Lunch di The Food Store | DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

Saturday, April 29, 2017

Assalamualaikum. Ingat lagi hari tu Ayue ada cerita pasal Ayue stay di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru? Selalunya Ayue hanya makan masa breakfast dan dinner saja. Tapi kali ni Ayue dapat cuba makan tengahari pula di hotel favorite Ayue ni. Lunch di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru bukan di Makan Kitchen ya, tapi di The Food Store.

Baca : DINNER DI MAKAN KITCHEN | DOUBLETREE BY HILTON HOTEL JOHOR BAHRU



Ni first time Ayue masuk The Food Store ni. Mulanya Ayue ingatkan hanya jual makanan-makanan ringan, rupanya boleh lunch juga. Jadi anda yang bekerja di pejabat di sekitar DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru, kalau tak tahu nak lunch dekat mana, boleh cuba makan di The Food Store ni sebab surprisingly, makanannya sangat sedap dan harga pun berpatutan tau.




Selain dari menu makanan ringan, makanan lain seperti roti, sandwich, biskut dan muffin juga ada dijual sini.











Siapa yang pernah datang ke DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru, mesti pernah rasa biskut yang disediakan sendiri oleh pihak DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru masa check-in. Seriously memang sedap gila biskut ni. Ayue siap bawa balik satu tin tau! Sekeping pun berebut dengan Qisti. Hehe.


Walaupun makanan yang dijual agak terhad, tapi pada Ayue kalau dah tempatnya dekat dengan office, makanannya pun sedap, apa salahnya makan disini kan? Ada nasi lemak, nasi briyani, laksa johor pun ada okey.

Ayue pula kalau datang johor, wajib makan Laksa Johor sebab rasanya lain dari yang dijual dekat Shah Alam. Laksa Johor, makan dekat Johor lah sedap kan? Banyak tempat juga Ayue cari, tapi susah nak dapat yang sama rasa macam yang di Johor. Kebetulan masa Ayue lunch di The Food Store ni, mereka ada menu Laksa Johor. Memang tak lepas peluang lah.



Tengok ni. Ya ampun, menyelerakan sungguh! Sedap sangat-sangat. Lagi-lagi sambal dia tu. Ayue siap minta tambah tau. Makan laksa johor pedas-pedas baru lah terangkat. Hehe. Kuah dia pun pekat, cukup semua rasa. Haish, sambil menaip ni pun terliur Ayue dibuatnya.

Qisti pula makan Nasi Briyani. Dia memang pantang nampak nasi briyani. Mesti order yang tu. Pun boleh tahan juga rasanya. Ayue suka sambal ayam tu. Pedas-pedas manis gitu.



Untuk dessert pula kami cuba Egg tart dan Kek Durian. Memang luck Ayue baik hari tu sebab kebetulan kek durian tu baru sampai masa Ayue datang. Langkah kanan lah ye? Nak makan durian betul Qisti tak bagi, baby baru lagi katanya. Tunggu dah besar sikit baru boleh makan yang buah betul. Jadi nak lepas ngidam, makan kek pun jadi lah. Tapi tak rasa macam makan kek durian pun sebab rasanya sebijik macam durian betul! Legaaaaa rasanya tekak ni. Puas hati dapat makan durian :)



Anda kalau teringin nak makan juga, boleh je datang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru ni. Ayue highly recommended makanan disini. Orang luar pun boleh makan tau, tak semestinya guest hotel je. Nanti Ayue cerita tentang pengalaman Ayue Hi-Tea di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru pula ya? Pun best tau!


Ramadan Buffet 2017 | DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

Makan Kitchen's Festive Flavors | Level 1
Makan Kitchen's Festive Flavors menyediakan makanan seperti Briyani Kambing, Kambing Panggan, Salmon Tandoori, Sushi on ice, Lemang, Ketupat , Lontong dan macam-macam lagi.

Mulai : May 27 - Jun 26
Masa : 6.30pm - 10.00pm
Harga : RM158nett (Adult)/ RM79 nett (Child)
Maklumat lanjut : https://goo.gl/Afrqf6

Feast @11th Ramadan Buffet | Level 11
Feast @11th Ramadan Buffet pula menyediakan makanan seperti Seafood on ice, Yong Tau Foo stall, Asam Pedas stall, Kambing Panggang, Nasi Kandar Kawah stall, Satay, Sup dan macam-macam lagi.

Mulai : Jun 5 - Jun 20
Masa : 6.30pm - 10.00pm
Harga : RM118nett (Adult)/ RM59 nett (Child)
Maklumat lanjut : https://goo.gl/4tjC51

*Beli 8 voucher, PERCUMA 2 voucher
Voucher boleh dibeli sebelum May 15.


Menyelerakan betul. Teringin pula Ayue nak cuba. Harap-harap adalah rezeki ke sana lagi nanti. Anda kalau teringin juga, cepat-cepat book okey? Mesti tak menyesal punyalah.

Booking :
+607 268 6868 or JohorBahru.Events@hilton.com

Untuk maklumat lanjut tentang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru, boleh layari :
Website : DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Facebook : https://www.facebook.com/doubletreeJB


DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
No. 12 Jalan Ngee Heng, 
Johor Bahru,80000, Malaysia
TEL: +60-7-2686868FAX: +60-7-2686888







xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. seronoknya ! makanan nampak sedap sangat teringin laksa. nak pergi la nanti

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive