The Wedding | Mr. & Mrs. Qisti

Wednesday, March 15, 2017

Assalamualaikum. Dah 3 bulan kahwin, hari ni baru berkesempatan Ayue nak menulis tentang perkahwinan Ayue 17 December 2016 lepas. Ayue jarang bercerita tentang hal peribadi terutama tentang Qisti dalam blog Ayue ni kan. Hehe. Bukan apa, saja nak kekalkan exclusitivity nya tu. Lagi pun belum kahwin, takkan nak cerita lebih-lebih kan. Sekarang dah kahwin baru lah boleh cerita panjang lebar.


Ayue dengan Qisti kenal dah 11 tahun, sejak dari Ayue belajar diploma di Kedah lagi. Bertunang pula hampir 3 tahun. Satu tempoh yang sangat lama kan. Dari Ayue budak mentah sampai lah dah tua bangka ni. Segala kenangan manis, pahit, bergaduh, sampai lah minta putus pun pernah, tapi alhamdulillah jodoh kami panjang dan semua pengalaman tu sememangnya mematangkan kami dan membuatkan kami lebih kenal antara satu sama lain.

Amboi, panjang betul intro ya, kasi chance lah Ayue nak throwback sikit. Hehe. Okey, sejak dari Ayue start berblog dulu Ayue memang suka kongsi dengan pembaca blog Ayue tentang segala persiapan pertunangan dan perkahwinan. Entry-entry tu sampai sekarang ni masih ramai yang komen dan email Ayue untuk tahu lebih lanjut tentang kedai, harga dan sebagainya. Memang itu lah tujuan Ayue pun, nak bantu bakal isteri dan suami dalam persiapan perkahwinan mereka :)


Cuma untuk persiapan perkahwinan, Ayue belum sempat nak share banyak benda sebab Ayue sangat sibuk dengan hal duniawi yang lain. tapi jangan risau, semuanya Ayue dah simpan dan Ayue akan share semuanya satu per satu ok? Terutama untuk bakal pengantin di Melaka, Ayue pasti entry Ayue nanti akan banyak membantu anda. Tunggu tau.

Walaupun Ayue dengan Qisti merancang untuk berkahwin setahun sebelum tarikh perkahwinan kami, hakikatnya Ayue hanya mulakan segala persiapan 3 bulan sebelum kahwin. Nampak sangat busy nya tu kan. Ayue memang dari dulu lagi nak kahwin di dewan sebab tak nak panas. Lagipun tarikh yang kami pilih bulan december, bulan yang terkenal dengan musim hujan. Kalau di dewan selamat sikit. Tapi malangnya semua dewan yang berdekatan dengan rumah Ayue dah penuh walaupun Ayue cuba tempah setahun lebih awal. Jadi, peringatan untuk bakal pengantin, kalau nak kahwin dekat dewan, tempah awal-awal ya. Jangan jadi macam Ayue.

Nak tak nak, Ayue kena lah pasrah untuk buat majlis perkahwinan Ayue di rumah. Mulanya Ayue agak keberatan sebab majlis di rumah sangat memenatkan. Lepas kenduri nak kemas rumah lagi. Lagi pun jalan raya di kawasan rumah Ayue penuh dengan pokok mangga yang besar-besar. Sayang pula nak tebang, mesti jiran yang lain tak setuju. Nasib baik mak Ayue bagi idea untuk buat kenduri di homestay seberang jalan dari rumah Ayue. Kebetulan tarikh tu memang kosong, Ayue pun apa lagi, terus book lah.

Homestay yang Ayue sewa tu adalah rumah banglo 2 tingkat, ada 5 bilik dan 5 bilik air. Memang sangat besar dan sangat selesa untuk buat majlis perkahwinan. Family Ayue pun selesa nak bermalam di situ. Jadi tempat kenduri dah selesai.


Untuk catering, memang Ayue serah 100% dekat mak Ayue untuk cari dan uruskan. Mulanya Ayue nak ambil catering dari KL je, senang untuk Ayue pergi bincang dan food testing sebagainya. Tapi bila difikirkan, lebih baik ambil catering di Melaka untuk kurangkan segala risiko termasuk risiko makanan basi. Agak sukar sebenarnya untuk Ayue pilih catering yang mak Ayue cadangkan sebab semuanya tak menepati ciri-ciri yang Ayue nak. Yela, tak dapat buat kan dewan, bila kena buat kenduri bawah khemah, mesti lah nak khemah yang cantik kan. Qisti pula ikut saja kehendak Ayue sebab dia tau Ayue frust tak dapat kenduri di dewan. Hehe.


Akhirnya kami pilih Deezaa Catering & Wedding Planner. Alhamdulillah, walaupun last minute, tapi Deezaa Catering sangat memuaskan hati Ayue. Deliver sebiji macam yang Ayue nak dan paling penting, makanan mereka sangat tiptop. Semua tetamu puji. Itu yang penting sebenarnya, Qisti pun banyak kali pesan, pilih catering yang makanan dia sedap. Bagi tetamu yang datang puas hati.

Untuk pelamin, makeup dan baju pengantin pula, kesemuanya Ayue ambil dari vendor yang berasingan. Macam yang Ayue cakap tadi, susah nak cari vendor di Melaka yang menepati ciri-ciri yang Ayue nak. Tapi alhamdulillah, pelamin yang Ayue ambil dari Alyza Makeup memang menyerlah sepanjang kenduri Ayue. Sebiji macma yang Ayue nak, simple yet exclusive. Suka sangat! Baju nikah Ayue DIY sendiri tau. Nanti Ayue share macam mana Ayue DIY ya. Untuk baju kenduri pula Ayue sewa dari butik kak Mimi di Shah Alam. Sengaja Ayue cari yang dekat supaya senang Ayue dengan Qisti nak pergi fitting.



Siapa yang datang kenduri Ayue mesti nampak muka Ayue lain sangat. Naik seri pengantin katanya. Semua di sebabkan oleh makeup dari Ina Muhamad. Kawan Ayue masa sekolah menengah dulu. Dia dah berjinak-jinak dengan dunia makeup sekarang, Ayue pun dah tengok banyak improvement dari dia, apa lagi, terus grab lah. Syukur semua orang puji air tangan Ina molek belaka.


Doorgift macam biasa, wajib lah Ayue DIY sendiri. Eh, banyak juga lah yang Ayue DIY untuk kenduri Ayue ni. Nasib ada keluarga yang tolong Ayue siapkan semua. Ayue kan suka buat kerja last minit. Banyak lagi Ayue nak cerita ni, photographer pun Ayue belum cerita kan. Tapi macam dah panjang sangat pula entry ni. Nanti Ayue sambung dekat entry lain ya. Next entry tentang kahwin adalah penerangan secara details semua vendor dan DIY yang Ayue buat. Khas untuk anda yang nak kahwin tu. Suka tak?


Till then,



xoxo,
post signature

You Might Also Like

4 comments

  1. cantiknya pelamin. nmpk cantik warna dia

    ReplyDelete
  2. Suka smuaaaa la. dari pelamin, tempat majlis, baju nikah, gambar. hahaha semua cantik2. hehe

    ReplyDelete
  3. hi boleh saya tahu homestay dimana? sy sedang cari lokasi untuk majlis. thanks in advance

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page