin C, Ekstrak Lemon dan Witch Hazel yang sememangnya terbukti sangat berprestasi tinggi untuk merawat kulit dan di tambah dengan kehadiran secara eksklusif Emas 24 karat bagi mendapatkan fungsi perawatan yang sangat cepat dan berkesan.



Kelebihan Emas 24K

Emas adalah hasil bumi yang sangat bernilai. Emas sebenarnya telah digunakan sebagai bahan penjagaan kulit sejak beribu ribu tahun lagi. Contoh yang paling dikenali menggunakan emas untuk kecantikan adalah Ratu Cleopatra. Sifat emas itu sendiri membolehkannya sangat berkesan utk perawatan kulit.

Untuk pengetahuan anda, Emas mempunyai sifat antioksidan yang sangat tinggi dan ianya memberi kesan yang mampu mengurangkan keradangan, emas juga mampu :

  • melancarkan peredaran darah, 
  • memiliki kandungan antibakteria dan 
  • emas memiliki sifat yang boleh memberi pemulihan kpd sel-sel kulit manusia. 

Sebab tu ramai wanita-wanita di negara barat telah menggunakan emas sebagai produk rawatan kecantikan mewah dan eksklusif. Produk produk seperti masker emas dan krim berasaskan emas banyak digunakan di spa-spa di negara barat dan ianya lambang rawatan kosmetik yang mewah dengan harga yang sangat mahal. Foundation juga dah ada emas sekarang ni tau.



Sebenarnya, ini pertama kali Ayue menggunakan serum yang mempunyai emas 24K ni. Agak teruja juga bila emasnya jelas kelihatan. Kulit Ayue jenis kombinasi. Susah sebenarnya orang kulit macam Ayue ni tau. Kadang-kadang rasa terlalu kering, kadang-kadang rasa sangat berminyak pula. Tapi bila guna serum ni, kulit tak berminyak pun. Dia macam ada kesan matte gitu. Wangi pula tu.

Walaupun masa mula-mula sapu tu dia ada kesan glitter emas tu, tapi jangan risaup, bila kita dah apply dan ratakan secara nipis, tak nampak pun kesan glitter tu.


Cara penggunaan


  1. Selepas mencuci muka, pakai serum, picit 1 - 2 picit SAHAJA ke atas jari
  2. Calitkan di keseluruhan bahagian muka. 
  3. Ratakan dan sapukan secara NIPIS di keseluruhan bahagian muka termasuk leher.



Muka Ayue yang besar ni pun hanya menggunakan 1 titik serum. Tak perlu banyak-banyak, janji anda dapat sapu rata asecara nipis ke keseluruhan kulit. Ayue suka botol serum ni sebab ia menggunakan pam. Takda lah Ayue guna berlebihan atau tertumpah. Di bahagian tepi pula ada line transparent untuk anda lihat balance serum yang ada dalam botol ni. Agak-agak nak habis nanti boleh order lagi. Hehe.



Serum ini dipakai selepas mencuci muka pada waktu malam sebelum tidur dan waktu pagi selepas mandi. Boleh pakai bedak, mekap atau foundation selepas memakai serum. Serum ini tahan sehingga 6 minggu jika dipakai mengikut aturan dinyatakan di atas.


Testimoni Pelanggan





Hubungi

Best kan? Anda kalau berminat untuk cuba serum ni, boleh hubungi 010-9003065 untuk tanyakan harga dan membuat pembelian.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Facebook : Aureline Golden Perfection Serum
Instagram : aureline_beauticare



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List