The Face Shop YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care | Review

Sunday, February 19, 2017

Assalamualaikum. Anda tahu tak yang THEFACESHOP baru saja melancarkan produk skincare terbaru mereka iaitu YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care. Review yang kali ni memang Ayue tak sabar sangat nak tulis sebab Ayue teruja betul dengan design dan packaging nya yang simple tetapi nampak sangat mewah. Cuma untuk review ni Ayue hanya akan review tentang Yehwadam Revitalising Serum dan Yehwadam Snow Lotus Brightening Pearl Capsule Cream.


Mula-mula Ayue keliru juga, apa sebenarnya maksud "Yehwadam" ni kan. Unik betul namanya, Rupa-rupanya Yehwadam ni bermaksud Ye (Herbs & Plants),  Hwa (Flower) Dam (Story), yang mewakili barisan herba tradisional di Korea. Patutlah unik sungguh namanya.

Untuk pengetahuan anda, wanita di Korea sangat menekankan kulit wajah sejak dari dulu lagi. Sebab itu jika anda lihat, rata-rata wanita di Korea mempunyai kulit wajah yang sangat cantik kerana bagi mereka, kulit wajah yang cantik adalah kulit wajah yang bertenaga, sihat dan berseri-seri.

Yehwadam Revitalizing Anti-Aging Care menggunakan 3 jenis sumber semulajadi mereka iaitu herba, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan seperti Ginseng yang membantu untuk menyuburkan semula kulit, Safflower untuk memperbaiki tona kulit dan Goji Berry yang membantu mengawal kulit dari sel penuaan dan mengekalkan keremajaan kulit anda. Ketiga-tiga sumber ini diekstrak dan dihasilkan di kawasan yang cantik dan bersih di Korea seperti ginseng daripada daerah Gyeongbuk, Safflower dari Pergunungan Sancheong Jirisan dan ekstrak Goji Berry daerah Chungnam. Menarik bukan? Malah ketiga-tiga gabungan ini juga merupakan gabungan terbaik untuk mengekalkan keremajaan kulit anda.

Dengan persekitaran dan gaya hidup sekarang ni, sememangnya kulit kita akan nampak cepat berkedut jika kita tidak menjaganya dari awal. Tambahan pula usia Ayue baru saja mencecah 30-an, jadi Ayue memang sangat perlukan penjagaan kulit wajah yang rapi. Jadi Ayue cuba dulu Yehwadam Revitalising Serum dan Yehwadam Snow Lotus Brightening Pearl Capsule Cream ni.

Yehwadam Revitalising Serum 45ml | RM 208.90

Yehwadam Revitalizing Serum ni dihasilkan daripada ekstrak bunga teratai (Lotus), ekstrak Honeysuckle Flower dan Ceramide. Tak seperti kebanyakkan serum yang Ayue pernah cuba sebelum ni, Yehwadam Revitalising Serum ni agak pekat dan likat sedikit. Menariknya, walaupun tekstur nya likat, selepas sapu ke seluruh muka, ia cepat kering dan terus terasa segar kerana serum ini akan meresap cepat ke dalam kulit dan tidak berminyak kerana Ceramide yang berada didalamnya berfungsi untuk mengekalkan kelembapan wajah secara berterusan walaupun dalam cuaca yang panas.


Manakala Ektrak Lotus Bunga pula berfungsi untuk melegakan kulit dan anti-penuaan dengan meremajakan semula kulit. Ekstrak Bunga Honeysuckle pula berfungsi untuk mengurangkan bengkak dan kawasan kemerahan pada kulit.





Bau serum ini juga wangi seperti herba dan bunga-bungaan tetapi tidak sehingga menyakitkan hidung. Selalunya Ayue akan memilih produk penjagaan kulit wajah yang tidak mempunyai bau, tapi bau Yehwadam ni sangat menyenangkan. Tiada masalah langsung untuk Ayue menggunakannya.





Yehwadam Snow Lotus Brightening Pearl Capsule Cream 50ml | RM257.90

Seriously Ayue sangat teruja bila pertama kali mencuba Yehwadam Snow Lotus Brightening Pearl Capsule Cream ni kerana didalamnya mempunyai butiran mutiara yang kaya dengan ekstrak Snow Lotus yang pekat. Untuk pengetahuan anda, Snow Lotus ini terbukti mampu memberi kelembapan, mencerah dan meremajakan kulit. Wah! Malah mutiara dalam krim ini juga berfungsi untuk melindungi kulit wajah dari sebarang cela dan melindungi kulit anda daripada bintik-bintik hitam dan kemerahan.


Snow Lotus ini dulu sebenarnya dipanggil sebagai  "The Emperor's Herb" oleh masyarakat Korea kerana hanya maharani dan wanita diraja saja yang menggunakannya dalam penjagaan kulit wajah kerana nilainya yang sangat tinggi dan sukar didapati. Ini yang membuatkan Ayue lagi teruja nak cuba krim ni. Eksklusif sungguh bunyinya.




Mutiara-mutiara ini direndam dalam krim yang juga mempunyai kolagen didalamnya yang berfungsi untuk melembapkan kulit dan mengurangkan kedutan pada kulit wajah. 


Nak guna Yehwadam Snow Lotus Brightening Pearl Capsule Cream ni mudah saja sebenarnya. Anda cuma perlu ambil sebiji mutiara menggunakan spatula yang diberikan sekali didalam kotak dan letakkan di tapak tangan anda. Pecahkan mutiara ni perlahan-lahan dan sapukan secara rata pada keselurahan wajah. Mutiara ni lembut saja sebenarnya :)


Menarikkan? Ayue cuma guna sebiji mutiara saja untuk keseluruhan muka walaupun saiz muka Ayue agak besar sebenarnya. Lepas sapu memang kulit terasa fresh dan cerah sedikit.

Jika anda juga berminat, boleh dapatkannya di outlet The Face Shop terpilih http://bit.ly/2io0Zuy  dan e-store http://bit.ly/1knWHS3

Di bawah ni Ayue sertakan juga harga untuk rangkaian produk Yehwadam yang lain untuk rujukan anda.


Harga Yehwadam Revitalizing Anti-aging skin care

Retail Price for THE FACE SHOP Yehwadam Revitalizing Anti-aging skin care range :

1. YEHWADAM SNOW LOTUS BRIGHTENING PEARL CAPSULE CREAM - RM 257.90
2. YEHWADAM REVITALIZING TONER - RM 130.90
3. YEHWADAM REVITALIZING SERUM - RM 208.90
4. YEHWADAM REVITALIZING EYE CREAM - RM 199.90
5. YEHWADAM REVITALIZING EMULSION - RM 130.90
6. YEHWADAM REVITALIZING CREAM - RM 208.90
7. YEHWADAM SNOW LOTUS BRIGHTENING PEARL CAPSULE CREAM - RM 257.90



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List