Watsons VIP #GETACTIVE | Health Club Rewards

08 April 2017

Assalamualaikum. Antara banyak-banyak drugstore yang ada di Malaysia ni. Mana satu pilihan kegemaran anda? Ayue mesti Watsons. Sebab itu Ayue ada kad VIP Watsons. Tapi anda tahu tak yang Watsons sekarang ni telah melancarkan rewards terbaru mereka iaitu #GETACTIVE sempena Hari Kesihatan Sedunia.


#GETACTIVE bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam masyarakat kita dan Watsons memberikan para pelanggannya pengalaman membeli belah dengan memperkenalkan pelbagai jenis jenama kesihatan yang terkemuka.

"Watsons Malaysia sekali lagi melangkah kaki ke hadapan dengan kempen kesihatan ini. Dengan sokongan daripada rakan niaga utama dan melalui program kesetiaan yang menyeluruh dengan pelanggan kami, kami berharap kempen ini akan menyuntik hidup yang sihat di dalam diri setiap rakyat," kata Caryn Loh, General Manager and Country Head of Watsons Malaysia.

"Kami memanfaatkan kempen #GETACTIVE dengan Rakan Selebriti Watsons yang sesuai dengan karier dan ideal untuk mewakili kempen dalam bidang masing-masing. Dan kami berharap melalui pengaruh dan kehidupan mereka, rakyat Malaysia secara umumnya juga dapat mengikut langkah dan mengambil inspirasi bersama untuk #GETACTIVE dengan Watsons," kata Danny Hoh, Customer Director, Watsons Malaysia.


Watsons Malaysia juga turut memperkenalkan duta #GETACTIVE yang terdiri dari 4 orang iaitu :

Ann Osman - Atlet Wanita MMA Fighter yang pertama
Lenna Lim - Pelakon dan Cyclist
Kit Mah - Jurulatih Kecergasan
Mark O'dea - Model dan Pengulas Sukan

Kesemua mereka ini akan berkongsi tips kesihatan peribadi mereka termasuk diet dan senaman, dan juga aktiviti-aktiviti yang mereka akan lakukan dalam aktiviti #GETACTIVE untuk Watsons VIP members.

Lenna Lim, Pelakon | "Dengan jadual saya yang ketat sebagai pelakon, saya sentiasa membuat ia satu titik untuk menghabiskan masa saya untuk bersenam. Hobi saya ialah berbasikal dan saya kerap melakukannya setiap minggu, dan ini adalah cara yang terbaik untuk saya mengekalkan kecergasan saya dan pada masa yang sama juga saya dapat menenangkan fikiran dan lebih relax"

Ann Osman, Wanita Pertama Untuk Pro MMA Fighter | "Dalam sukan ini yang kebanyakannya dikenali untuk menjadi agresif, ia adalah motivasi bagi saya untuk pergi satu langkah ke hadapan dengan bekerja keras dan lebih berdedikasi. Sebaik-baiknya ia adalah disiplin yang anda perlukan untuk menjalani gaya hidup yang sihat dengan makanan yang seimbang dan senaman."

Kit Mah, Jurulatih Kecergasan | "Tiada sebarang alasan apabila ia melibatkan untuk menjalani dan mempunyai diet yang sihat kerana tubuh anda memerlukan perhatian dari diri sendiri. Oleh itu, kita perlu meluangkan masa untuk bersenam dan tidak memberi alasan ketika memperuntukkan masa untuk diet yang sihat dan baik."


Maksudnya, wanita mengandung macam Ayue pun tidak terkecuali untuk melakukan senaman yang sihat. Asalkan senaman yang dilakukan bersesuaian dengan tahap kesihatan Ayue. Lagipun senaman ini juga lah yang akan memudahkan proses bersalin nanti. Betul tak? Makanan yang sihat juga memainkan peranan yang penting tau.



Semasa pelancaran, Ayue dan rakan media lain diberi kumpulan masing-masing untuk mencuba cabaran Fitness yang disediakan. Ayue kumpulan Ungu (Get Healthy). Ketua kumpulan kami adalah Ann Osman, Wanita Pertama Untuk Pro MMA Fighter. Ayue kagum sungguh dengan ketangkasan dan kekuatan tenaga beliau. 


Antara cabaran yang ada ialah punching, lunges, pumping, dan squad. Aktiviti mengayuh basikal juga ada. Kami masing-masing berusaha keras untuk kekal sihat tau. Berpeluh-peluh dibuatnya. Walaupun kumpulan Ayue tidak mendapat markah tertinggi untuk menang, tapi kami tetap happy sebab secara tak langsung kami telah mengeluarkan peluh. Hehe. 






Untuk anda yang masih belum mendaftar sebagai Watsons VIP card, jangan risau. Anda hanya perlu pergi ke Watsons berhampiran dan daftar keahlian disana. Setiap keahlian baru akan menerima Voucher Watsons bernilai RM300 dan menerima 500 VIP Points selepas pengaktifan. Malah anda juga turut menerima RM5,000 vouchers untuk health club, dining, travel, beauty lifestyle reward.


Watsons VIP card ini mempunyai 8 kelebihan utama iaitu :
  • Keahlian untuk seumur hidup
  • Pelbagai tawaran istimewa #watsonsrewards di lebih 1,000 cawangan rakan niaga
  • Dapat 1 mata ganjaran bagi setiap pembelian RM1 di Watsons
  • Tebus mata ganjaran untuk pembelian, 200 points bersamaan RM1
  • 2 kali ganda mata ganjaran bagi setiap produk Watsons
  • 5 kali ganda mata ganjaran untuk bulan kelahiran
  • 5 kali ganda mata ganjaran apabila bayar menggunakan Watsons VIP Card
  • Diskaun istimewa untuk produk kesihatan yang terpilih

Lebih daripada 1,000 outlet/merchant yang menyertai program Watsons VIP Card ni.


Best tak? Cepat-cepat daftar sebagai Watsons VIP members ok? Boleh dapat semua benefit ni. Syok oh!

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
#GETACTIVE : www.watsons.com.my/get-active
Watsons VIP Card : www.vip.watsons.com.my



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.