ONEXOX | Pek Permulaan Edisi OneMusic

22 March 2017

Assalamualaikum. Baru-baru ni Ayue telah menghadiri majlis pelancaran kerjasama XOX mobile dengan Universal Music Malaysia yang bertempat di Sunway Piramid. Untuk pengetahuan anda, kerjasama di antara XOX Mobile dan Universal Music Malaysia ini adalah untuk menyampaikan kandungan muzik digital inovatif melalui Pek Permulaan OneXOX Universal Music, sebagai sebahagian daripada tumpuan XOX Mobile memberi ganjaran kepada pelanggan setia. Menarik bukan?



Ayue ada dengar banyak perkara menarik tentang pek permulaan ni sebenarnya, tapi belum berkesempatan untuk teliti satu per satu kelebihannya. Bagi peminat muzik diluar sana, pek permulaan ini dikenali sebagai Pek Permulaan Edisi OneMusic yang bertujuan untuk memudahkan pelanggan mengakses muzik dan pameran muzik digital.



Pek permulaan Edisi ONEMUSIC ini memberikan pengguna akses ke muzik digital tanpa had serta pelbagai acara muzik termasuklah tawaran tiket khas, diskaun produk Universal Music di CD-Rama dan Lazada, cenderahati selebriti, serta peluang eksklusif bertemu artis dari dalam dan luar negara, dari keluarga Universal Music.



Okay, ini sangat best sebab bukan senang nak berjumpa dan beramah mesra dengan artis kesayangan anda kan? Lagi pula pengguna XOX Mobile telah berpeluang bermain futsal bersama-sama dengan ahli kumpulan Bunkface sempena ulangtahun ke-10 Bunkface tahun lepas.

Wah! Mesti seronok ni. Bukan itu saja, pengguna juga akan dijemput untuk hadir ke bengkel bersama artis dan mengetahui secara eksklusif mengenai semua berita terkini, konsert akan datang mereka dan pembelian pra keluaran.

Selain Bunkface, Fazura dan pelakon Thomas dan Jack juga turut hadir ke majlis pelancaran ini. Suasana di majlis pelancaran ni sangat meriah terutama bila Sid Murshid mendendangkan lagu terbarunya dan begitu juga Nik Qistina. Kedua-dua mereka ni merupakan artis dibawah naungan Universal Music Malaysia.











Ayue juga sempat mencuba pelbagai aktiviti yang ada sepanjang majlis pelancaran tersebut termasuk lah game dan VR shooting.



Mesti anda tertanya-tanya macam mana nak dapatkan pek permulaan ONEMusic ni kan. Mudah saja, anda boleh membelinya menerusi www.xox.com.my dengan penghantaran percuma di seluruh negara dan saluran pengedaran Universal Music Malaysia.




Ayue sendiri belum pernah mencubanya, tapi dari apa yang Ayue dengar dari rakan-rakan yang merupakan pelanggan XOX Mobile, line coverage nya sangat baik dan yang paling best, tarikh luput kredit anda adalah selepas 2 tahun dan lebih selepas anda topup kali pertama. Best kan.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari : http://xox.com.my




xoxo,






Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.