Lazada 5th Birthday Surprise Box

Monday, March 27, 2017

Assalamualaikum. Hari tu Ayue ada cerita tentang Lazada 5th Birthday kan? Tak sangka Ayue dapat suprise box besar punya dari Lazada! Fuh, terkejut juga lah bila dapat ni. orang lain punya birthday, orang lain yang dapat hadiah. Baik hati sungguh Lazada ni. Tapi takpa, Ayue memang pembeli tegar Lazada, kira hadiah untuk Lazada juga lah tu kan. I support you lah.


Untuk anda yang belum tahu tu, Lazada sekarang tengah buat birthday sale kaw-kaw punya sempena Birthday Lazada yang ke-5. Ayue sendiri dah terjebak beli 2 barang ni. Kena grab cepat sebab sale ni cuma dari 22 March hingga 24 March 2017 saja. Lambat beli, rugi lah. Ada lebih 10juta produk yang sale dalam 18 kategori tau. Lazada tawarkan sehingga 90% diskaun harga dari pelbagai kategori produk seperti perkakasan rumah, mainan, gajet, pakaian, makanan, perhiasan dan macam-macam lagi lah.




Paling Ayue tunggu-tunggu mesti lah Flash sale sebab kadang-kadang ada barang yang dijual dengan harga RM1.00!! Fuh, mana nak dapat kat tempat lain? Tapi kena cepat sebab dah nama pun flash sale kan. Setakat ni Ayue belum pernah dapat lagi, tapi ada juga kawan Ayue yang tangan dia sepantas kilat, sempat grab flash sale tu. Untung lah~

Eh, panjang pula cerita nya, mesti anda dah tak sabar nak tahu satu per satu barang yang Ayue dapat dalam surprise box ni kan? Sambil menaip ni pun Ayue masih tersengih lagi sebab happy gila dapat hadiah dari Lazada okey.

Surprise Box Lazada



1) Luggage bag from Delsey
Lazada ni macam tahu-tahu je yang Ayue tengah cari luggage untuk suami Ayue. Maklum lah, dulu seorang, sekarang dah berdua. Kena lah cari lagi satu luggage kan. Senang sikit nak travel. Dapat pula luggage bag dari Delsey ni. Memang senyum lebar lah suami Ayue tu. Awal-awal lagi dah cop luggage ni dia punya.


Ayue suka betul design luggage ni. Smart casual. Both sex boleh pakai. Material dia pula kain, kukuh je tengok. Bahagian dalam bag ni lebar berbanding luggage biasa sebab zip dia bukan di tengah-tengah bag. Perasan tak? Dan paling penting kalau Ayue nak pilih luggage, roda mesti lah boleh putar 360. Mudah nak dibawa ke mana-mana.


2) Laptop backpack from American Tourister
Haa, elok sangat lah Lazada bagi Ayue bag laptop ni. Bag laptop Ayue dah lunyai sebab pakai dari zaman belajar dulu. Dekat 10 tahun dah kot? Lama gila.


Materila bag ni Polyester, PU & Nylon Leather. Boleh muat sehingga 15.6 inch laptop. Siap built-in notebook holder & tablet pouch tau. Pada Ayue bag ni lelaki atau perempuan sesuai pakai. Kecuali yang perempuan tu suka warna pink sebab color option dia cuma da hitam dan Navy Blue. Hehe.


3) Multi-purpose pouch from Universal Traveller
Sebelum ni, kalau Ayue travel, bag makeup Ayue adalah jenis yang keras tu. Macam bag makeup mak andam. Seriously bag tu makan space! Bila dapat bag ni rasa happy bukan main sebab bag ni jenis kain, jadi boleh squeeze sikit dalam luggage nanti.


Lagi pun bag ni multipurpose. Bukan sekadar bag makeup, anda boleh guna bag ni mengikut keperluan anda. Nak isi toiletries ke, apa ke, semua boleh.


