Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)

Wednesday, May 17, 2017

Assamualaikum. Tahun ni dah masuk  tahun ke empat Pensonic menganjurkan Kempen Chef's Like. Ada macam-macam aktiviti menarik yang dianjurkan dengan ganjaran yang sangat best. Mana tidaknya, peluang untuk bawa pulang barangan Pensonic tau. Antara aktivit yang ada ialah Kempen memasak beramai-ramai, Peraduan ‘Cook with Celebrity and Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail’, Peraduan ‘Instagram’ dan banyak lagi peraduan dan aktiviti yang disediakan. Best kan?


Ayue sendiri pernah join tahun lepas ya. Boleh baca pengalaman Ayue join Kelas Memasak Pensonic Raya Merdeka di bawah.

Baca : http://www.ayueidris.com/2016/08/kelas-memasak-pensonic-raya-merdeka.html


Tahun lepas, Pensonic telah menganjurkan acara memasak beramai-ramai di West Boulevard, One City di mana 500 orang peserta telah memasak bersama-sama dengan DCH Ismail semasa demonstrasi masakan yang diadakan secara langsung. Untung tau sebab bukan senang nak dapat belajar dengan Chef terkenal. DCH Ismail pula memang terkenal dengan sikap ramahnya, jadi kami yang join langsung tidak rasa kekok. Malah semua keperluan untuk para peserta bagi acara memasak bersama-sama DCH Ismail disediakan oleh Pensonic, termasuk bahan-bahan mentah, peralatan memasak dan apron. Tinggal nak bawa diri je ke acara tu. Best betul.


Yang lagi best, para peserta juga membawa pulang masakan yang telah mereka masak sendiri untuk dikongsi bersama keluarga, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM400.00 termasuk Periuk Serbaguna Pensonic! Rezeki Ayue pula tahun lepas, Ayue dapat hadiah lucky draw tau. Jadi bukan setakat periuk serbaguna, malah bread maker juga Ayue dapat. Alhamdulillah.

Tahun 2017 ni, Kempen Kembara Memasak Chef’s Like Musim Keempat Pensonic yang akan diadakan daripada bulan April hingga Julai 2017 mempunyai konsep yang sedikit berbeza kerana Pensonic akan memberikan ganjaran kepada para pengguna yang telah membeli barangan Pensonic di kedai-kedai terpilih.

Kalau anda terlepas peluang untuk join tahun lepas, tahun jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan Duta Pelancongan Masakan Asli Melayu Malaysia dan Rakan Pensonic Dato’ Chef Haji Ismail ok? Kelas dan demonstrasi masakan di lokasi-lokasi terpilih. Pensonic akan mengadakan banyak peraduan-peraduan di mana pemenang dapat membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk Periuk Serbaguna Pensonic, oleh itu jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah.



Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat dalam promosi Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017):

  • Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
  • CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
  • Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
  • HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
  • AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  • Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
  • Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
  • Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  • Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
  • senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad).

Kunjungi kedai-kedai terpilih untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyertai Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017).

Oh ya, ingat lagi tak tahun lepas Ayue juga ada join rancangan memasak “Chef Mail Masak Bersama Pensonic”? Haa, tahun ni juga ada tau. Masa ni lah pengguna-pengguna berpeluang menampilkan bakat memasak di televisyen. Bukan tu je, anda juga dapat memasak bersama selebriti tanahair dan DCH Ismail. Salah satu pengalaman yang tidak dapat Ayue lupakan.


Pemenang dalam rancangan ini merupakan pemenang dalam peraduan “We Want You To Be On TV” Facebook Pensonic. Peserta rancangan ini hendaklah menghantar resepi mereka beserta gambar dan langkah-langkah masakan. Tujuh pemenang telah dipilih untuk menjadi ‘bintang’ dalam rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017”.


Tahun ni, rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” yang terdiri dari 8 episod. Para pemenang akan bersama barisan selebriti ‘hot’ yang akan menyediakan hidangan yang menyelerakan bersama DCH Ismail.


Antara selebriti-selebriti yang akan muncul dalam rancangan pada kali ini ialah Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia. Anda wajib tonton rancangan ini ya sebab penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” selepas menonton rancangan ini. Hai, tonton dan jawab soalan pun boleh memang hadiah? Murah hati betul Pensonic ni. 

Rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic” ni sungguh popular hingga mereka berjaya mendapat bilangan penonton yang tinggi. Episod dengan penonton tertinggi mencecah lebih dari 780,000 orang penonton. Jumlah keseluruhan yang telah menonton rancangan ini pada tahun lalu ialah 4.7 juta penonton. Oleh kerana maklumbalas yang menggalakkan daripada penonton rancangan ini sejak dua musim yang lalu, Pensonic telah meneruskan rancangan ini untuk musim ketiga pada tahun ini. Yeay!


Tahun lepas, setiap pemenang telah berpeluang untuk memasak dengan DCH Ismail dan selebriti tempatan di rumah pemenang. Bagi tahun ini pula, Pensonic melakukan sesuatu yang berbeza. Rancangan yang melibatkan 12 selebriti tanahair bersama DCH Ismail telah dirakamkan di 8 lokasi menarik yang menampilkan 7 restoran dengan masakan yang berbeza. Setiap restoran ini mempunyai kepakaran dalam masakan yang berlainan iaitu Korea, Arab, Nyonya, Bali, Jepun dan India. Chef profesional di restoran masing-masing telah menyediakan hidangan yang lazat manakala 7 pemenang tersebut juga turut menyediakan hidangan yang menyelerakan dalam rancangan ini.

Bermula dari 8 Mei, 8 episod akan disiarkan di TV3 setiap hari Isnin dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Episod terakhir rancangan ini akan disiarkan pada 3 Julai 2017. Siaran khas juga akan dipaparkan di halaman Facebook Pensonic setiap hari Isnin pada jam 10.00 malam di bulan Ramadhan.

Penonton di rumah yang menonton rancangan "Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017" juga berpeluang memenangi peralatan Pensonic dan baucar restoran dengan menyertai peraduan "Tonton & Menang" di halaman Facebook Pensonic. Rancangan seperti ini sebenarnya mampu menyemarakkan lagi semangat penonton supaya mereka memasak di rumah dengan memberi panduan kepada penonton mengenai cara-cara menyediakan hidangan yang sihat dan lazat dengan cepat dan mudah.

Kelas memasak dan demonstrasi ini bertumpukan kepada bagaimana untuk menyediakan hidangan tempatan yang lazat dan mudah dengan menggunakan produk Chef’s Like Pensonic untuk mendorong rakyat Malaysia supaya memasak sendiri untuk keluarga dan rakan-rakan. Memasak dan makan bersama keluarga memupuk semangat kekeluargaan, keakraban, kemesraan dan perpaduan. Keluarga yang makan bersama-sama akan kekal bersama-sama. Dengan peralatan dapur Chef’s Like Pensonic di rumah anda, sesiapa pun boleh menjadi seorang chef pakar di rumah seperti yang ditunjukkan oleh DCH Ismail dalam rancangan masakan beliau.

Peralatan gaya hidup dapur Chef's Like dengan rekabentuk ringkas dan menarik telah dicipta untuk memberi inspirasi dan kreativiti untuk menjadikan memasak satu aktiviti yang menyeronokkan, dengan hasil masakan yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga. 


Peralatan dalam siri Chef's Like termasuk :
  • Pembuat Roti (Bread Maker) PBM-2000
  • Kelalang Thermo (Thermo Flask) PTF-5002
  • Pengisar (Blender) PB-801
  • Pencampur (Mixer) PM-214
  • Periuk Serbaguna (Multi-cooker) PMC-150G
  • Dapur Induksi (Induction Cooker) PIC-2000
  • Pengukus (Steamer) PSM-1603
  • Periuk Nasi (Rice Cooker) PSR-17N
  • Ketuhar Elektik (Electric Oven) AE-19N
  • Ketuhar Perolakan (Convection Oven) PRO-910
  • Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) PMW-2003
  • Air Fryer (PDF-2201)

Apa tunggu lagi, cepat-cepat join ya? 


xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. Baru tengok 1 episode program ni.. best ! Alatan yang digunakan pun tu memang menarik la

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page