Lazada Malaysia Big Baby Fair

02 April 2017

Assamualaikum. Menjak-menjak nak jadi ibu ni, bukan boleh nampak sale barangan baby. Mesti meroyan sekejap. Bukan apa, rasa macam semuanya comel-comel belaka. Rasa macam nak beli semua. Tamak haloba sungguh. Haha. Anda tahu tak Lazada tengah buat Big Baby Fair sekarang ni?

Kalau belum shopping tu, sila terjah ye sebab ada macam-macam sale produk barangan baby dari jenama favorite ibu-ibu tau seperti Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi. Diskaun sehingga 85% pula tu! Cepat tau sebab Big Baby Fair ni bermula dari 29 March hingga 2 April je. Siapa cepat dia dapat~

Ayue dah cerita lebih lanjut lagi dalam entry ni, anda boleh baca ya :

Baca: http://www.ayueidris.com/2017/04/beli-barang-baby-murah-gila-dekat.html


Untuk entry ni pula adalah entry untuk Ayue join contest blogger, Lazada Big Baby Fair Blogger Contest yang tarikh tamatnya hari ni! Ayue dengan kerja last minit memang tak dapat dipisahkan. Mohon baby dalam perut ni tak ikut tabiat ibu dia ni. Kelam kabut jadi nya. Hehe. Tapi takpa, kita cuba je lah kan, manalah tahu ada rezeki?


Soalan yang Ayue kena jawap adalah :

a. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 
Jawapan Ayue mudah je. Drypers. Sebab semua keturunan Ayue memang pakai Drypers sejak dari azali lagi. Bontot-bontot kami memang dah lali dengan jenama yang satu ni. Berkualiti, tahan lama, dan sesuai dengan kulit baby walaupun yang baru lahir. Harga pula sangat lah berpatutan. Lagi-lagi kalau tengah sale, boleh tertumbuk oii nak beli drypers punya pasal. Hebat tak hebat?


Ayue belum pun beli lagi Drypers ni untuk baby Ayue, sebab awal lagi nak beli kan. Tapi planning nya memang nak beli Drypers pun. Tak rajin nak try and error brand lain. InsyaAllah baby Ayue nanti bakal ikut jejak keturunan ibu ayah dia ni. Hehe.


b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 
Okey, yang ini susah sikit Ayue nak jawap sebab lain baby lain selera tekaknya kan? Ada yang sampai 10 kali tukar susu. Pun masih tak serasi. Tapi Ayue dah ada satu brand yang Ayue memang nak baby Ayue minum iaitu Pediasure. 


Kakak ipar Ayue pengguna tegar Pediasure ni dari anak pertama sampai lah yang ketiga ni. Kalau ada sale tu, memang dia grab sampai 6 tin terus! Alhamdulillah semuanya anak-anak dia serasi dan paling Ayue suka perkembangan otak mereka cepat betul berkembang. Bijak. Sel-sel otak semua berhubung dengan pantas. Ayue pernah juga try rasa tau, eh, sedap pula. Nasib lah untuk baby. Kalau tak nak juga Ayue bedal. Haha.


c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 
Ini paling senang Ayue nak jawap saat ketika ini. Sebab Ayue baru je lepas survey car seat dekat Lazada. Car seat tersangat lah penting ye untuk baby. Even newborn! Kena latih dia duduk dalam car seat sejak dari hari pertama lagi. Baru lah baby tak meragam bila kita letak dalam car seat nanti.

Ayue memang survey car seat ni awal sebab car seat ni ada banyak sangat pilihan dan jenis. Style dan warna jangan cakap lah. Rambang mata dibuatnya. Tapi Ayue dah fix dengan satu ciri car seat ni iaitu ISOFIX. Ayue dah buat perbandingan dengan car seat jenis seat belt dan isofix memang yang terbaik. Mudah nak pasang dan lebih selamat sebab ibu bapa selalu pasang car seat salah bila guna yang jenis seat belt tu. Memang kalau kemalangan kita tak dapat nak elak, tapi apa salahnya caari yang terbaik kan?

Sweet Cherry LB589 Isofix Carseat Red

Antara yang affordable adalah jenama Sweet Cherry. Suka betul Ayue dengan design dia. Smart, unisex, boleh dipakai dari newborn hingga 18kg. Ada 2 posisi duduk dan juga recline. kalau newborn tu kena recline lah bagi dia tidur kan. Material dia pun ok, tak panas. Eh, pendek kata berbaloi-baloi lah untuk car seat. Tak perlu nak beli banyak kali dah. Sekali beli je, boleh pakai sampai umur 4 tahun. Best kan?


Haa, ni lah dia. Bila dah cerita pasal barang baby ni memang susah nak behenti. Cukup dah kot. Semua soalan dah jawap. Harap-harap adalah rezeki Ayue menang. Teringin sangat lah car seat tu hoiii. Haha. Moga ada rezeki baby. Amennn.


Wish me luck!!



xoxo

post signature




Join the conversation!

  1. dah join jugak...bila ada baby fair ni,nak taknak kena tengok jugak,mana tau ada harga yang luar biasa kan

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.