EXA Permainan Hyper Reality Pertama Di SetiaWalk Puchong

05 June 2017

Assalamualaium. Ayue ada berita baik untuk gamers diluar sana. Especially yang suka dengan teknologi Virtual Reality (VR). EXA Global telah melancarkan permainan Hyper Reality Pertama di Setia Walk Puchong. Permainan Family Entertainment Center (FEC) ini bukan sahaja pertama di Malaysia tau, malah yang pertama di Asia Tenggara juga.Woah, menarik bunyinya tu. Meh Ayue share sikit apa sebenarnya EXA ni.


Siapa yang sudah biasa dengan teknologi VR, mesti sedia maklum yang teknologi ini mampu membuatkan anda rasa seperti anda berada betul-betul di dalam game itu sendiri. Macam real lah bak kata orang. Manakala EXA pula berkonsepkan hampir sama dengan VR, tetapi lebih advance. Teknologi ni telah dibangunkan oleh EXA Global, di bawah syarikat permainan digital dan teknologi, Havson Group.


Masa pelancaran. EXA, Ayue dapat tengok sendiri segala peralatan dan tempat yang disediakan untuk bermain game ni. Untuk pengetahuan anda, EXA ni merupakan permainan yang berkonsepkan Sci-Fi tembak menembak di tempat yang tertutup. Ia memerlukan 4 orang dalam setiap game dimana setiap pemain digelar sebagai troopers.


Sebelum mula bermain, setiap troopers akan diberi penerangan tentang permainan, keselamatan dan juga cara pemakaian alatan semasa permainan. Setiap pemain akan dibekalkan dengan satu bagpack, satu senjata, satu visor, bateri, charging system dan satu headset.



Senjata yang digunakan semasa permainan ini nampak smart. Ayue dah mula terbayang masa Ayue berlatih menembak di lapang sasar dulu dah. Best tau bila dapat menembak dengan tepat. Lagi-lagi pada jarak yang jauh.




Bestnya game ni, ia mengajar kita erti semangat berkumpulan kerana anda perlu berinteraksi antara satu sama lain dan bergerak secara berkumpulan untuk menghabiskan misi ni. Walaupun anda rasa real dan bergerak ke sana ke mari, tapi sebenarnya anda hanya  bergerak di dalam kawasan yg disediakan saja. Itu yang menariknya tentang EXA ni.

Untuk Episod 1 : Dimensi 12, para rekrut baru (anda) akan menjalani latihan pertama di bawah arahan Komander bernama Eric. Dia lah yang akan bertanggungjawab untuk membimbing anda sepanjang permainan nanti. Semasa taklimat, anda diganggu dengan satu kecemasan di mana sesuatu telah mengganggu sistem EXA. Haa, ini lah misi anda. Anda perlu ketahui apa yang mengganggu sistem EXA dan hapuskan semua penjahat yang bakal anda harungi.


Best kan? Mana boleh cakap best lagi. Kena cuba lah baru tau best ke tak. Masa untuk permainan ni adalah 20 minit. Syarat ketinggian untuk bermain pula adalah 140cm. Ayue lepas! Haha. Bawa geng-geng wataniah pergi main EXA ni confirm best gila ni. Dah dapat bayang dah macam mana riuh nya tempat tu nanti.

Bukan tu je, dekat sini ada juga Family & Friends Corner di mana anda boleh bermain permainan VR dengan rakan dan keluarga anda. Maximum adalah 4 orang berkonsep first come first serve. dan anda boleh bermain selama 30 minit.


So, anda dah ready ke belum? Ayue sendiri tak sabar nak cuba ni. Sekarang EXA tengah buat promosi Beli 1 Percuma 1 tiket masuk berharga RM65.00. Maksudnya seorang hanya RM30++. Eh, ok sangat lah tu. Gila tak best? Apa lagi, jom cuba sendiri EXA, Permainan Hyper Reality Pertama Di Setia Walk Puchong!



EXA Setiawalk Outpost
B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160,
Puchong, Selangor.
Tel: 03 8051 6333


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Fb: www.facebook.com/EXAGlobal
Ig: www.instagram.com/exaglobal
Website: www.exa-global.com



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.