Breakfast made easy with McDonald’s Breakfast Specials

Wednesday, March 01, 2017

Assalamualaikum. Semenjak dah berumahtangga ni, breakfast adalah makanan yang paling susah sekali untuk Ayue sediakan. Mana tidaknya, kena bangun lebih awal dari biasa dan sediakan menu untuk suami. Kadang-kadang tak sempat pun ada. Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak untuk dihantar ke sekolah juga mesti lagi sibuk dari Ayue.


Sibuk macam mana pun kita, sarapan pagi jangan sesekali ditinggalkan sebab itu adalah sumber tenaga kita untuk melakukan kerja sebelum makan tengahari kan. Buat anda yang tak sempat nak buat breakfast tu, sarapan istimewa McDonald adalah jalan paling mudah. Hehe. Hanya Grab-and-go!

On the way ke tempat kerja tu, boleh singgah di McDonald berdekatan, Drive-Thru atau singgah terus untuk menikmati sarapan anda. Tak mahal pun, mulakan menu pagi anda dengan McDonald Weekday Breakfast Special dari serendah RM4.95 dengan Sausage McMuffin dengan telur atau Chicken Muffin dan disertai dengan Premium Roast Coffee. Kalau tak suka menu ni, boleh cuba menu favorite Ayue, Cakoi dan Soya yang kini boleh didapati sepanjang hari di McDonald.


Hujung minggu juga anda boleh menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga anda menikmati Family Breakfast Box, Breakfast Big dan Dua Hotcakes Piece dengan Premium Roast Coffee.

Oh ya, mulai hujung minggu ini McDonald Malaysia akan berkelah beramai di taman-taman terpilih bersama dengan personaliti terkenal untuk mempromosikan sarapan hujung minggu bersama anda.





Dianjurkan dengan kerjasama Hot FM, anda berpeluang untuk berkelah bersama-sama Awi Rafael, Mark Adam dan Ippo Hafiz, Siti Nordiana, Jihan Muse dan Dayang Nurfaizah. Nikmati Chicken Muffin percuma dan minuman yang menyegarkan dari McDonald Orange Bowl di taman-taman terpilih di Semenanjung Malaysia.

Date
Location
Celebrity
3 March 2017
Taman Rekreasi Bukit Besar, Kuala Terengganu
Siti Nordiana
4 March 2017
Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan
Mark Adam
11 March 2017
Taman Merdeka, Johor Bahru, Johor
Awi Rafael
12 March 2017
Stadium Tun Fatimah, Melaka
Jihan Muse
18 March 2017
Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur
Ippo Hafiz
19 March 2017
Metropolitan Park, Kepong
Dayang Nurfaizah


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page