4) Softcover Photobook from Photobook Malaysia
Gambar kahwin Ayue banyak lagi belum print! Album dari photographer mesti lah Ayue nak simpan sendiri. Jadi Ayue nak guna voucher ni untuk print gambar kahwin, buat album untuk simpanan mak dekat kampung pula. Orang tua-tua kan suka tengok gambar dalam album. Gambar dalam phone tak syok katanya. Hehe. Lepas buat softcover photobook ni, confirm lah mak Ayue senyum sampai ke telinga.



5) Memory Card from Samsung
Sebenarnya, Ayue tak pernah ada pun memori kad sebesar ni. Paling besar pernah Ayue ada pun 32gb. Memori kad Class 10 dari Samsung ni pula mempunyai transfer speed sehingga 80MB/sfuh memang laju sangat dah tu. Lepas ni boleh snap gambar hingga 7,500 keping tau. Tak payah kejap-kejap nak transfer. 



6) Wireless Bluetooth Car Headphone from QCY
Bluetooth headphone ni wajib lah jadi hak milik suami Ayue. Belum apa-apa lagi dia dah kata ni dia punya. Senang katanya bila dia naik motor ke apa. Lagipun kerja dia dalam track tu kan bising. Leceh nak angkat phone bagai. Letak je bluetooth headphone ni dalam telinga. Dah boleh buat kerja dengan tenang. 




7) Selfie stick from Huawei
Hari tu Ayue ada perasaan kawan Ayue pakai selfie stick macam ni masa event. Seronok pula tengok dia snap gambar sana ni dengan press button dekat stick tu je. Sebelum ni kan nak kena remote. Sekarang dah makin senang nak selfie. Lagi-lagi bila dalam group yang besar. Kena yang tangan pendek macam Ayue ni, mesti ada kepala yang tak masuk. Hehe.



Selfie stick ni macam life savior lah. Yang tak berapa nak tinggi macam Ayue pun sesuai okey pakai selfie stick ni. Lagi-lagi brand Huawei. Tahan lama dan berkualiti.


8) Nestum Oat, Omega Plus and Cheerios Oat Crisp from Nestle
Baru-baru ni Ayue baru je beli Nestum perisa banana ni. Sedap betul. Ayue kan suka makan pisang. Kek pisang, banana split, semua lah. Omega plus pun Ayue minum juga untuk kuatkan tulang Ayue yang tak berapa kuat ni. Cheerios Oat Crisp pula Ayue belum try lagi.Tengok gaya macam sedap. Anda pernah cuba?



9) Flavoured Cashew Nuts from Signature Snack
Tahu tak yang ibu-ibu mengandung bagus makan kekacang? Ayue memang sentiasa ada stok kekacang ni dekat meja. Agak-agak rasa nak mengungah, Ayue makan kekacang ni je. Ayue pernah baca review dari blogger yang Signature Snack ni sedap. Ayue dah pun cuba. Memang sedap tau.



10) Hot Mealz Noodle Bowl from Maggi
Last sekali, Maggi. Suami Ayue selalyu overnight dekat office bila kerja banyak. Jadi stock makan macam ni memang dia perlukan sangat bila lapar tengah malam tu. Nak keluar, faham-faham je lah Sepang tu bukan nya ada kedai buka sampai tengah malam. Jadi maggi bowl ni memang peneman setia dia. Lagi-lagi yang Hot Mealz ni. Sedap dan pedas!



Semua hadiah yang Lazada bagi surprise dekat Ayue ni boleh didapati di Lazada. Lagi-lagi tengah birthday sale ni. Lagi murah lah harga nya dari biasa. Cepat-cepat grab kalau ada yang berkenan ok? Contest pun jangan lupa join. Nak tahu contest apa boleh baca entry Ayue yang ini :

Baca : http://www.ayueidris.com/2017/03/lazada-5th-anniversary-birthday-sales.html


Best of luck dan selamat membeli belah!



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Website : www.lazada.com.my/birthday-sale!
Facebook: fb.com/LazadaMalaysia
Twitter: www.twitter.com/LazadaMY
Instagram: www.instagram.com/Lazada_MY



xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. bestnya semua hadiah yang ayue dapat! lugage tu nampak smart

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List