Cara dapatkan cashback shopping online melalui Shopback

Thursday, March 30, 2017

Assalamualaikum. Anda pernah dengar tentang konsep cashback tak? Sebenarnya Ayue dah lama dengar tentang kelebihan cashback ni apabila kita kerap shopping online, cuma Ayue tak pasti anda tahu atau tidak yang anda sebenarnya dapat berjimat hampir 30% dari nilai barang yang kita nak beli tu. Ibarat macam diskaun lah, siapa tak suka bila shopping dapat diskaun kan? Cuma bezanya, jumlah diskaun ni, anda akan dapat semula dalam masa 48jam saja.



Haa, menarik tak? Salah satu medium yang paling Ayue suka untuk dapatkan cashback dari shopping online adalah Shopback sebab Shopback menyediakan lebih 1,000 stor online yang menghubungkan penjual dan pembeli dengan sistem ganjaran yang menguntungkan kedua belah pihak.


Cara nak guna shopback ni tersangat lah mudah. Ayue terang kan sedikit dibawah ya. Tapi sebelum tu anda dah ada akaun shopback ke belum? Kalau belum boleh daftar dekat sini :

<Sign Up Shopback>


Step 1 : Pilih website yang anda nak shopping di Shopback
Ada lebih 1,000 stor online yang anda boleh pilih dan pilih kategori yang anda mahu seperti Fashion, Travel, Food & Beverage, Electronics, Lifestyle dan macam-macam lagi.

Step 2 : Redirect ke website pilihan anda
Setelah anda pilih dimana anda nak shopping online, klik website tersebut anda akan di redirect ke website pilihan anda. Setiap website cashback nya berbeza ya. Shopback akan beritahu % cashback yang anda akan dapat sebelum redirect. Kemudian klik “Shop Now” dan beli belah seperti biasa. Mudah saja.

Step 3 : Dapat cashback
Selesai membuat pembelian di online stor pilihan anda, % cashback anda akan dimasukkan ke dalam akaun di shopback dalam masa beberapa hari. Kemudian boleh lah anda cash out duit ke dalam akaun bank anda pula. Dah la beli barang murah, dapat duit balik pula tu. Best betul.


Masih tak faham? Takpa, ni Ayue sertakan sekali cara-cara untuk membuat pembelian di online stor melalui Shopback dan dapatkan kembali duit anda.


Mudah saja kan. Sebenarnya Ayue sendiri tengah survey beberapa benda untuk dibeli secara online. Jadi Ayue nak share sekali dengan anda contoh pulangan yang anda akan dapat jika anda shopping melalui shopback.


1) Booking hotel di Hotels.com

Lepas kahwin, Ayue belum berkesempatan lagi nak pergi honeymoon sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan. Ayue dan suami plan nak ke Bali bila Ayue dah betul-betul sihat nanti. Jadi Ayue cari hotel di Hotels.com melalui shopback supaya bila Ayue book nanti, Ayue akan dapat semula cashback. Untuk website Hotels.com, Ayue boleh dapat sehingga 6% cashback tau.


Contohnya bilik yang Ayue nak pilih di Bayad Ubud Bali Villa ni adalah RM325.94 untuk 3 hari 2 malam. Murah kan? Dah lah murah, lepas booking, Ayue akan dapat semula RM19.56 dari 6% cashback tadi (325.94 x 6% = 19.56). Jadi sebenarnya Ayue hanya bayar RM303.38 la. Berbaloi-baloi kan.


2) Beli baju di Cotton On

Ayue baru dapat anak buah baru hari tu. Seronok betul bila keluarga makin bertambah ni. Mak lang dia ni pun sakan lah nak shopping macam-macam untuk anak buah. Barang-barang baby kan semuanya comel-comel.





Ayue ada lah berkenan satu kasut dekat Cotton On ni. Comel dan nampak smart sangat. Kebetulan Cotton On memang salah satu online stor yang bekerjasama dengan Shopback, apa lagi, gunakan peluang yang ada. Harga kasut ni RM89. Cashback yang Ayue akan dapat semula adalah 3.5% iaitu RM3.12 (89 x 3.5% = 3.13). Walaupun nampak macam tak banyak, tapi anda tetap dapat berjimat kan. Itu yang penting sebenarnya.


3) Booking flight ke Dubai dengan Emirates

Sebenarnya Ayue dah lama sangat nak naik flight Emirates ni. Bila tengok kawan-kawan Ayue holiday ke Dubai, hati ni terdetik juga nak ke sana. Boleh cuci-cuci mata dekat Dubai Mall tu. Salah satu mall terbesar di dunia tau. Mall yang ada dekat Malaysia ni pun tak habis jalan lagi. Berangan nak jalan dalam mall di Dubai. Hehe.



Harga tiket retun flight ke Dubai adalah RM6,710.38, manakala cashback dari Shopback pula adalah 1%. Jadi Ayue dapat jimat RM67.10 (6,710.38 x 1% = 67.10). Jadi sebenarnya Ayue hanya perlu bayar RM6,643.28.


4) Beli wedding headband di ASOS

Ayue tahu ramai pembaca blog Ayue ni rajin baca entry tentang perkahwinan kan. Ni Ayue nak share satu tempat yang anda boleh beli wedding headband yang cantik-cantik. Rugi pula masa Ayue kahwin haritu tak beli dekat ASOS ni. Kalau tak boleh dapat cashback.


Dalam banyak-banyak jenis, Ayue suka design yang bling macam ni. Menyerlah sikit dari yang biasa. Harga dia bila dah convert ke RM, jadi RM81.81. Tapi ASOS ni ada cashback 4% tau. Jadi anda dapat jimat RM3.27 (81.81 x 4% = 3.27). Harga headband anda cuma RM78.54 saja. Berbaloi kan.


Kesimpulan dia macam tu lah. Nak beli apa-apa secara online, pastikan anda membeli dengan bijak. Dah habis duit banyak-banyak, mesti kita nak rasa faedah beli secara online ni selain dari cut cost minyak dan tenaga ank ke kedai, betul tak. Selagi boleh jimat kita jimat. Ini lah salah satu caranya. Dapatkan cashback melalui Shopback! Boleh jimat hingga beratus ringgit tau.

Ayue dah terangkan step membeli melaui shopback dekat atas tadi. Tapi kalau anda masih kurang faham, boleh rujuk dekat sini : https://www.shopback.my/how-it-works

Kalau belum boleh daftar dekat sini : Sign Up Shopback



Untuk maklumat lanjut tentang Shopback, boleh layari :
Website : https://www.shopback.my/
Facebook : https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/shopbackmy/
Twitter : https://www.instagram.com/shopbackmy/



xoxo,







You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page