Buffet Ramadan 2017 | Laman Kayangan Shah Alam

17 May 2017

Assalamualaikum. Tiap tahun Ayue memang tak pernah miss merasa Buffet Ramadan di Laman Kayangan Shah Alam ni. Ayue sangat suka dengan tempatnya yang selesa dan cantik. Tahun 2017 ni, Buffet Ramadan di Laman Kayangan membuat konsep CITARASA DUA SEMPADAN iaitu gabungan Utara Malaysia dan Thailand.. Memang kena sangat lah dengan citarasa tekak melayu Ayue ni. Hehe.


Lagipun Ayue tak pernah ragu-ragu dengan rasa masakan di buffet ramadan Laman Kayangan ni sebab makanannya adalah dari Segi Seri Sdn Bhd. Ayue dah banyak kali makan masakan dari Segi Seri Sdn Bhd. tau termasuklah di kenduri kahwin. Memang sedap belaka. Tambahan pula dengan gabungan menu dari Thailand, negara yang sangat famous dengan menu makanannya yang sedap di seluruh dunia, lagi lah menarik jadinya.


Jom tengok antara menu-menu yang ada di buffet ramadan Laman Kayangan ni okey.

CITARASA MALAYSIA

Pembuka selera
5 jenis pelbagai kerabu , ikan pekasam, cili bawang, ikan masin/ telur masin, cucur udang, kuah kacang, sambal kering ikan bilis


Sup
Sup tulang + daging / Ayam Berempah

Menu Utama
Nasi Putih, Nasi Special Segi Seri, Ayam Gulai Darat dengan rebung, Daging Acar dengan cili Hijau, ikan lemak tempoyak dengan belimbing buluh, Makanan Laut Sambal dengan Petai , Gulai lemak Pisang dengan Ikan bilis.




Dari Batas Bendang
Nasi putih, Ikan Air Tawar / ikan masin / Ayam Goreng, Soo Hoon Fu Cuk Masak Lemak Tauhu, Ulam-ulam Kampung, Sambal, belacan Keropok lekor, Penjan Ubi Kayu kukus Sambal

Mee Laksa
Laksa Kuala Penghelih / Mee hoon Sup Kanchut




CITARASA THAILAND

Pembuka selera
Ayam Fellit, Goreng Garing (kainer krop), 5 jenis asam buah-buahan ( Ha Praped Pho Lamai), kek pedas ikan (Khekplarudped), Keropok Lekor ( Khaw Kried Pla), Steamboat in Bamboo basket ( Khriow Naitakra Mai Phaiy)



Sup
Tomyam putih / Merah / Pong tek ( Na sup Timya)

Menu Utama
Nasi goreng Nenas (Khaw Phad Sapparod), Nasi Putih (Khaw Khaw) Ayam Kari Hijau Terung Pipit ( Kaeng Kheiywhwan Ki), Daging Musamman dengan Rebung ( Neux Musamman Nho Maopal), Ikan daun selasih dengan cili (Plabai Pakapow), telur bungkus ( Khai Ho) , Seafood Masak pedas ( Aahan Taale Priow Ped)


From The Wok
5 jenis aneka sayur-sayuran , 2 jenis sos istimewa ( si praped Khong Phakkap Song Praped) , 2 jenis campuran daging ayam& sayur-sayuran, dengan sos padprik / Masak Merah (Song Praped Nerd Lep had), Ikan celup tepung, (Pla cum Peng)

Noddle
Mee celup / Spicy Thai Noodle Soup (Noodle with spicy soup) Vegetable and Chicken ( Phed Sup Kwaylaw Thai)

BBQ Station
Ayam Percik (Chicken Fillet, Grill Marinated Sliced Mutton Chop, BBQ Sausage, Sos BBQ, Sos Lada hitam, Sos Pudina


Special Stall
Murtabak King, Fussion Pasta, sos kari ayam dan sos seafood padprik, ice cream & ABC station




Banyak betul kan? Sampai tak tahu lah nak makan yang mana satu dulu. Kalau Ayue, memang target kambing bakar dulu. Hehe. Harganya pun boleh tahan murah tau. Malah macam-macam kemudahan juga disediakan untuk keselesaan tetamu.


Kemudahan yang disediakan

Parking Kereta Percuma
Surau untuk solat
Dewan makan berhawa dingin
Akses Wifi Percuma
Kaunter Pembayaran Zakat
Persembahan Muzik Ghazal


Harga Buffet Ramadan 2017 Laman Kayangan

Harga Promosi Untuk Tempahan Awal
Tempahan yang dibuat sebelum 25 Mei 2017
Promosi Early Bird - RM45.00 seorang dewasa. Jimat RM14.00

Harga biasa
Dewasa - RM59.00/pax
Kanak-Kanak (7 - 12 Tahun) - RM35.00/pax
Warga Emas (60 tahun keatas) - RM 35.00/pax

Pakej Berbuka Puasa Keluarga
Pakej 5 Dewasa – RM 295 & Percuma 2 kanak-kanak/warga emas
Pakej 9 Dewasa – RM 531 & Percuma 1 dewasa

Pakej Berbuka Puasa Buffet Korporat/Berkumpulan
1. Pakej 10 Meja – RM 5,900
  • Percuma 1 meja
  • 100 Special Doogift

2. Pakej 50 Meja – RM 29,500
  • Percuma 1 meja
  • 500 Special Doogift
  • 5 ‘Raya’ Hampers
  • 2 Bunting
  • Screen Projector & P.A System


Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi nombor dibawah.
019 - 250 3090 / 012 - 253 3973 / 012 - 387 1775 / 019 - 376 0149



Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Laman Web: www.lamankayangan.com
Facebook: www.facebook.com/lamankayanganshahalam
Instagram: www.instagram.com/lamankayanganshahalam
Segiseri website : www.segiseri.com/ramadan2017


Cepat-cepat booking okey?



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Omgeee ayueee. da ada entri buffet ramadhanlah :)
    malam-malam tengok macam ni, buat PG laparrr :D

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.