Olay Regenerist Miracle Duo Review

Wednesday, March 01, 2017

Assalamualaikum. Salah satu benda penting dalam hidup Ayue yang Ayue betul-betul jaga adalah penjagaan kulit (skincare). Yelah, umur kita kan makin meningkat. Tambahan pula, tahun depan Ayue dah nak masuk umur 30-an. Ini antara salah satu sebab Ayue mesti dan wajib ambil berat tentang penjagaan kulit.

Umur sememangnya merupakan satu faktor yang memerlukan Ayue menjaga kulit kerana semakin matang umur kita, kulit akan mula hilang keanjalan dan kurang berseri. Jadi Ayue perlu mendisplinkan diri Ayue untuk menjaga kulit dengan baik. Tapi sebelum tu, Ayue kena pastikan set penjagaan kulit yang Ayue gunakan adalah yang terbaik untuk kulit Ayue.


Sekarang ni Ayue sedang gunakan Olay Regenerist sebagai set penjagaan kulit anti-penuaan Ayue. Ayue bukanlah jenis yang terlalu obses dengan pencerahan kulit kerana Alhamdulillah, kulit Ayue dah tersedia cerah. Apa yang Ayue sangat pentingkan adalah untuk mempunyai kulit yang sihat, terhidrat, berseri-seri, nampak bercahaya dan translucent. Sebab tu Ayue memilih Olay Regenerist Miracle Duo untuk menjaga kulit Ayue.

Olay merupakan satu jenama yang sangat terkenal dan telah lama ada di Malaysia. Rata-rata diantara kita mesti tahu tentang jenama Olay ni kan? Termasuklah Ayue kerana Ayue pernah guna produk keluaran Olay masa Ayue sekolah dulu. Tak lama lagi Olay akan melancarkan Regenerist Miracle Duo di Malaysia iaitu pada Oktober 2016 nanti dengan memperbaharui bentuk pembungkusannya.

Okay, dari tadi Ayue asyik sebut Regenerist Miracle Duo. Apa sebenarnya Regenerist Miracle Duo ni?

Olay Regenerist Miracle Duo merupakan gabungan diantara Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser dan Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence. Kedua-dua produk ni adalah set penjagaan kulit yang terbaik Ayue pernah cuba setakat ni. Kenapa Ayue berani cakap macam ni? Meh Ayue sikit info tentang Olay Regenerist Miracle Duo ni ya.


Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser | RM75 (50g)


Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser ni sebenarnya adalah krim pelembap yang Ayue gunakan pada siang hari. Antara kebaikan krim pelembap ni adalah:

  • Memperbaharui permukaan kulit kepada tekstur yang lebih lembut dan mengecilkan liang pori.
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan dengan cara melembapkan kulit.
  • Mengelupas untuk kulit licin.
  • Menghidrat untuk membantu kulit menjadi lebih tegang dan kuat.


Cara penggunaan : Gunakan hujung jari, sapukan sedikit krim pada wajah dan leher dengan gerakan melingkat ke atas, focus pada bahagian alis mata (eyebrow) dan garis rahang (jaw line) kerana itu adalah bahagian yang memerlukan. Boleh digunakan pada siang dan malam hari.


Apa yang Ayue suka tentang Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser ni adalah teksturnya yang tidak terlalu berat untuk Ayue pakai pada siang hari. Paling penting adalah ia tidak rasa melekit pada kulit macam kebanyakan krim pelembap yang ada di pasaran. Wangi pula tu!


Lepas beberapa minit sapuan, krim pelembap akan meresap secara keseluruhan ke dalam kulit dan memberi kesan ‘dewy’ kepada kulit Ayue. Sebab tu Ayue suka sangat pakai krim pelembap ni. Kulit Ayue makin lembut, licin dan makin gebu dari sebelum ni.

Kulit Ayue adalah jenis kombinasi diantara kering dan berminyak dibahagian tertentu. Jadi agak sukar untuk Ayue dapat produk penjagaan kulit yang sesuai dengan Ayue kerana kadang-kadang Ayue rasa kulit sangat kering, kadang-kadang pula Ayue rasa sangat berminyak.

Tips pemakaian : Apa yang Ayue lakukan semasa pakai Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser ni adalah bila kulit terasa berminyak, selepas sapu krim, dap permukaan kulit dengan tisu untuk serap lebihan krim. Manakala jika kering, lakukan rutin memakai krim pelembap ni macam biasa. Tips ni sangat berguna untuk Ayue, mungkin berguna juga untuk anda?

Untuk anda yang ingin berjimat, krim pelembap Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser ni juga boleh digunakan pada malam hari kerana ia tidak mengandungi sebarang SPF.


Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence | RM63.80 (40ml)


Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence pula bertujuan untuk meningkatkan penetrasi aktif pelembap anda dan meningkatkan pembaharuan sel untuk membuatkan anda kelihatan sehingga 10 tahun lebih muda. Titisan pertama essence ni saja sudah mampu memperbaharui berjuta-juta sel permukaan kulit untuk mengurangkan garis halus dan mengecilkan liang pori tau.

Cara penggunaan : Pulas penutup dengan gerakan kiri ke kanan. Auto-dropper akan mengambil jumlah yang betul untuk penggunaan anda. Pam penutup untuk mengeluarkan essence. Gunakan dua kali sehari selepas mencuci muka dan toner, sebelum serum dan pelembap.


Apa yang Ayue suka tentang Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ni adalah baunya yang wangi, teksturnya yang sangat ringan dan cepat kering. Auto-droppernya pula memudahkan Ayue untuk mengambil jumlah yang betul tiap kali penggunaan tanpa perlu membazir.

Selepas mencuci muka dan memakai toner, Ayue akan sapu essence ni dulu sebelum Ayue memakai pelembap. Ini kerana molekul essence ni lebih kecil dari pelembap, kalau anda pakai pelembap dulu, macam mana essence ni nak serap masuk ke dalam kulit kan?


Bentuk muka Ayue agak lebar, tapi Ayue hanya perlukan setitik saja essence ini untuk disapukan ke keseluruhan kulit. Ia cepat kering dan tidak meninggal sebarang kesan seperti berminyak dan melekit. Ayue suka sapukan essence ni ke muka dahulu untuk memudahkan kulit menerima dan serap Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser.


Olay Regenerist Miracle Duo


Olay mengesyorkan untuk memakai Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence bersama-sama dengan Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser yang digelar Olay Regenerist Miracle Duo untuk mendapat kesan yang maksima. Antara kebaikan gabungan Olay Regenerist Miracle Duo adalah:

  • Meningkatkan pembaharuan sel-sel permukaan kulit.
  • Memberi 2 kali lebih anti-penuaan penetrasi aktif ke dalam kulit.


Cara penggunaan Olay Regenerist Miracle Duo: Selepas mencuci muka dan toner, pam setitik Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dan sapukan pada keseluruhan muka dan leher. Biarkan seketika untuk kering. Kemudian sapukan pula Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser.

Seriuosly, gabungan kedua-dua produk ni sangat menakjubkan. Ia saling melengkapi antara satu sama lain yang memberi kesan yang sangat diperlukan oleh Ayue. Paling Ayue suka adalah ia mampu member kesan seawall 5 hari penggunaan tau. Dan jika Ayue habiskan sebotol essence tu, hasilnya adalah kulit akan kelihatan muda sehingga 10 tahun lebih muda! Woohoo! Teruja sangat okey.


Review Ayue

Memang kulit Ayue belum ada garis-garis halus dan kedutan. Tapi kesannya pada liang pori Ayue sangat memberangsangkan. Sejujurnya Ayue baru saja guna Olay Regenerist ni dalam dua minggu, tapi Ayue sudah nampak kesannya. Ayue tak pasti tentang kulit orang lain kerana kondisi setiap kulit berbeza. Tapi ini adalah kesan selepas hampir dua minggu Ayue menggunakan Olay Regenerist Miracle Duo.


Mula-mula memang kulit naik jerawat sikit, tapi Ayue teruskan juga sebab itu mungkin kesan dari pertukaran produk penjagaan kulit. Lepas seminggu kulit Ayue mula memberi kesan positif. Paling ketara adalah liang pori Ayue makin mengecil, kulit terasa lembap dan licin.

Mestilah seronok bila kulit dan tunjuk kesan positif kan? Ini merupakan persediaan awal Ayue untuk menjaga kulit bila umur dah meningkat naik ni. Tak semestinya bila kita dah berumur, kulit dah kendur baru nak pakai produk anti-penuaan ya. Seawal 28 tahun kita dah sepatutnya membuat persediaan untuk kulit kita. Dengan gaya hidup dan cara pemakanan kita sekarang, wanita 25 tahun pun dah nampak macam 35 tahun!

Jadi mulakan langkah penjagaan kulit anti-penuaan anda sekarang ya. Lepas ni tak perlu lagi filter pada setiap gambar. Kulit kita sendiri dah tersedia cantik. InsyaAllah.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari : https://www.everydayme.com.my/tag/olay


xoxo,


*This post was sponsored by Olay, but all thoughts and opinions are mine with honesty.

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel