XIAOMI REDMI 4A | Harga, Review, dan Spesifikasi

Wednesday, March 01, 2017

Assalamualaikum. Jenama Xiaomi sudah pun mendapat tempat di Malaysia dari awal kemunculannya lagi. Ayue sendiri tertarik dengan pelbagai features yang diketengahkan oleh Xiaomi dan dijual dengan harga yang agak murah berbanding jenama lain. Baru-baru ni Xiaomi telah melancarkan telefon pintar barunya iaitu REDMI 4A.


Terima kasih pada Involve Asia, Mi Malaysia (Redmi 4A) dan Lazada Malaysia yang telah menjemput Ayue ke pelancaran tersebut sebab Ayue dapat tengok sendiri betapa hebatnya REDMI 4A ni. Ada beberapa features barunya yang membuatkan Ayue sangat tertarik.


Seperti kesemua keluaran telefon pintar Xiaomi yang lain, Redmi 4A juga sangat mementingkan Design, Kualiti dan Kameranya. Dengan ketebalan hanya 8.5mm dan seberat 131.5g, Redmi 4A pada Ayue sangat sesuai dengan citarasa masyarakat kini yang lebih gemarkan telefon yang nipis dan ringan. Mana tidaknya, ia lebih mudah dan senang untuk dikendalikan. Beg pun tak berat betul?

Redmi 4A ini mempunyai paparan screen bersaiz 5 inch yang sangat mudah dipegang dan didatangkan dalam 2 warna yang menarik iaitu warna Rose Gold dan Gold. Untuk processor nya pula, Redmi 4A menggunakan processor Quad core dengan Snapdragon 450 1.4GHz dan mempunyai bateri yang berkapasiti 3120mAH dimana ia mampu bertahan selama 7 hari (on standby). Wah! Menarik tu.



Bagi anda yang mementingkan kualiti kamera telefon pintar seperti Ayue, jangan risau kerana Redmi 4A ni mempunyai 13MP untuk rear camera (kamera belakang) manakala 5MP untuk front camera (kamera hadapan) nya. Malah turut mempunyai dua fungsi beauty mode yang sangat awesome iaitu Smart Beautify dan Pro Beautify. Ok, ini memang sesuatu yang sangat disukai oleh gadis-gadis kan? Hehe.


Redmi 4A juga mempunyai tema untuk anda yang gemar untuk customize paparan telefon anda. Boleh lah pilih tema yang sesuai dengan jiwa anda supaya sedap mata memandang. Hehe.

Untuk pengetahuan anda, Redmi 4A mempunyai dua slot untuk simkad dan satu slot untuk memory kad. Tidak seperti telefon pintar yang lain, bila mempunyai dua simkad dalam satu telefon pintar, mesti susah nak bahagikan antara dua nombor telefon tu kan? Kadang-kadang sampai tertukar.

Anda yang mempunyai dua simkad dan ingin bahagiakan antara urusan kerja dan urusan peribadi, Redmi 4A ini sangat sesuai untuk anda kerana ia mempunyai Android-base OS MIUI8 yang mempunyai fungsi DUAL APPS. Haa, apa Dual Apps ni?

Dual Apps ni berfungsi untuk memastikan kehidupan anda lebih teratur dan lebih privacy kerana anda boleh meng-install dua apps pada satu masa dan mempunyai akaun yang berlainan, tetapi pada telefon pintar yang sama! Sebagai contoh, anda boleh install dua aplikasi Whatsapp dengan akaun yang berlainan. Bukan saja Whatsapp, malah anda boleh mempunyai dua akaun untuk kesemua aplikasi yang anda guna. Seriously sangat best! Tak perlu lagi nak bawa dua telefon pintar ke mana-mana. Cukup satu dan semuanya ada di dalam.


Hebat bukan? Macam mana kalau Ayue kata telefon pintar terbaru keluaran Xiaomi, Redmi 4A ni hanya berharga RM459 untuk (2+16gb)?! Terkejut tak? Pada Ayue harganya sangat berpatutan dengan kualiti yang diberikan. Mampu milik untuk pelbagai golongan.


Untuk anda yang ingin dapatkan Redmi 4A, boleh dapatkannya di Lazada.



Dibawah ni Ayue ringkaskan spesifikasi untuk Redmi 4A

Processor & Memory
2GB RAM + 16GB Flash
Snapdragon 425 quad-core 1.4GHz max
Adreno 308 500MHz
Supports expandable storage up to 128GB (VFAT format)


Dimensions
Height: 139.9mm
Width: 70.4mm
Thickness: 8.5mm
Weight: 131.5g

Battery
3120mAh (typ) / 3030mAh (min) high capacity battery
Non-removable
5V/1A charging

Camera and video
13MP rear camera
5-element lens, ƒ/2.2 aperture
Single LED flash
Low light enhancement
HDR
Panorama
Burst mode
Face recognition
Real-time filters

5MP front camera
ƒ/2.2 large aperture
Selfie countdown
Face recognition

Video recordings
1080p/720p video, 30fps

Display
5" HD display (measured diagonally)
1280 x 720 resolution, 296 PPI, 1000:1 contrast ratio
72% NTSC color gamut

Reading mode
Color temperature adjustment

Networks and Connectivity
Network bands
4G
3G
2G

Connectivity
Bluetooth 4.1, Bluetooth HID
801.11 b/g/n, 2.4GHz Wi-Fi
Wi-Fi DirectDual SIM use

When two SIM cards are used simultaneously, the primary SIM can support
4G calls and data while the secondary SIM can support 2G calls only.

GPS navigation and positioning
GPS
AGPS
GLONASS
BeiDou

Sensors
Infrared
Gyroscope
Accelerometer
Proximity sensor
Ambient light sensor

Multimedia support
MP4
M4V
MKV
XVID
WAV
AAC
MP3
AMR
AMR

Supported video formats: H.265 /HEVC (main profile), H.264 (baseline / main / high profile), MPEG4 (simple profile / ASP), and VC-1 (simple / main / advanced profile). Supported audio formats: PCM, AAC/AAC+/eAAC+, MP3, AMR-NB/WB, FLAC,
and WAV.

Package contents
Redmi 4A, power adapter, USB 2.0 cable, warranty card, user guide, SIM insertion tool






xoxo,

post signature
This Lazada x Mi event was organized by Involve Asia. Lazada voucher sponsored by ShopCoupons.

You Might Also Like

1 comments

  1. wah..menarik..tq sbb review fon ni..dari aritu tercari2 review pasal redmi 4a ni..

    ReplyDelete

Youtube Channel