Shizens Visage Collection Malaysia Review

Tuesday, April 25, 2017

Assalamualaikum. Ni kali pertama Ayue nak cuba makeup dari jenama Shizens ni. Excited betul rasanya. Kebelakangan ni Ayue asyik nampak rakan-rakan lain cuba koleksi terbaru Shizens, "Shizens Visage Collection". Kali ni Ayue pula nak cuba. Yeay!



Shizens Visage Collection

Shizens Visage Collection ni merupakan koleksi makeup Shizens yang terbaru yang mempunyai 4 produk iaitu Natural Pore Nutrient Foundation PRO, Hue-Duo Eyeshadow, Aqua Eyeliner and Smack Lips. Jom tengok apa yang bestnya setiap satu produk ni okey.



Shizens Natural Pore Nutrient Foundation PRO | Harga : RM242

Shizens Natural Pore Nutrient Foundation PRO merupakan stick foundation yang sangat ringan (lightweight). Rasa macam tak pakai apa-apa pun di muka ni. 100& talc-free dan mempunyai Vitamin E untuk tujuan penghidratan. Apa yang Ayue suka adalah foundation ni boleh buat muka kita nampak natural tapi untuk medium coverage, Ayue kena apply 2 layer ke muka Ayue ni. Maklumlah, muka tak berapa nak flawless. Hehe. Hanya ada 1 saja shades, dan Ayue rasa shades ni sesuai dengan Ayue. Betul tak?



Foundation ni datang dengan 2 sponge. Ayue dah cuba blend foundation ni dengan sponge yang diberikan dan beauty blender yang selalu Ayue guna tu. Guess what? Sponge yang diberikan lagi berkesan dan nampak lebih smooth! No wonder dia bagi sampai 2 sponge kan. Memang mudah dan cantik finishing nya.




Shizens Hue-Duo Eye Shadow | Harga : RM136

Shizens Hue-Duo Eye Shadow ni ada 3 shades yang anda boleh pilih antaranya Mocha Glow, Khaki Glitz dan Sepia Pink. Yang Ayue cuba ni adalah dalam shades Sepia Pink. Ada dua warna dalamnya, satu pink cerah dan satu lagi pink yang agak gelap di mana kedua-duanya adalah shimmer.



Sebenarnya Ayue jarang guna eye shadow warna pink ni, kadang-kadang je bila ada mood sebab selalunya Ayue lebih kepada warna-warna natural untuk daily look. Tapi Ayue untuk warna ni, Ayue suka sebab nampak lebih ceria dan fresh. Warnanya pun sangat pigmented dan paling Ayue suka adalah ia sangat mudah untuk di blend!




Shizens Aqua Eyeliner | Harga : RM95

Shizens Aqua Eyeliner ni pula ada 2 shades yang anda boleh pilih iaitu Black dan Brown. Yang Ayue cuba ni Brown. Menariknya eyeliner ni, ia dalam bentuk cushion! Ini kali pertama Ayue guna eyeliner cushion tau. Excited guna nak cuba. Didatangkan sekali dengan brush, jadi anda tak perlu risau macam mana nak apply eyeliner ni ke mata anda sebab mudah je rupanya.



Cuma perlu dup brush ke dalam cushion dan lukiskannya ke mata anda. Warnanya sangat pigmented dan smooth saja semasa Ayue apply. Apa yang Ayue suka adalah ia tahan lama dan tak comot langsung. Seharian juga Ayue cuba eyeliner ni, memang long-lasting. 



Shizens Smack Lips | Harga : RM89

Shizens Smack Lips mempunyai 4 shades iaitu dalam Red Cherry, Plum Wine, Cherry Blossom dan Orange Tango. Yang Ayue cuba ni adalah Orange Tango. Seriuosly Ayue sangat suka matte lipstick ni sebab dia ada bau buah. Best je rasa masa apply. Liquid matte lipstick ni sangat tahan lama dan mempunyai coconut oil dan sunflower butter untuk tujuan melembapkan bibir. 



Walaupun warna dia agak terang pada Ayue, tapi bila dah apply warnanya boleh diterima. Untuk 3 jam pertama, lipstick masih cantik dibibir Ayue, tapi mungkin bibir Ayue jenis yang sangat kering, jadi ia cepat merekah kemudiannya.



Overall, Ayue suka dengan koleksi terbaru Shizens ni. Koleksi yang hampir lengkap untuk buat full makeup look. Antara keempat-empat produk ni Ayue paling suka foundationnya. Sangat lightweight dan kurang berminyak. Tapi sebab dia ada satu shades je, mohon cuba dulu sebelum beli ok?



Harga pengenalan untuk koleksi ni hanya RM199!! Tapi hanya pada 1 March hingga 31 May 2017 saja tau. Kalau anda nak cuba kena cepat-cepat grab ok?


Oh ya, anda juga boleh dapatkan FREE makeover di kaunter Shizens dengan menunjukkan kod unik : VISAGE01. Kemudian jangan lupa selfie join contest yang sedang dijalankan oleh Shizens tau. Visage Challenge 2.0! Contest bermula dari 15 April hingga 15 May 2017.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : http://www.shizens.com
Facebook : https://www.facebook.com/ShizensMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/myshizens/



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive