ProjekKahwin.com | Pakej Perkahwinan di Semua Negeri

Wednesday, February 22, 2017

Assalamualaikum. Ayue tahu ramai yang datang ke blog Ayue ni nak tahu tentang hal dan tips perkahwinan kan? Ni ha, Ayue nak share dengan anda satu lagi portal yang akan memudahkan bakal pengantin untuk mencari perkhidmatan perkahwinan sekali dengan pakej yang sesuai mengikut bajet anda sekali. Semua ada dalam portal ni lah kiranya. Nama portal tu adalah ProjekKahwin.com.


Ayue selalu cerita dekat pembaca blog Ayue yang bukan mudah nak cari vendor-vendor perkahwinan yang sesuai dengan citarasa kita terutama pada bakal pengantin yang nak buat majlis di luar bandar. Terlalu sedikit info yang boleh didapato di carian google. Jadi nak tak nak kena lah cari satu persatu di Facebook atau Instagram, betul?

Itu lah yang Ayue buat sebelum majlis perkahwinan Ayue hari tu. Ayue selalu juga pergi ke pameran kahwin untuk survey vendor mana yang boleh buat servis sampai ke Melaka. Leceh dan sangat memenatkan. Tambahan pula Ayue ni jenis yang agak cerewet, kalau boleh nak design yang up to date lah sikit kan walaupun kenduri di kawasan kampung. Hehe.


Tapi tu tahun lepas lah. Untuk anda yang bakal kahwin tak lama lagi ni, jangan risau dah sebab portal ProjekKahwin.com ni ibarat satu portal yang merangkumi segala aspek tentang perkahwinan kerana di dalam portal ini anda boleh cari pelbagai vendor perkahwinan mengikut kawasan yang anda duduki.

Ada pelbagai pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh vendor-vendor ni antaranya wedding planner, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya. All in one gitu. Mudah dan sangat menjimatkan masa anda.





Sebenarnya tujuan portal ini dibina adalah untuk membantu pengusaha bumiputra meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka ke serata Malaysia dan juga luar negara kerana mereka sedar tak banyak laman web yang menjadi tempat mengumpulkan pengusaha-pengusaha produk perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan pengusaha bumiputra. Lagipun kita mana ada banyak masa nak cari vendor-vendor ni semua kan. Lagi dah dekat majlis, lagi sibuk lah kita.

Apa yang Ayue suka tentang ProjekKahwin.com ni adalah potal ini mudah diakses, mesra telefon pintar dan boleh dilayari melalui pelbagai telefon pintar seperti iphone, Samsung, ipad dan sebagainya.

Semua maklumat tentang vendor-vendor perkhidmatan perkahwinan tu ada di dalam portal Projek Kahwin seperti logo syarikat, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka. Malah anda boleh lihat terus akaun facebook dan instagram vendor ini dan boleh terus hubungi vendor untuk bertanya kepada mereka dengan jelas.


Tak lama lagi Portal Projek Kahwin juga akan mengeluarkan aplikasi ios dan android tersendiri pada masa akan datang bagi memudahkan bakal pengantin menggunakan dan melayari portal Projek Kahwin dengan lebih lancar. Ayue harap bakal-bakal pengantin diluar sana dapat merancang dan merealisasikan impian majlis perkahwinan mereka dengan meriahnya dengan adanya bantuan seperti portal Projek Kahwin ni. Amennn.



FACEBOOK: www.facebook.com/projekkahwin
INSTAGRAM: www.instagram.com/projekkahwinmy
WEBSITE: www.projekkahwin.com


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel