Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat dan Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat

06 May 2017

Assalamualaikum. Sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat dan Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat, Ayue dan rakan blogger lain telah hadir ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang terletak di Taman Shamelin Cheras untuk memeriahkan lagi majlis.




Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat

Untuk pengetahuan anda, Sahabat Zakat telah ditubuhkan sejak dari tahun 2013. Sehingga kini, seramai 18,000 sahabat zakat yang telah berdaftar di PPZ dari seluruh Malaysia. Antara objektif penubuhan Sahabat Zakat ini ialah:

  1. Menambahkan bilangan prospek pembayar baru 
  2. Mendekatkan lagi PPZ-MAIWP dengan masyarakat yang terdiri dari pembayar zakat dan bakal pembayar
  3. Untuk menjadikan sahabat-sahabat Zakat Pendakwah Zakat kepada masyarakat di luar sana
  4. Membekalkan kepada masyarakat maklumat yang tepat dan betul berkaitan isu-isu zakat

Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat

Selari dengan era teknologi yang serba canggih ni, pihak PPZ telah membuat akaun Facebook Rasmi Sahabat Zakat untuk menjayakan lagi objektif menubuhannya. Jadi, buat kali pertamanya, pihak PPZ telah menjalankan pertandingan mencipta logo Sahabat Zakat selama sebulan dan telah menerima sebanyak 70 orang dengan 130 penyertaan.

16 logo daripada 130 logo yang dipertandingkan telah terpilih ke peringkat saringan akhir dan hanya 8 logo saja yang disenarai pendek untuk dipilih sebagai pemenang. Satu saja logo yang akan dipilih oleh pihak PPZ untuk dinobatkan sebagai pemenang dan sekaligus menjadi logo rasmi Sahabat Zakat.


Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat

Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP

Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Pemenang tempat pertama berjaya bawa pulang wang tunai dan logo ciptaannya juga akan menjadi logo rasmi Sahabat Zakat. Berikut merupakan senarai pemenang.

Tempat Pertama (RM1500)
Mohd Fauzi B Mohamad Hassim

Tempat Kedua (RM1000)
Mohamad Nur Azizi B Basri

Tempat Ketiga (RM500)
Hamdan B Abd Mubin

Saguhati
Farrah Dayana BT Zainuki
Noor Haida BT Zainal Abidin
Nurul Azwani BT Abd Rahman
Siti Zulaikha BT Abd Halim
Syed Muhammad Ali Afdhal Asseggaf Syed Mohammad

Tempat pertam : Mohd Fauzi B Mohamad Hassim

Tempat ketiga : Hamdan B Abd Mubin

Kelapan-lapan finalist Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat

Facebook da n logo Rasmi Sahabat Zakat

Tahniah kepada pemenang. Terasa rugi pula bila Ayue tidak turut serta dalam pertandingan ini. Ayue kan suka kalau bab yang berkenaan dengan kreativiti ni. Tapi takpa, masih ada rezeki lain kali. Ayue sendiri dah like Facebook Sahabat Zakat, jadi lepas ni takda lah terlepas lagi peluang macam ni. Anda pun jangan lupa like ok?

Untuk maklumat lanjut boleh layari :
FB: www.facebook.com/myzakat
FB Sahabat Zakat: http://www.facebook.com/sahabatzakatppz
Twitter: www.twitter.com/ppzwp
YouTube: www.youtube.com/ppztv



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Hopefully, dengan pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat ni...Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dapat mendekatkan diri dengan masyarakat disamping menambah bilangan prospek pembayar zakat yang baru dan mereka dapat membekalkan maklumat yang tepat dan betul berkaitan dengan isu-isu zakat.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.