Althea Korea Raya Giveaway Festival

10 June 2017

Assalamualaikum. Althea nak buat GIVEAWAY sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 ni. Yeay! Tiap kali ada perayaan, mesti Althea tak lepas peluang untuk buat pelbagai promosi khas untuk pelanggan setianya. Ayue sendiri dah banyak kali shopping dekat Althea Korea ni tau. Semua produknya berkualiti dan paling penting, anda boleh membeli belah tanpa was-was tentang shipping dan sebagainya.


Kenapa Ayue cakap macam tu? Dari pengalaman Ayue yang lepas, semua penghantaran memang sampai tepat atau kadang-kadang lebih awal dari sepatutnya. Servis pun tip top. Malah siap ada FREE gift lagi tau? Gila tak best? Pembelian diatas RM99 pula dapat free shipping. Haish, memang berbaloi sangat shopping di Althea ni.

Untuk anda yang masih belum tahu Althea Korea ni apa, Althea Korea merupakan satu laman web yang menjual produk-produk kecantikan dari Korea dan dihantar terus kepada anda dari Korea. Ada banyak sangat jenama produk kecantikan dari Korea yang hebat-hebat dijual disana. Ayue pernah tulis tentang Althea di blog Ayue ni. Jemput baca:


Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tahun ni, Althea Korea telah mengadakan Raya Giveaway Festival di mana dengan setiap pembelian di Althea Korea, anda boleh dapatkan barangan di bawah ni secara PERCUMA! OMG, FREE MAKEUP!




Mudah je cara nak dapatkan barangan percuma dari Althea ni. Anda cuma perlu shopping macam biasa, dan masukkan item pilihan ke dalam cart bersama barang-barang yang lain. Kemudian masa pembayaran (check-out), item free tu akan discounted. Tidak dikira. Jadi anda boleh dapat item tu secara percuma lah. Mudah kan?

Yang lagi best, tiap kali perayaan, Althea mesti keluarkan design kotak yang terbaru mengikut tema. Untuk Hari Raya Aidilfitri kali ni, Althea mengeluarkan Limited Edition Ramadan Box yang berwarna hijau. Kena sungguh dengan tema hari raya kan. 


Ayue pun dah tak sabar nak shopping dekat Althea ni. Baju raya, kasut raya, beg raya semua dah settle. Makeup raya je belum ni. Anda pun jangan lepaskan peluang okey?


Untuk maklumat lanjut tentang Althea Korea, boleh layari:
Website : http://my.althea.kr/

Join the conversation!

  1. terlalu banyak sales musim nak raya tetapi terlalu sedikit wang untuk membelinya T_T

    //shfyqhazhr

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.