Koleksi Baju Raya Cantik dari Elrah Exclusive dan Rania Couture di The Curve

05 June 2017

Assalamualaikum. Tiap kali nak raya, pantang ada masa lebih sikit, mesti nak jalan-jalan keluar cari baju raya. Nak survey kononnya. Padahal tangan dah tergedik-gedik nak beli ni tiap kali nampak baju cantik. Hehe. Hari tu Ayue ada pergi The Curve. Saja lah nak tengok apa yang menarik ada dekat sana sempena promosi nak raya ni. Nampak booth Elrah Exclusive dan Rania Couture, terus singgah nak tengok koleksi-koleksi baju raya yang ada.


Elrah Exclusive ni memang terkenal dengan baju melayu, jubah, kurung moden dan kurtannya yang cantik. Cuma tahun ni special sikit sebab Elrah Exclusive berkolaborasi dengan artis-artis terkenal seperti Shaheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, dan Michael Ang dalam koleksi baju raya tahun ni. Haa, tu yang Ayue terus singgah tu. Tengok baju-baju ni depan-depan baru dapat feel raya tu kan.


Banyak juga pilihan koleksi yang ada dekat booth Elrah Exclusive dan Rania Couture ni. Macam-macam warna pula tu! Setiap artis ada rekaannya masing-masing. Tapi mata Ayue ni macam berkenan koleksi kurta je. Macam smart pula kalau suami Ayue pakai.





Suami Ayue tu jenis cerewet sikit kalau pilih baju raya ni. Dia tak suka yang over sangat. Simple-simple je katanya. Yang penting fabrik mesti kena pilih yang selesa dan tak panas. Tau-tau je lah masa raya nanti macam mana kan. Panas berpeluh tak ingat punya. Kalau salah pilih fabrik, berlengas lah jawapnya.

Apa yang Ayue tengok dekat koleksi-koleksi baju raya yang ada dekat Elrah Exclusive dan Rania Couture ni, rekaannya kebanyakkannya simple, tapi nampak eksklusif. Lagi-lagi koleksi kurta. Fabriknya pula lembut dan selesa untuk dipakai. Haa, macam ok je tu. Warna pula ada macam-macam. Size yang disediakan pun banyak.





Apa yang Ayue suka dengan rekaan dari Elrah ni, jahitannya kemas dan ada ciri-ciri mesra wuduk walaupun untuk pakain lelaki. Maklum lah, cutting baju raya lelaki sekarang kan ada yang slim fit, jadi kat bahagian lengan tu macam susah sikit nak lipat masa nak ambil wuduk. Jadi Elrah Exclusive buat baju raya yang mesra wuduk, berzip di lengan bukan saja untuk wanita, tapi lelaki juga. Bagus kan.




Eh, bukan baju raya lelaki je yang ada dekat booth Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara ni. Ada juga koleksi baju raya untuk wanita. Tak adil lah kalau suami je yang nak shopping kan? Mak buyong pun nak baju raya juga. Hehe.


Suka betul Ayue tengok koleksi abaya dari Rania Couture ni. Nampak elegan dan eksklusif sungguh. Rekaannya lain daripada yang lain. Ni kalau mak mertua tengok ni, sejuk je mata memandangnya ye tak?




Rekaan abaya yang dijual disini bersulam dibahagian depan dan lengan. Warna pula didatangkan dengan warna hitam. Ada juga warna lain, tapi hitam tetap menjadi warna asasnya. Apa yang membuatkan abaya di sini lain daripada yang lain ialah rekaan, potongan dan juga hiasan yang ada pada abaya itu sendiri.



Ini antara rekaan yang ada di booth ini. Cantik-cantik kan. Harga juga berpatutan. Anda kalau nak tengok sendiri koleksi-koleksi yang ada, boleh datang terus ke booth Elrah Exclusif dan Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara. Boleh jumpa sendiri pemilik booth yang sangat peramah iaitu Cik Putri dan geng-geng Elrah seperti Jai, Shah dan Dira. wakil dari Rania Couture,Encik Halim Cellicious dan Cik Myra Lodin juga ada di sana. Pembukaan booth di sini sehingga 3 Syawal 2017 tau!

Ada tawaran menarik bagi anda yang membeli pada hari Jumaat (penghulu segala hari) dari 1pm sehingga 3pm, pembelian baju Elrah Exclusive akan menerima rebat potongan sebanyak RM10 untuk setiap resit. Manakala potongan sebanyak RM30 untuk setiap resit bagi mereka yang membeli abaya dari Rania Couture. Fuyoh!

Bagi pelajar dan mereka yang berkhidmat di sektor awam (goverment servant) pula, boleh mendapatkan potongan sebanyak 10%, tetapi perlulah menunjukkan ID dan mengisi borang khas yang disediakan. Tawaran ini SAH hanya di booth The Curve Damansara saja okey.

Untuk pembelian 3 pasang, anda akan diberikan RM20 voucher secara PERCUMA dan hanya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya di booth Elrah Exclusive dan Rania Couture The Curve sehingga 3 Syawal 2017.

Bagi pelajar yang ingin menyertai Program "Jom Elrah" pula, boleh lah email kepada jomelrah2017@gmail.com untuk mendapat keterangan lanjut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik K di talian 013-5040728.

Oh ya, untuk tahun ini ada perkhidmatan COD tanpa caj penghantaran buat pembeli yang tak sempat ke booth Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara. Anda boleh membuat pesanan pembelian dengan menghubungi nombor talian seperti di atas iaitu 013-5040728 saja. Tapi tawaran ini hanyalah untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja iaitu Damansara, bangsar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya. Cepat-cepat serbu tau.


Untuk lebih info boleh layari IG : @elrahdamansara




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.